Perodua Aruz Side Step Running Board

Perodua Aruz Side Step Running Board

Ruby
6
Perodua Aruz Side Step Running Board | Assalammualaikum semua! Ruby ingin berkongsi pengalaman memasang aksesori kenderaan. Lama juga untuk membuat keputusan. Akhirnya kami sepakat, jom kita cari Aruz side step running board. Hehehe.

Kisah ini bermula dua tahun lalu. Ketika itu, kami sekeluarga memilih untuk membeli Perodua Aruz. Berkenan sungguh dengan kereta tinggi dan jenis lasak. 7 tempat duduk. Selesa dan luas.

Sepanjang 2 tahun menggunakan Perodua Aruz, kami berpuas hati dengan prestasi kenderaan ini. Penjimatan minyak, ruang kenderaan yang selesa dan alhamdulillah kenderaan ini banyak membantu Ruby sekeluarga melaksanakan urusan harian. 

Perodua Aruz Side Step Running Board

Perodua Aruz Side Step Running Board

Di antara urusan harian Ruby adalah ke pasar, hantar serta ambil anak dari sekolah dan hadir ke acara-acara media. Pada zaman pandemik COVID-19, SOP amat ketat kami sekeluarga amalkan. Supaya, kehidupan kami berempat lebih selamat. 

Naik turun dari Perodua Aruz memang mudah untuk orang dewasa seperti Ruby dan suami. Namun, untuk anak-anak dan warga emas. Mereka akan mengadu tinggi betul nak melangkah naik. 

Kalau Adam balik sekolah agama, dia akan naik guna lutut dia dulu. Maka, baju melayu warna putih sekolah agama akan kotor di bahagian lutut. Huwwaaaa. Masa ini segala clorox, varnish, norwex ibu akan sediakan untuk membasuh. Demi pakaian putih. 

Ruby sudah survey Perodua Aruz side step running board ni lama juga. Mula-mula tengok kenderaan lain pakai. Ok juga tambah di sisi kenderaan. 

Ehhh ada macam-macam design la. Lawa lawa semua. Nak hitam semua lah sebab Perodua Aruz Ruby warna hitam. Jadi, kami tidak mahu tambah warna pelik pada kenderaan. 

Ruby hubungi bengkel kedai aksesori dan bertanya tentang harga, stok dan keperluan untuk set appoinment ke? Norma baharu ke kedai akaesori kenderaan kan. 

Black Kingkong V5 Side Step Running Board

Aruz Side Step Running Board ni ada pelbagai jenis. Kami berkenan STV, tapi kena buka pula bahagian bawah Aruz tu. Nanti skirting asal Aruz mereka ambil ke? Kalau tak ambil, Ruby nak simpan kat mana pula?

Jadi kami pilih Black King Kong V5 yang bernilai RM 350 sekali pasang. Ada juga jenama lain dan pattern lain. Berikut adalah harga untuk Perodua Aruz Side Step.

Black King Kong V5 RM 350
STV: RM 388
Gozilla: RM 350
RJ: RM 350

Kesemua ini ada yang perlu buka terus atau pasang terus tanpa menanggalkan rekaan asal Perodua Aruz. 

Perodua Aruz Side Step Running Board

Pasang ni kena tahan panas. Cuaca semalam berpeluh ketiak uiih. 

Perodua Aruz Side Step Running Board

Buka kotak. Sediakan barang-barang. Rumit juga. Huhu.

Perodua Aruz Side Step Running Board

Pemasangan hook sebanyak 4 tiap side step running board. Kiri 4, kanan 4. Sebenarnya keadaan nak memasang bahagian ini berbahaya. Sebab boleh cedera kepala. Henry dah mahir. Cepat je dia buat kerja. Jika tiada gangguan lah. 

Perodua Aruz Side Step Running Board

Henry melonggarkan screw side step running board. Terdapat dua barisan screw. Ia bagus untuk anak-anak atau orang tua kita yang sakit lutut nak naik kenderaan. Mereka akan duduk di kerusi kereta sambil side step running board ini dipijak. Bayangkan!

Perodua Aruz Side Step Running Board

Mencabut sticker agar terpapar Aruz! 

Perodua Aruz Side Step Running Board

Selesai memasang, Henry terus mencuba dan kami terkesima. Hahaha. Wow boleh menampung berat sehingga 230kg ni. 

Perodua Aruz Side Step Running Board


RM 350 Sahaja!

RM 350 untuk pelaburan jangka masa panjang. Hasil menabung lah ni. Sebab anak dah mula nak masuk sekolah. Jadi, Ruby hantar dan ambil nanti boleh drop off mereka tanpa risau terjatuh atau cedera. InsyaAllah. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan kita semua. 

Perodua Aruz Side Step Running Board

Kedai aksesori kereta EMAX juga terdapat di Shopee https://shopee.com.my/emax2791. Ruby dah cek harga di Shopee RM 238 dan kos penghantaran RM 32.20. Jadi, apabila di kira, upah pasang hanya RM 79.80 lah kot. Kalau nak pasang sendiri atau upah kedai lain pasang. 

Macam tidak selesa pula kan. Lagi pula rumah kami apartment, idok le nak suruh suami ku pasang.  Jumlah masa yang diperlukan untuk pasang Perodua Aruz Side Step Running Board lebih kurang 1 jam juga. Terima kasih Henry!

E MAX CAR ACC SDN BHD

Perodua Aruz Side Step Running Board
Perodua Aruz Side Step Running Board

 
E MAX Car Acc Taman Permata

No. 2791G, 
Jalan Permata 6, 
Taman Permata, 
53300 Kuala Lumpur, 
Selangor

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua pemilik kenderaan Perodua Aruz dan SUV / MPV yang lain.
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah smart la! If ada kawan2 yg nak modified kereta ke atau sebagainya nnt kak min suggest kat tempat Ruby buat ni

    ردحذف
    الردود
    1. akak, lupa nak bg tau. E MAX ada di Shah Alam juga. HQ mereka di sana. ada terbaca di akaun shopee ruby share tu. hehe

      حذف
  2. Bagus la pasang ni, memudahkan anak-anak nak naik kereta nanti. Kereta pon nampak extra hensem ada ni. Hihi

    ردحذف
  3. Waaah, boleh tahan sampai 230kg tu. Boleh laaa kid bergayut kat situ yea. Nice laa Aruz. Kita Bezza takde side step. heheeee

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha nak bergayut kat situ bahaya betul. kahkahkah. macam dalam filem aksi omputeh plak. Bezza kan sedan. Kid ni ponnn.

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !