Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Ruby
10
Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.orgAssalammualaikum semua! Buat apa tu? Masih ingat lagi permainan dalam komputer masa zaman sekolah dulu? Solitaire tuuuu!!! Ingat? Nostalgia sangat apabila terjumpa permaian ini di laman web www.solitaire.org. Ruby sudah mula main game di sini dan ternyata skill itu masih ada! 

Lambakan permainan dalam talian semakin popular dan menjadi ikutan oleh semua lapisan masyarakat. Ruby percaya, ramai di antara kita memilih bermain game untuk menghilangkan stress, memberi peluang untuk bersendirian dan membantu untuk diri kita lebih bersabar. Cuma, bergantung kepada game apa yang anda main. 

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Kepelbagaian game pada hari ini sememangnya memainkan peranan terhadap apa yang kita cenderung. Ada yang menggemari game MOBA, Action, Adventure, RPG, Simulation, Turn Base atau Arked seperti Solitaire. 

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Banyak kajian telah dilakukan sejak berzaman dahulu tentang manfaat bermain game jenis Arked. Ia menghiburkan, kita memperoleh masa bersendirian yang sempurna, membantu meningkatkan ingatan, meningkatkan kemahiran mental, mengajar tentang kesabaran, memupuk semangat mencipta stratergi dan juga meningkatkan daya saing positif. 

Walaupun begitu, pastikan anda tahu batasan bermain game. Sediakan masa untuk bermain game yang lebih fleksibel. Jika bermain game ketika stress, luangkan masa hanya 30 minit hingga 1 jam sahaja. Kemudian anda perlu mulakan tugasan harian yang masih berbaki itu ya. Main game adalah sesuatu yang positif, jangan ketagih bermain game dan mengundang kepada ke arah negatif. Jadikan permainan dalam talian pemangkin semangat untuk anda bangkit setelah seharian sibuk dengan tanggungjawab harian yang hectic.


Solitaire.org adalah laman web yang mempunyai pelbagai permainan dalam talian. Anda hanya perlu masuk ke laman web tersebut dan terus bermain. Apa yang menarik ia adalah PERCUMA. Permainan game Solitaire terdiri daripada beberapa jenis. Anda tahu tak, terdapat lebih dari 80 versi Solitaire dan yang paling popular adalah yang Ruby suka main adalah jenis Klondike. Nampak mudah susun-susun ikut turutan K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A. Tetapi, jika tiada kesabaran. Mungkin anda akan mengaku kalah walau baru 1 minit bermula. Hahaha.

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org
Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Selain dari permainan game Solitaire yang pelbagai, anda boleh bermain game lain melalui satu laman web yang sama. Hanya klik sahaja dan anda akan di bawa ke paparan laman web seterusnya. Diantara permaianan dalam talian lain di Solitaire.org adalah:

1. Card Games
2. Mahjong Solitaire Tile Games
3. Hidden Object Games
4. Match 3 Games
5. Other Fun Games

Ayuh kita ke "Other Fun Games". Di sini adalah tempat kedua Ruby suka main. Kadang-kadang anak-anak Ruby juga turut bermain game disini. Mereka menggemari Cookie Monster www.solitaire.org/cookie-monster. Comel main game yang diinspirasikan dari PacMan. Memang kami akan menjerit keseronokan apabila bermain game ini. 

Seterusnya kami bermain Daily Crossword www.solitaire.org/daily-crossword. Kami bermain sampai pecah otak memikirkan jawapan. Tips untuk bermain Crossword perlu ada kamus, pen dan kertas di sebelah. InsyaAllah mudah mencari jawapan. Apa yang menarik, anda boleh cetak Daily Crossword ini jika anda lebih selesa menulis semua jawapan di atas kertas. Best bukan?

Kemudian permainan seterusnya adalah Daily Sudoku www.solitaire.org/daily-sudoku. Ia juga menjadi kegemaran Ruby sekeluarga. Suatu ketika dulu, semasa zaman sekolah. Buku Sudoku dan Crossword menjadi peneman. Ruby seorang introvert dan tidak banyak bercakap. Banyak masa dihabiskan dengan menjawab Crossword dan menyelesaikan Sudoku.


Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Nak lagi seronok dan beri senaman jari? Jom kita main Tennis pula! Ini adalah game yang sangat menghiburkan. Boleh jadi riuh satu rumah apabila gagal smash bola tennis dan seterusnya kepenatan jari-jemariku untuk teruskan bermain. 

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

www.solitaire.org/tennis

Objektif bermain Tennis adalah untuk mendapatkan mata perlawanan sebelum pihak lawan anda melakukannya. Anda memberikan mata pertama, komputer memainkan kedua, dan anda bermain selagi boleh sehingga anda kehilangan satu mata. Pemain desktop hanya menggunakan papan kekunci anak panah kiri kanan untuk bergerak di gelanggang dan spacebar atau tetikus untuk smash bola.


Mudah Boleh Bermain Menggunakan Telefon Pintar Dan Komputer


Ruby telah mencuba bermain kesemua permainan game dalam talian Solitaire.org ni melalui telefon pintar juga. Anda boleh bermain dimana-mana sahaja. Tiada masalah untuk akses ke game kegemaran anda. 

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org

Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire.org


Solitaire.org Bebas Dari Sebarang Iklan


Apa yang menarik dan paling disukai ramai adalah tiada iklan muncul. Jadi ia memberi kita fokus 100% untuk menyelesaikan apa sahaja permainan dalam talian di Solitaire.org.  Anda tidak perlu membeli koin untuk naik level, tidak perlu bimbang seperti permainan game lain yang mempunyai iklan 18 tahun ke atas tiba-tiba pop-up dan perlu menonton dalam 5 saat. 

Ia bahaya untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk klik apa sahaja paparan dan muat turun secara terus. Maka, mereka tidak akan menyelesaikan permainan game yang sedang mereka main dan terus tukar kepada permainan game baru. Gangguan perhatian begini boleh mengganggu kesihatan mental. Ia ibarat glitch kepada manusia.

Dari permainan game dalam talian di Solitaire.org, kita dapat memupuk personaliti peribadi yang baik. Penyelesaian dan fokus sesuatu permainan game amat diperlukan apabila bermain game. Barulah mencapai kepuasan sebenar. Konsep ini digunapakai dan dipraktiskan di dalam dunia realiti. Betul bukan? 

Bermain game sangat menghiburkan! Manfaatkan dengan sebaiknya. Cubalah! Cuma klik www.solitaire.org dan anda siap sedia untuk masuk ke dunia permainan game Nostalgia. Pasti anda akan berasa Anemoia seperti Ruby. Rindu masa lalu. 

Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Seronok main game kat sini, main hidden games pon boleh jadi berjam-jam sebab nak naik level. Haha

    BalasPadam
  2. best main game sini..ida suka game hidden object tu dengan mahjong..haha. anak2 pun suka main

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Akak pun ada solitaire dalam laptop ni. Solitaire yang akak tahu main yang draw one classic. Kalau draw 3 tak reti. Haha....sesekali penat nak dapatkan idea blog..kita main dulu....(tadi ada kesalahan ejaan. Tu yg padam...)

    BalasPadam
  5. Betul2 mengimbau kenangan game solitaire ni Ruby. Memang ralit bila dah start main. Tapi sekarang nak main game sekadar utk release tension je. Boleh lah lps ni main game dekat web ni.

    BalasPadam
  6. favourite main game ni. main teringat zaman belajar kat universiti dulu2. selalu main game solitaire jer release stress

    BalasPadam
  7. mmg best main game solitaire.. walaupun nampak simple tapi sebenarnya menguji minda juga

    BalasPadam
  8. Wah rindunya game solitaire ni! Dulu-dulu masa study kat U memang sokmo main. Boleh la try skil balik...hihi

    BalasPadam
  9. Game time jaman sekolah ni weiii, kalau bukak komputer kotak tu, mesti main solitare ni hahahaha.. sekarang pun masih gak Sis main kalau time bosan..

    BalasPadam
  10. Wah dulu i pernah main game solitaire ni, now they have their website also, and its free from ads. Jap nak terjah.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !