Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Ruby
1

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2 | Assalammualaikum semua! Sudah hampir 1 bulan Ruby menghadiahkan kepada suami Galaxy Buds2 ni. Walaupun hadiah, ayuh kita lihat apa yang menarik dengan Galaxy Buds2 ni. 

Buat julung kalinya, suami menerima pilihan warna Lavender. Sebelum ini telefon Samsung Galaxy warna Lavender/Lilac pun dia terima dengan hati terbuka. Lawa kan gadget warna purple. Sweet dan lembut je kan. Bukan setakat BTS ARMY tau. Hahaha. 

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Kotak kecil ini memiliki Galaxy Buds2 warna Lavender. Sepasang buds yang comel. Ruby ambil casing pengecas dan menyukainya. Bahagian luar berwarna putih dan di bahagian dalam berwarna Lavender. Unik!

Cara mengecas buds2 hanya letak sahaja di dalam casing pengecas. Manakala casing boleh di cas menggunakan usb type-c. Sama wayar pengecas dengan telefon pintar Samsung yang lain. Mudah!

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Layari saat self-love diri anda ke dalam dunia anda sendiri. Enjoy dunia yang anda gemari. Galaxy Buds2 membuka dunia baharu pengalaman audio dengan kesan bunyi yang seimbang, kesesuaian, keselesaan yang tiada tandingan, ANC dan sambungan lancar ke telefon dan jam tangan Galaxy Watch4 anda.

Kawalan yang lebih mudah dan maklum balas panggilan yang lebih baik membuat anda terbenam ketika bersenam, bermain game dalam talian, atau bermain dengan rentak muzik.

Buka Kotak Samsung Galaxy Buds2 

Di dalam Samsung Galaxy Buds2 terdapat 

  • 1 x Galaxy Buds2 Lavender.
  • USB type-c untuk mengecas.
  • 3 pasang ear-tip berlainan saiz.
  • Manual Start Up
  • Warranty Card


Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Buds2 Sesuai Untuk Gaya Hidup Aktif

Galaxy Buds2 sangat ringan, 5g setiap satu dan memastikan muzik tetap selesa di telinga anda walaupun untuk gaya hidup yang paling aktif. Kalau guna semasa berjogging dan bersukan, ia tidak akan terjatuh. Ia tidak tertakluk kepada penggunaan outdoor sahaja. 

Malah ia bersesuaian digunakan ketika memandu, bekerja di pejabat dan walau dimana-mana sahaja. Anda pasti tidak akan hilang fokus seperti ear phone yang lain. Ini kerana, Galaxy Buds2 memiliki ANC (Active Noise Cancellation).

Ear-Tip Dalam Tiga Saiz

Dengan tiga saiz ear-tip silikon yang lembut dan fleksibel, anda boleh mendapatkan kesesuaian khusus untuk mendapatkan pengalaman ANC terbaik. Cari yang sesuai dengan menu "Uji fit Earbud" di aplikasi Galaxy Wearable.

Samsung sentiasa memahami pengguna. Telinga manusia mempunyai pelbagai bentuk. Malah, lubang telinga juga terdapat saiz, besar, sederhana dan kecil. Untuk Ruby, Ruby selesa dengan saiz kecil. Yeeeeee lubang telinga Ruby small. Hahaha. Tetapi, lubang telinga suami, dia menggunakan saiz medium. Selesa sangat. It fit me well. Hehehe. 

Jangka Hayat Bateri 

Banyak masa penggunaan, walau dimana-mana sahaja anda berada. Sama ada anda menonton rancangan kegemaran anda, bersenang-senang melalui senarai main Spotify anda, atau menikmati aktiviti di luar, Galaxy Buds2 membuat anda sentiasa berhubung dan selesa sepanjang hari.  

Hayat bateri yang tahan lama memberi anda masa bermain sehingga 5 jam dan 15 jam lagi dengan casing yang dicas penuh.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Warna Menarik Untuk Semua

Graphite klasik.  Putih flawless.  Zaitun yang menenangkan.  Lavender yang bergaya.  Setiap Galaxy Buds2 didatangkan dalam reka bentuk fesyen masa kini dan casing yang sepadan untuk menepati citarasa unik anda.  Dengan reka bentuk yang serasi, casing ini menjadikan earbud anda selamat, mudah dicas semula, dan mudah dibawa kemana-mana.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2

Harga Berpatutan

Untuk fungsi terbaik, inovasi terkini, rekaan dinamik dan comel. Harga Galaxy Buds2 dijual hanya RM 499 sahaja! Nak diskaun? Nantikan promosi hebat mingguan. Malah, Da banyak promosi beserta hadiah menarik menanti anda. 

Bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober, dengan setiap pembelian GalaxyBuds2 anda akan menerima perlindungan yang semestinya dengan Water Resistant Cover PERCUMA bernilai RM99. Jangan lepaskan promosi pelancaran eksklusif ini. Sementara stok masih ada. Ketahui lebih lanjut: http://spr.ly/6189JRdK9

Jadi, Galaxy Buds2 warna apa menjadi pilihan anda? Komen di bawah okay?

SAMSUNG | FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kalau LH semestinya warna hijau zaitun tu. Sebab LH memang fanatik warna hijau. Telinga kita sama, saiz kecil. Kalau pakai earphone je sakit tau. Ada saiz lain-lain macam Samsung ni bestnya

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !