Pakej Lengkap Badminton Untuk MILO® Champions Clinic: E-Coaching Dah Sampai

Pakej Lengkap Badminton Untuk MILO® Champions Clinic: E-Coaching Dah Sampai

Ruby
10
Assalammualaikum semua! Siang tadi Ruby menerima panggilan telefon dari J&T. Mereka cakap ada penghantaran barang. Kemudian Ruby cakap "kalau muat peti surat, masuk je dalam peti, akak tak kunci. Kalau besar, letak di atas peti surat". Adik J&T tu pun jawab. "Akak barang ni besar dan tinggi". Ruby pun jawab. "Oh okay, akak standby sekarang.". 😅😅😅

Nak tahu kotak tu kotak apa? Kotak tu dari MILO®!. Cepat betul dah sampai! Kalau anda ingat lagi artikel Ruby hari tu https://www.ruby.my/2021/09/daftar-anak-anak-sertai-milo-champions-clinic-e-coaching.html?m=1. Ruby daftar Adam ketika itu. Ternyata pantas MILO® menyiapkan anak-anak untuk bersiap sedia pada 11 September 2021 nanti. 


Pakej Lengkap Badminton Untuk MILO® Champions Clinic: E-Coaching Dah Sampai.


Di dalam pakej lengkap bernilai RM 85 terdapat 1 Raket, 6 Kon, 6 Bulu Tangkis Sintetik, 1 Jersey Latihan MILO®. Masa Adam dapat kotak J&T hantar. Dia punya teruja tu, dari takut nak menceburi sukan Badminton terus tak sabar nak belajar. Ruby cakap dekat Adam. Coach Daphne Ng yang hantar. Hahaha. Ruby nak bagi harapan kepada Adam supaya dia tidak risau atau gusar untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Kami teruja, siap pakai dan bergambar siap-siap dengan barang yang diberikan. Ruby nak simpan sebagai kenangan. Mana lah tau nanti anakku jadi wakil sekolah dan seterusnya ke peringkat wakil negara ke kan. Semuanya bermula dari kelas profesional bersama Jurulatih Kebangsaan di MILO® Champions Clinic: E-Coaching. InsyaAllah.

Kelas dalam talian akan bermula pada hujung minggu bermula 11 September hingga 16 Oktober 2021. Doakan Adam enjoy kelas dan memanfaatkan program ini sebaiknya. 🥰🥰🥰
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. With the pandemic, it is all about learning from long distance right Glad that Milo is organizing such coaching clinic for the young ones.

    BalasPadam
  2. Amboi Adam. Dah ada rupa dah tu, bakal jadi atlit Malaysia ye. Teruskan Adam. Abang Rawlins sokong!

    BalasPadam
  3. Wow.....this is a really good initiative by Milo to make kids interested in sports. Awesome sgt. All the best to your son. Semoga dia dpt memupuk minat dlm sukan badminton ya.

    BalasPadam
  4. Ye laa cepatnyaa sampai.. bagus, boleh Adam start semangat dia dulu.. baju dia lawa pulakk yaa.. Good Luck buat Adam okay.. teruskan bersukan demi negara..

    BalasPadam
  5. wah dah dapat peralatan dia...akk tgh fikir nak join kan amani ke tak.. dia nak join tapi malas buat video hahahaha

    BalasPadam
  6. Sonok plak tengok set Adam dapat ni. Terus rasa nak register Zahra ngn Fateh..sempat ke lagi ek nak join ni?

    BalasPadam
  7. gear semua dah cukup dah. boleh la main. nak suggest pada anak saudara sebab dia suka betul main badminton! lawa plak baju tu

    BalasPadam
  8. fuhh complete pakej dia. macam mana agaknya badminton e-coaching ni ye. semua online je skarang ni

    BalasPadam
  9. Wow... harapan egara geerasi akan datang, eloklah ada minat dlm badinton, bagus gallakan dari kecik, terbaik MILO

    BalasPadam
  10. Wah best nyer! semua lengkap. Semoga Adam terus bersemangat dan maju ke depan.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !