Tahniah NEUTROVIS Dan Kontinjen Paralimpik Malaysia

Tahniah NEUTROVIS Dan Kontinjen Paralimpik Malaysia

Dato Sri Megat D Shahriman Dato Zaharudin, Chef de Mission Kontijen Paralimpik Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyatakan ucapan terima kasih beliau kepada NEUTROVIS, di atas sokongan ikhlas mereka kepada Kontijen Paralimpik Malaysia.

Di dalam majlis yang berlangsung di Grand Millennium Kuala Lumpur, NEUTROVIS menyampaikan ‘mock cheque’ kepada MPM, menyumbangkan sejumlah 250,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium, bernilai RM 175,000. Pelitup separuh muka ini akan diagihkan kepada komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri kelahiran 22 atlit yang telah mewakili Malaysia, di samping 25 buah pertubuhan kebangsaan yang bersekutu dengan MPM. 

Setiap atlit akan diberikan kod promo yang spesifik, di mana mereka akan agihkan kepada komuniti OKU di negeri kelahiran mereka. Pelitup separuh muka akan dihantar oleh pasukan NEUTROVIS ke alamat penerima melalui tempahan yang dibuat dengan kod promo tersebut.

Tahniah NEUTROVIS Dan Kontinjen Paralimpik Malaysia


Tahniah NEUTROVIS Dan Kontinjen Paralimpik Malaysia

Dengan usaha ini, MPM dan NEUTROVIS dapat memupuk mesej ”Mask On, Spread Hope” di kalangan komuniti OKU, mengingatkan mereka untuk melindungi diri dan orang yang tersayang, dengan bukan sekadar memakai pelitup separuh muka yang efektif, tetapi juga dengan pemakaian pelitup separuh muka dengan betul. Situasi COVID-19 di Malaysia masih di tahap kritikal, dan akan terus meningkat sekiranya rakyat Malaysia tidak bekerjasama menanganinya. 

Pihak-pihak yang terlibat bertekad untuk memastikan keselamatan awam, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Pelitup separuh muka menjadi simbol harapan yang berkekalan di mana suatu hari nanti, pandemik bakal berakhir.


Turut hadir dalam majlis pada hari ini ialah Abdul Latif Romly, pemenang pingat emas acara Lompat Jauh kategori T20 dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, atlit 100m Lelaki kategori T36. Abdul Latif Romly menyatakan beliau berasa bangga untuk membawa pulang pingat emas ke tanah air, dan juga dapat membantu komuniti OKU di Malaysia. 

Pemenang pingat emas dua kali sukan Lompat Jauh itu juga menyatakan bahawa, disiplin diri adalah kunci untuk menjadi lagenda, beliau bekerja keras setiap hari dan menghadirkan diri dengan awal di pusat latihan untuk memberikan yang terbaik. Hasil dari usaha dan dedikasi beliau telah membuahkan kejayaan yang dicapai sehingga kini.


Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pula menambah, inisiatif yang bertujuan untuk melindungi komuniti OKU ini amat penting yang mana komuniti ini memberi tumpuan kepada tahap kesihatan mereka dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengelakkan daripada jatuh sakit dan dijangkiti penyakit. Mereka yakin komuniti OKU akan berasa amat gembira untuk menerima Pelitup Separuh Muka Premium tersebut.


NEUTROVIS adalah Rakan Sukan Para yang terawal di dalam memberikan sokongan kepada MPM untuk Misi ke Tokyo. NEUTROVIS juga telah menyediakan Pelitup Separuh Muka Premium kepada para atlit untuk dipakai sepanjang kejohanan berlangsung. 

Para atlit juga diberikan pelitup separuh muka untuk diagihkan kepada atlit negara lain bagi mempromosikan keselamatan, kepelbagaian dan harapan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Pelitup separuh muka ini mendapat penerimaan yang baik oleh masyarakat sukan di Perkampungan Paralimpik di mana ianya menjadi kewajiban untuk sentiasa memakai pelitup separuh muka sekiranya berada di tempat awam.

”Mask On, Spread Hope”



Tahniah NEUTROVIS Dan Kontinjen Paralimpik Malaysia
Dato Sri Megat D Shahriman Dato Zaharudin, the Chef de Mission for Malaysian Paralympic Contingent: Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, National Para Athlete; First Admiral Dato’ Subramaniam Raman Nair, Secretary-General of PCM; Abdul Latif Romly, two-time Paralympics Gold Medalist; Zayn Puah, Managing Director of Maystar Beauty (NEUTROVIS Brand Owner)



Di samping itu, para atlit negara juga diberikan kemeja-T kasual yang direka khas bagi meraikan kejohanan tersebut untuk dipakai di Tokyo semasa di luar waktu pertandingan. NEUTROVIS juga mengambil inisiatif untuk menjual kemeja-T tersebut dan keseluruhan hasil jualan yang berjumlah RM 17,168 disumbangkan kepada MPM sebagai penghargaan dalam membantu wira dan wirawati negara bertanding di Tokyo.


Selain dari sumbangan sebelum kejohanan bermula, NEUTROVIS sekali lagi memberi penghargaan dengan menyumbangkan pelitup separuh muka kepada pemenang pingat dan semua yang bertanding. NEUTROVIS berharap pelitup separuh muka ini akan diagihkan oleh para atlit dan MPM kepada keluarga dan ahli berkaitan untuk meneruskan usaha memerangi COVID-19.


Secara keseluruhan, NEUTROVIS telah menyumbangkan sejumlah RM 250,000 sehingga kini, sebagai usaha CSR mereka menyokong MPM dan atlit Para negara dalam bentuk sumbangan pelitup separuh muka, pemasaran, penajaan duta, penerbitan video, modal bagi pengumpulan dana dan sebagainya, sejak mereka berlepas ke Tokyo.

Dato’ Sri Megat D. Shahriman berkata, ”Saya ingin menyampaikan penghargaan setelus hati kepada NEUTROVIS di atas jasa baik mereka terhadap atlit Para kita. Ianya merupakan satu penghormatan untuk menjadi sebahagian dari inisiatif gerakan ini dan memacunya ke tahap yang lebih tinggi dengan pengagihan pelitup separuh muka kepada atlit Para antarabangsa sebagai simbol harapan. 
Usaha NEUTROVIS ini menjadi petanda yang positif di mana sektor korporat cakna terhadap keperluan masyarakat dan membuka jalan bagi kedua-dua pihak untuk bekerjasama demi membawa harapan kepada masyarakat OKU yang merangkumi 15% rakyat Malaysia.”
Tahniah NEUTROVIS Dan Kontinjen Paralimpik Malaysia
Zayn Puah, Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd (pemilik jenama NEUTROVIS) berkata, “Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyokong atlit tempatan dan menjaga keselamatan komuniti OKU. Kami telah menjadikan mereka dengan kelainan upaya sebagai inspirasi kepada kami kerana mereka menunjukkan contoh yang terbaik bagi menjiwai semangat juang di ambang kesusahan. Saya percaya golongan OKU patut dijadikan tauladan kepada semua. 
Golongan normal juga menghadapi cabaran untuk menyara kehidupan di sepanjang pandemik ini, saya hanya boleh membayangkan bagaimana sukarnya bagi mereka yang kelainan upaya namun mereka tidak pernah mengalah. Ianya amat memberangsangkan, dan saya percaya rakyat Malaysia harus mengangkat mereka sebagai model contoh semasa kita berjuang menentang COVID-19 setiap hari. 
Marilah kita sama-sama mengembalikan harapan di dalam kehidupan seharian, keluarga dan sahabat handai untuk terus menuju ke hadapan dan jangan sesekali berputus asa. Pandemik ini tidak akan berakhir di dalam masa yang terdekat, tetapi dengan berganding bahu dan mematuhi SOP, saya yakin kita akan berjaya.

Sebagai penghormatan kepada komuniti OKU seluruh Malaysia, dan sambutan kejayaan atlit Para negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, MPM dan NEUTROVIS bekerjasama menunjukkan komitmen mereka terhadap pemerkasaan komuniti OKU dengan melancarkan sebuah video kesedaran dengan kerjasama penerbit video dokumentari CSR, TOP 100 Legends. 

Video tersebut memaparkan sifat inspirasi atlit Para yang sentiasa berjuang. Keazaman dan ketabahan mereka harus dijadikan tauladan oleh semua. Video tersebut telah dimuatnaik ke laman YouTube NEUTROVIS untuk mengingatkan semua pihak supaya tidak mengalah, terutamanya semasa pandemik ini. Video tersebut boleh ditonton di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=SB98-qO50qk


Catat Ulasan

0 Ulasan