PROVITAL Immuna Plus - Healthier Malaysians, Stronger Malaysia

PROVITAL Immuna Plus - Healthier Malaysians, Stronger Malaysia

Ruby
0
Assalammualaikum semua! Apa khabar? Mempunyai kekebalan yang kuat adalah keutamaan sekarang semasa wabak pandemik COVID-19. Walaupun kita diberi vaksin, sudah lengkap dos kedua. Namun, kita harus terus menjaga kesihatan imun kita. Diformulasikan secara ilmiah dengan yis beta-glukan, selenium, dan vitamin C, susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus memberi anda Triple Immunity Protection. PROVITAL Immuna Plus menyokong wira-wira tempatan dalam kempen “Healthier Malaysians, Stronger Malaysia” sempena Hari Malaysia.

Mead Johnson Nutrition telah menamatkan kempen ‘Healthier Malaysians, Stronger Malaysia’ dengan memberi penghormatan kepada enam Wira Tempatan dalam satu acara maya hari ini, selepas tiga minggu menerima pencalonan insan-insan yang dikagumi di seluruh Malaysia daripada orang ramai. 

PROVITAL Immuna Plus - Healthier Malaysians, Stronger Malaysia


Kempen tersebut dilancarkan di bawah jenama susu formulasi dewasa baharu Mead Johnson Nutrition – PROVITAL Immuna Plus dalam inisiatifnya untuk menyokong kesihatan imun wira-wira tempatan yang melakukan inisiatif yang mengagumkan untuk berbakti kepada masyarakat. Acara maya tersebut dirasmikan oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Puteri Sultan Selangor, sempena Hari Malaysia.

PROVITAL Immuna Plus - Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat
Gambar 1: Acara maya bagi kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ dihadiri oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (tengah atas), Gonzalo Balcazar (tengah kiri, berdiri), Dr Kent Woo Chee Keen (tengah bawah), juruacara Xu Zhen Ru (tengah kanan, berdiri) dan Wira-wira Tempatan (kiri dan kanan)

Kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ bertujuan meraikan dan memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah membuat perubahan positif kepada masyarakat menerusi usaha murni atau inisiatif yang dilaksanakan oleh mereka. Wira-wira Tempatan yang dikenalpasti dan dicalonkan terdiri daripada Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, Adrian Pereira, Esther Chit, Aunty Jenny, Har Yin Geong, dan Siamy Tan.

PROVITAL Immuna Plus - Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat
Gambar 2: Enam Wira-wira Tempatan bagi kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’


“Kempen ‘Healthier Malaysians, Stronger Malaysia’ memaparkan pelbagai inisiatif murni yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia, sambil meraikan nilai-nilai dan menghidupkan semangat ‘Malaysia Boleh’ yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Saya benar-benar berbangga dengan wira-wira tempatan kita. 
Kempen ini berusaha meningkatkan kesedaran terhadap golongan yang memerlukan dan bagaimana syarikat-syarikat seperti Mead Johnson dan masyarakat secara umumnya boleh membantu satu sama lain. Saya berharap kempen ini dan kisah Wira-Wira Tempatan kita akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam kerja sosial atau menyokong inisiatif sedia ada, tetapi pada masa yang sama tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat pada masa-masa sukar ini,” ujar Y.A.M. Tengku Zatashah.

“Mead Johnson Nutrition memang sentiasa menyokong usaha menjaga kesihatan badan dan masyarakat. Kami kagum dengan kegigihan luar biasa Wira-Wira Tempatan ini yang telah menabur budi kepada masyarakat Malaysia, tanpa mementingkan diri sendiri. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan PROVITAL Immuna Plus untuk memupuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat, kami ingin memberi penghargaan kepada wira-wira ini dengan melindungi kesihatan mereka. 
Walaupun ramai yang telah menyokong wira-wira kita dalam pelbagai cara, kita tidak harus lupa untuk menjaga kesihatan mereka supaya badan mereka lebih kuat dan sihat untuk meneruskan misi membantu masyarakat. Kami juga sukacita untuk bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia dengan menyumbang 1,000 pek PROVITAL Immuna Plus yang mengandungi nutrien untuk menyokong kesihatan imun keluarga-keluarga yang memerlukan agar mereka kekal sihat dalam masa yang mencabar ini,” kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam.

PROVITAL Immuna Plus - Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat
Gambar 3: Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (kiri) selaku Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia menerima sumbangan susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus daripada Gonzalo Balcazar (tengah, berdiri)


Gonzalo menambah, “Kami mahu mewujudkan satu platform bagi rakyat Malaysia menyokong satu sama lain dengan meningkatkan tahap kesihatan, terutamanya dalam usaha menguatkan sistem imun. PROVITAL Immuna Plus, susu berkhasiat untuk dewasa boleh membantu menyokong sistem imun dengan menyediakan manfaat Tiga Perlindungan Imuniti menerusi nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C. 
Usaha kami adalah sejajar dengan pandangan 45% responden dalam tinjau selidik kami baru-baru ini yang menyatakan bahawa pemakanan ialah faktor penting untuk meningkatkan tahap keimunan. Di samping itu, 51% daripada individu dewasa Malaysia memilih produk berkhasiat untuk menyokong kesihatan mereka. Mengambil kira semua faktor ini, kami berhasrat membantu menjaga kesihatan wira-wira kita supaya mereka boleh memberi tumpuan melaksanakan inisiatif mereka dengan penuh yakin.”

“Ia sangat memberansangkan untuk melihat rakyat Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu satu sama lain lebih-lebih lagi dalam situasi kini, tanpa mengabaikan kesihatan dan kesejahteraan masing-masing. Orang ramai perlu memahami kerja sosial boleh memberi kesan kepada badan kita dan seharusnya meningkatkan kesedaran tentang cara untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan daya tahan. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mencontohi Wira-Wira Tempatan kita dengan menjaga diri mereka dan orang terdekat mereka,” kata Dr. Kent Woo Chee Keen, Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Sempena Hari Malaysia, marilah kita meraikan dan menyokong Wira-Wira Tempatan yang diketengahkan dalam kempen ‘Healthier Malaysians, Stronger Malaysia’ atas usaha murni mereka:

Wira Tempatan

Butiran Inisiatif Yang Dilaksanakan

Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang

Pekerja amal tempatan yang berusaha gigih menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada golongan memerlukan

Adrian Pereira

Pengarah Eksekutif North-South Initiative yang berusaha memperjuangkan hak asasi manusia dan hak buruh masyarakat yang terpinggir.

Esther Chit

Pembina Pakar di EPIC yang merapatkan jurang bandar dan luar bandar dengan membina rumah untuk masyarakat yang kurang mampu

Aunty Jenny

Aktivis haiwan yang telah menyelamatkan haiwan terbiar selama 20 tahun lepas

Har Yin Geong

Penyelaras sukarelawan yang membantu warga emas untuk membuat janji temu vaksin

Siamy Tan

Tukang masak di rumah yang mengendalikan sepasukan tukang-tukang masak rumah untuk menyediakan makanan bagi golongan yang kurang berkemampuan

Mengenai PROVITAL Immuna Plus:


PROVITAL Immuna Plus ialah susu berkhasiat untuk dewasa yangmemberikan manfaat Tiga Perlindungan Imuniti menerusi nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C. Untuk maklumat lanjut tentang PROVITAL Immuna Plus dan kempen ‘Healthier Malaysians, Stronger Malaysia’. PROVITAL Immuna Plus kini boleh didapati di farmasi, pasar raya dan gedung e-dagang dalam pek 480g dan 960g pek.

Jika anda ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang status imun anda, anda boleh menyemak tahap imuniti anda di www.provital.com.my/immunitycalculator. Dengan menjawab satu siri soalan berkaitan kesihatan, alat ini memberikan petunjuk kekuatan kesihatan imun seseorang dalam tempoh 12 bulan lepas berasaskan sistem markah.

Laman Web: http://www.provital.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/provitalmy

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !