Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan

Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan

Assalammualaikum semua! Selamat Hari Malaysia! Sambil duduk dengan selamat di rumah, ia menjadi sinonim apabila hari ini kita dihiburkan dengan filem menarik dan boleh ditonton oleh seisi keluarga. Jika mencari filem atau drama kelakar, pasti mencari Pengarah Mamat Khalid. Ateeee Ruby orang Perak Tanjung Tualang, bila tonton filem beliau. Terus berasa nostalgia. Teringat rumah atok dan opah, saudara mara dan suasana kampung. Suasana masyarakat majmuk dan kedai kopi tu memang menggamit memori. Hahaha. Francais Kampong Pisang memeriahkan Hari Malaysia dengan sebuah filem pendek istimewa arahan Mamat Khalid.

Istimewa Sempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek arahan Pengarah tersohor Mamat Khalid bertajuk 'Kampong Pisang Kita Setandan'. Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang. Penonton boleh menyaksikan filem pendek berdurasi setengah jam ini di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro GO.

Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan

Filem pendek ini ditulis oleh Mamat Khalid sendiri. Sudah menjadi kebiasaan, kemunculan watak Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan penduduk Kampong Pisang pasti akan dikejutkan dengan berita gempar atau masalah yang perlu diselesaikan. Boleh dikatakan ‘jika tiada masalah, maka bukan Kampong Pisanglah namanya’.

Kali ini isu tercetus apabila Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Mengapa? Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian dan me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu. Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi.

Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan


Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan

Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan

Filem Pendek Kampong Pisang Kita Setandan

Di antara barisan pelakon yang membintangi filem pendek ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.

Menurut Pengarah Kampong Pisang Kita Setandan, Mamat Khalid berkata, “Kampong Pisang Kita Setandan ini dihasilkan bagi menyemat semangat bersatu padu dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. Pengisian filem pendek ini bukan hanya tentang menyatukan semua bangsa dan meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta, malah adat serta budaya turut diangkat agar ia sentiasa didedahkan kepada generasi muda. 
Saya harap, filem pendek ini bukan sahaja menghiburkan penonton dengan telatah penduduk Kampong Pisang, tetapi naskhah ini serasi dengan jiwa semua generasi dan sekali gus mampu membina jiwa bangsa dan semangat bersatu hati.”

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Bersempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek istimewa yang mengetengahkan konsep perpaduan kaum menerusi karya popular Kampong Pisang. Menariknya, kali ini penonton dapat melihat jenama Kampong Pisang membawa mesej berbeza iaitu nilai patriotisme pula. 
Terima kasih kepada Pengarah Mamat Khalid kerana sentiasa kreatif dalam menampilkan konten terbaik dan padat dengan mesej. Kami berharap, Kampong Pisang Kita Setandan dapat menjadi inspirasi serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat tempatan, selain meraikan Hari Malaysia dengan lebih bererti.”

Tarikh, Waktu & Saluran: 


Istimewa buat penonton, filem Kampong Pisang Kita Setandan juga turut ditayangkan di saluran lain Astro seperti berikut:

16 September, Khamis, 5.30 petang Astro Prima (saluran105)
16 September, Khamis, 9.30 malam Astro Ria (saluran 104)
18 September, Sabtu, 10.00 malam Astro Warna (saluran107)
20 September, Isnin, 8.00 malam Astro Citra (saluran 108)
22 September, Rabu, 12.30 tengahari NJOI TV (saluran 140)

Selamat menonton!

Catat Ulasan

0 Ulasan