Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

Ruby
4


Assalammualaikum semua! Umum mengetahui bahawa duta baru Himaya adalah Che Ta. Menerusi laman media sosial HimayaMY pada 19 Ogos, mereka berteka-teki dengan pengikut instagram HimayaMY. Perkongsian tersebut adalah sekeping gambar wajah berasingan. Ruby tengok pada bahagian mata sahaja sudah tahu "mesti Che Ta ni!!". Hahaha. Kemudian pada waktu malam, mereka muat naik video Himaya x Rozita Che Wan. MasyaAllah!!! Cantiknyaaa.

Maka benarlah tekaan Ruby. Rozita Che Wan duta baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask untuk warna Blush Rose! RM 2 dari setiap pembelian Himaya Premium Hijab Medical Face Mask berwarna Blush Rose dan Apricot Dream di laman web rasmi Himaya dan Himaya Flagship Store di Shopee akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Che Ta cukup dikenali dan sentiasa diperhatikan. Beliau adalah Trendsetter Malaysia, berkarisma dalam membuat apa sahaja dan memiliki pengikut yang ramai di media sosial. Memiliki keperibadian yang bagus adalah signifikasi kepada kolabrasi Pink Oktober bersama MAKNA iaitu #PinkBermakna. 

Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

Berani Itu Jelita, itulah tagline Himaya. Dalam menyediakan pelitup separuh muka selesa untuk kita semua, Himaya pasti tampil dengan kejutan baharu. Blush Rose adalah warna yang dinantikan oleh peminat Himaya. Ia adalah pelengkap bagi kesemua koleksi Himaya. Sebelum ini Himaya menampilkan siri Love Latte, Soft Olive, Apricot Dream, Viridian Green, Folk Navy, Retro Slate, Blue Lagoon, French Romance, Aster Blue dan Philipsburg Blue.

Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

Diatas permintaan ramai, Himaya melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya. Penglibatan Selebriti membantu memberi kesedaran tidak dinafikan, tetapi pemilihan mereka pasti melalui proses bahawa mereka perlu memiliki integriti untuk menggalas tanggungjawab ini. Nama Rozita Che Wan sentiasa diingati, apabila ingat Che Ta, pasti ingat tentang kecantikan, tentang fesyen, tentang penampilan dan penjagaan diri. Walaupun berusia 48 tahun, Che Ta adalah ikon kepada para wanita. Aging Gracefully!

Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab adalah pilihan terbaik pelakon itu kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri. Menjadi trendsetter dan usahawan adalah contoh yang terbaik kepada masyarakat sekeliling.

"Pemakaian pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian pandemik wabak COVID-19. Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti. Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya mengikut piawaian kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka"

Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, saya boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain. Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju. Warna baru pelitup muka ini adalah pilihan saya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju. 

"Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan. Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal di hidung. Jangan berfesyen tetapi tidak melindungi. Selain tu, saya menyokong kempen Himaya bersama MAKNA dan akan terlibat sama dalam membantu dari segi promosi, melariskan jualan supaya mendapat lebih sumbangan dana. " kata Rozita Che Wan 


Mendidik Pengguna Menggunakan Pelitup Muka Medikal Yang Diiktiraf oleh KKM


Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

Kata Datuk KK Chua, pelancaran warna baru ini dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat gaya dan tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya. 

“Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru, Beliau berkata, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM"

Kepada wanita khususnya, pelitup muka bukan saja dipakai bertujuan memutuskan rantaian wabak itu tetapi mereka sekarang menyuaipadankan warna pelitup muka dengan warna baju. Mahu bergaya serta menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan itu, cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.

Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali. Himaya boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy, secara dalam talian di Shopee, laman web rasmi serta ejen yang berdaftar.

Sumbangan Kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Bagi menyokong pesakit-pesakit kanser payudara, Himaya akan menyumbang sebanyak RM2 ke tabung MAKNA bagi setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream. Kempen bersama MAKNA bermula 8 September 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Dato KK berkongsi bahawa, pengalaman keluarga mengalami kanser dan membuatkan ia kesedaran kepada semua. Bapa mentua dan ibu saudara adalah pesakit kanser. Mereka melaluinya dengan sebaik mungkin, lakukan chemotherapy, masalah kewangan, tekanan emosi, MAKNA membantu pesakit kanser untuk mengurangkan bebanan mereka.


Rozita Che Wan Duta Baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Blush Rose! RM 2 Dari Setiap Pembelian Akan Disalurkan Kepada MAKNA.

Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Lakukan pemeriksaan payudara berkala dan apabila anda berusia 40 tahun ke atas, lakukan memogram. Kanser masih boleh dirawat di peringkat pertama dan peringkat kedua. Tetapi apabila ia telah dikesan pada peringkat ketiga dan peringkat keempat, ia mengambil masa yang lama untuk dirawat.

Sumbangan dana kepada MAKNA sepanjang hampir dua tahun pandemik COVID-19 turut terjejas. MAKNA memahami situasi yang berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan dahulu. Lebih kurang 10,000 pesakit kanser dikalangan golongan B40. MAKNA akan membantu sehingga mereka tidak risau untuk pergi melakukan rawatan berkali-kali dan berkala. 

Kanser hadir mungkin dari faktor keturunan, genetik, atau gaya hidup yang tidak sihat.  Jadi kena jaga kesihatan diri, kesihatan mental, kawal pemakanan dan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala."

Himaya Premium Hijab Medical Face Mask - Blush Rose

Edisi terkini Himaya menampilkan Blush Rose, ia adalah warna pink lembut yang sinonim dengan Pink Ribbon yang akan diraikan pada bulan Oktober setiap tahun. Pink Ribbon adalah kempen kesedaran kanser payudara. Pelitup separuh muka Himaya ekstra lembut dan berkualiti Premium untuk membantu mengurangkan kerengsaan kulit dari pemakaian lama. Ia tidak melemaskan, melindungi dari asap, bakteria, titisan air dan debunga.

✔️BFE > 98% ✔️PFE > 96%

Himaya menerima pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority) GA3736020-51457. Pelitup separuh muka ini juga dilengkapi headloop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka earloop biasa. Himaya juga diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA) 2020


Semua Himaya Premium Hijab Medical Face Mask memiliki 2 nose bridge strips, ketegangan tali juga bagus maksimum sebab tebal dan boleh dipakai oleh wanita dan lelaki. Ia UNISEX. Sekotak 50 keping bernilai RM 34.90. Pelitup separuh muka Himaya terjual di lebih 4000 cawangan farmasi di seluruh Malaysia.

Promosi Pembelian Himaya Premium Hijab Medical Face Mask




Sedang berlangsung di laman web rasmi Himaya dan Himaya Flagship Store di Shopee, dengan pembelian 2 kotak Himaya anda akan menerima Hand Sanitiser. Manakala dengan pembelian 6 kotak Himaya, anda akan menerima Tote Bag Himaya secara PERCUMA!


Berminat Menjadi Ejen Himaya Premium Hijab Medical Face Mask?


Team Himaya mencari Ejen dan Dropship yang mahu menjana pendapatan extra secara dalam talian. Bagi anda yang berminat, sila hubungi/whatsapp +6012-790 5288 untuk pendaftaran. Buat masa ini seramai 100 orang ejen Himaya berdaftar. Pihak Anggun Kirana ingin mencari sekitar lagi 300 orang ejen sehingga November 2021. Pengambilan ejen dan dropship adalah terhad. Jadi, cepat-cepat mohon okay?

Himaya adalah jenama pelitup muka perubatan premium yang mementingkan kualiti terbaik. Justeru, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pelitup muka Himaya telah melalui prosedur standard yang tinggi. Himaya juga memberi keutamaan kepada keselesaan pemakai pelitup muka ini dan merupakan jenama pelitup muka pertama yang khusus kepada golongan Muslimah. Ia memberi peluang kepada semua wanita bertudung untuk memakai pelitup muka Himaya dengan lebih selesa dan tanpa was-was.

Jenama Himaya sentiasa aktif melakukan program kebajikan, terdahulu mereka telah melancarkan Stop Cyberbullying Women Day dan aktif memberi sumbangan kepada frontliners di Hospital Ampang. Tahniah Himaya! Semoga Himaya terus melakukan inisiatif ini pada masa akan datang.


https://www.himaya.international/
https://www.facebook.com/himaya.my
https://www.instagram.com/himayamy/

https://makna.org.my/
https://www.facebook.com/maknacancer/
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Mudah nampaknya bagi pengguna berhijab seperti AM bila gunakan FaceMask Himaya nie.. Di samping duit hasil pembelian disumbangkan kepada MAKNA, ianya juga diiktiraf oleh KKM. Berbaloi utk beli Fask Mask ini..

    BalasPadam
  2. Semalam baru beli dan cuba, memang best pakainya Ruby, memang tak rasa lemas dan selesa sikit bila headloop kann.. niat membeli untuk keselamatan dan juga membeli sambil menderma, alhamdulilah..

    BalasPadam
  3. Cantik sungguh la warna Blush rose ni! Yaya memang suka sangat face mask Himaya ni. Lembut je bila pakai and paling best muka tak gatal and anti acne!

    BalasPadam
  4. Saya tak akan bahas masker medisnya. Tapi saya selalu senang setiap ada produk yang menyisihkan penjualan produknya untuk kebutuhan sosial/charity. Bless them, bless Himaya pink mask.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !