Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta!

Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta!

Ruby
0
Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta! | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah berlangsung majlis menandatangani perjanjian diantara Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Berhad - En Burhanudin bin Mohd Yusoff; Pengasas Robotz - Dato' Sri Jeffrey Teoh; Bapa Sukan Permotoran - Encik Joe Lim Hun Beng dan Encik Ong Peng Chu, Pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd. 

Filem yang bakal memeriahkan industri perfileman tanahair ini bukan sahaja ingin berada di pasaran Malaysia. Malah mereka ingin ke peringkat Global! Projek filem telah dimulakan dengan penyediaan kertas kerja bagi mendapatkan dana. Kini, fasa memperkemaskan skrip. Lagi 3 bulan bakal diadakan uji bakat pencarian barisan pelakon. Manakala pada sekitar bulan Mei atau Jun 2022 mereka akan memulakan sesi pengambaran!

Ruby doakan filem The Catcher berjaya mentafsirkan dunia perlumbaan kereta setaraf peringkat antarabangsa. Ini kerana, supercar mempunyai peminat tersendiri bergenarasi lamanya. Ia pasti menjadi filem blockbuster buatan Malaysia pertama! All the best!



Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta!



Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta! 


Diumumkan pada sesi sidang akhbar pada hari ini ialah pelancaran filem paling mahal dalam sejarah perfileman tempatan berjudul "The Catcher", dihasilkan melalui kerjasama Labuan Overseas Holding Berhad dan Robotz, dan diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd. 

Filem yang bakal memecahkan rekod tempatan dan antarabangsa ini diterbitkan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia yang terkesan akibat pandemik, dan seterusnya dapat merangsang pemulihan ekonomi.

Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta!

"Kita akan memanfaatkan ciri-ciri sesebuah jenama yang tersendiri dan nilai sejarah perniagaannya untuk membangunkan harta intelek (IP) bersama dengan akreditiasi bernilai tinggi, berdasarkan jenama-jenama prestasi kereta lumba yang boleh dijadikan tarikan seperti jenama hotel, bandar automotif, stesyen minyak, taman tema dan sebagainya," kata En Ong Peng Chu, pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.

Dengan bajet melebihi RM 50 juta, "The Catcher" memaparkan gaya hidup dan budaya pengubahsuaian kereta di Malaysia. Filem ini berkisar tentang seorang pemuda kampung yang bekerja keras mengalahkan pencabar-pencabarnya dari seluruh dunia yang menggunakan "supercar" yang diubahsuai. Filem ini juga memecahkan rekod dunia dengan menampilkan 500 buah "supercar" dalam filem ini.

Pengasas Robotz, Dato' Sri Jeffrey Teoh berkata, “Supercar disukai oleh semua orang, dari pelbagai latar belakang. Sebagai peminat "supercar", kami di Robotz diinspirasikan oleh kejayaan francais filem "Fast & Furious" lakonan Vin Diesel dan Paul Walker, dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan filem tersebut. Penglibatan dalam menghasilkan sejarah melalui filem yang memecahkan rekod ini memberikan kegembiraan dan kebanggaan kepada kami”.


Kesemua kereta yang digunakan dalam filem ini dimiliki oleh ahli-ahli Robotz Car Club, yang turut menyumbangkan wang tunai dalam pengumpulan dana untuk filem ini. Semasa sidang akhbar ini juga, Labuan Overseas Holding Berhad memberi RM 2 juta sebagai modal permulaan tambahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Berhad, En Burhanudin bin Mohd Yusoff berkata, "Projek yang amat menarik. Kami menyokong projek ini, bukan sahaja kerana ia akan memecah rekod, tetapi kerana tarikan nilai tambahan kepada para pelabur yang berpotensi. Kami teruja dengan pelancaran filem ini, dan kami menantikan untuk membangunkan perniagaan yang berpotensi besar untuk peluang pelaburan dalam industri permotoran, secara langsung dan tidak langsung, menuju untuk pemulihan ekonomi Malaysia”.

Untuk aspek kejuruteraan dan teknikal, kami mendapatkan khidmat “Bapa Sukan Permotoran - En. Joe Lim Hun Beng, untuk aspek Kejuruteraan dan teknikal yang memperkenalkan sukan permotoran ke China. Dia mengata, “Di China, saya mendapati bahawa apa yang kita lakukan di dalam litar menjadi pemangkin kepada pasaran dan memberi persepi terhadap kereta. Kejayaan sukan permotoran sebagai model perniagaan menjadi jelas dan saya melihat potensi yang besar."

Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta!

Dengan ini, filem ini menjadi pemangkin bagi menaikkan minat terhadap pembangunan industri permotoran didalam pelbagai bidang. Joe Lim mengongsikan idea untuk membangunkan 3 sektor utama yang mana beliau akan memberi Khidmat nasihat untuk jenama baru yang dinamakan “Enhance”. Ia termasuk :

  • Enhance Zone di Revo City. Disini pengubahsuaian dan penukaran kenderaan bermotor dilakukan. Ia akan berada di One City Mall, berhampiran Subang Jaya.
  • Enhance Station, Stesen pengecasan kenderaan EV moden yang turut menyediakan produk gas dan petroleum. Yang pertama akan dibangunkan di Cyberjaya, selaras dengan statusnya sebagai hub teknologi bagi menunjukkan sokongan kepada masa depan industri EV di Malaysia.
  • Enhance Automotive City, yang bakal mempunyai litar perlumbaan dan drag, dan juga Enhanced Zone untuk pengubahsuaian kenderaan bermotor. Fasiliti hotel dan resort akan turut dibangunkan. Ini bakal dibangunkan di Gurun, Kedah.

Beberapa babak di dalam filem ini bakal dilakukan sekitar bandar bertemakan kenderaan bermotor ini seluas 3000 ekar dengan kerjasama badan pelaburan kerajaan Negeri Kedah, Invest Kedah Berhad.

Dicadangkan untuk dibangunkan di Gurun, Kedah, bandar ini bakal menonjolkan hotel berjenama kereta antarabangsa terkenal, sebuah litar perlumbaan Formula 3 / GT / EV (Formula E) dan litar perlumbaan drag, servis penambahbaikkan dan modifikasi, akademi memandu speed-safety yang diakreditasi, dan sebuah Kolej Kejuruteraan Automatif; oleh itu, bandar ini akan menjadi hub pelancongan dan lokasi perfileman bagi penggiat filem antarbangsa.

Skrip untuk filem ini akan dimuktamadkan dan pencarian bakat bakal menyusul. Produksi untuk ‘The Catcher’ bakal bermula pada tahun 2022 dengan jangkaan siap pada tahun 2023 sebagai filem yang mempunyai bajet yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia.

Sama-sama kita nantikan berita gembira siapakah Pengarah filem dan barisan pelakonnya. Semoga ia menjadi filem kebanggaan negara dan seluruh rakyat Malaysia. 

Filem The Catcher Menerima Bajet RM 50 Juta!


Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !