Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix | Assalammualaikum semua! Viral sekarang Korean Drama Squid Game di Netflix. Ruby nampak iklan di Netflix semasa menunggu siri terbaru Hometown Cha Cha Cha. Ia agak mengerikan sebab nampak sisipan video muka kena tampar dan kepala kena tembak. Lepas tu muzik suspen.

Dari hutang, kehidupan kita jadi tidak terurus. Pengurusan kewangan yang baik akan membantu kita hidup dengan lebih harmoni bersama keluarga tercinta. Watak Seong Gi-hun dimainkan dengan baik oleh pelakon Lee Jung-jae. Sememangnya watak yang berat. Kehidupan dia sangat kesian. Dia sangat baik, cuma kebanyakan peluang kehidupan tidak berpihak kepada dia.
Gagal dalam perkahwinan, masih tinggal dengan ibu yang sedang tua dan tiada pekerjaan tetap. Tetapi dia bapa yang baik dan anak yang baik. Semasa di dalam Squid Game, dia ambil berat tentang pemain nombor 001 dan kawan baik semasa kecil iaitu pemain nombor 218. Banyak detik-detik yang membuatkan kita tersedar tentang persabatan, pengorbanan dan penghianatan. Tapi Seong Gi-hun tetap baik. Marah tu ada, tapi dia baik. Faham tak?
Jadi, teruskan berbuat baik, mana tau boleh menang 45,600,000.000 Billion. Mencabar betul!


Anak Ruby nampak video ni, dia jadi takut. Malam-malam dah tak boleh tidur teringat patung besar dalam iklan tu. Jadi, Ruby tak boleh tonton drama itu pada waktu siang. Anak dah tidur selepas Isyak, Ruby dan suami pun mula tengok drama ni. Diingatkan bahawa drama bersiri ini untuk tontonan orang dewasa. Jika anda orang dewasa yang takut dan ada masalah mental, juga tidak digalakkan tengok.

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix
Squid Game disiarkan secara rasmi di Netflix pada 17 September 2021 baru-baru ini. 9 episod dan genre Violence, Sex, Nudity dan Suicide. Fuhhh mencabar bila tengok list genre. Kena kuat semangat. Istighfar banyak-banyak. Ruby review mesti ada spoiler. Kalau tiada spoiler, baik tulis sinopsis aje kan? Hahaha.
Pengarah: Hwang Dong-hyuk
Pelakon:
Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)
Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho (Polis)
Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)
Tripathi Anupam sebagai Abdul Ali (No. 199)
You Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)
Penampilan khas:
Gong Yoo sebagai Recruiter (Episod 1 dan 9)
Lee Byung-hun sebagai Front Man (Episod 8–9)
Bahasa: Korean
Genre: TV Dramas, TV Thrillers
Klasifikasi Tontonan: 18PL - Violence, Sex, Nudity & Suicide, 18 tahun keatas.
Pelakon:
Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)
Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho (Polis)
Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)
Tripathi Anupam sebagai Abdul Ali (No. 199)
You Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)
Penampilan khas:
Gong Yoo sebagai Recruiter (Episod 1 dan 9)
Lee Byung-hun sebagai Front Man (Episod 8–9)
Bahasa: Korean
Genre: TV Dramas, TV Thrillers
Klasifikasi Tontonan: 18PL - Violence, Sex, Nudity & Suicide, 18 tahun keatas.
Persahabatan, Pengorbanan Dan Penghianatan
Permulaan Drama Korean Squid Game ni sangat bagus. Pengarah drama ini banyak mengajar erti kehidupan dan menonjolkan budaya permainan tradisional masa kecil kanak-kanak Korean di Squid Game. Dari situ, Ruby faham sikit. Sebab permainan tradisional kita semua seakan sama. Situasi paling buat Ruby insaf dalam Drama Korean Squid Game adalah HUTANG.Dari hutang, kehidupan kita jadi tidak terurus. Pengurusan kewangan yang baik akan membantu kita hidup dengan lebih harmoni bersama keluarga tercinta. Watak Seong Gi-hun dimainkan dengan baik oleh pelakon Lee Jung-jae. Sememangnya watak yang berat. Kehidupan dia sangat kesian. Dia sangat baik, cuma kebanyakan peluang kehidupan tidak berpihak kepada dia.
Gagal dalam perkahwinan, masih tinggal dengan ibu yang sedang tua dan tiada pekerjaan tetap. Tetapi dia bapa yang baik dan anak yang baik. Semasa di dalam Squid Game, dia ambil berat tentang pemain nombor 001 dan kawan baik semasa kecil iaitu pemain nombor 218. Banyak detik-detik yang membuatkan kita tersedar tentang persabatan, pengorbanan dan penghianatan. Tapi Seong Gi-hun tetap baik. Marah tu ada, tapi dia baik. Faham tak?
Jadi, teruskan berbuat baik, mana tau boleh menang 45,600,000.000 Billion. Mencabar betul!
Symbol PlayStation Pada Name Card, Cuma Tiada X
Setiap pemain di dalam Squid Game akan melalui fasa di mana mereka akan dijemput dengan name card khas. Ia diberikan secara terus dari recruiter atau diselitkan di pintu rumah atau diberikan dalam bentuk hadiah. Sesiapa yang bersetuju, akan hubungi nombor tertera dan akan dijemput di lokasi yang telah dijanjikan.

Penampilan Istimewa Gong Yoo
Penampilan istimewa Gong Yoo. Terbeliak mata Ruby tengok. Hahaha. Goblin berlakon oiiii. Mereka main Ddakji di stesen keretapi. Permainan Ddakji atau Ceper adalah permulaan pusingan kelayakan. Setiap cara peserta didekati oleh recruiter mempunyai cara yang tersendiri.
Sebenarnya mereka ni sudah terpilih untuk masuk ke Squid Game. Maklumat peribadi mereka telah diketahui. Nama penuh, usia, pendidikan, tempat kerja, kehidupan, maklumat perkahwinan, hutang dengan loan sharks dan hutang bank. Semua diketahui. Takut kan? Gong Yoo sebagai Recruiter di dalam Squid Game.
Lee Byung-hun Sebagai Front Man
Mengenali Lee Byung-hun sebagai pelakon yang terkenal di peringkat Hollywood, Ruby teruja apabila pelakon Front Man di Squid Game adalah Lee Byun-hun.
Pangkat Pasukan Tentera Dikenali Dengan Simbol Pada Topeng Wajah
Nampak simbol di topeng wajah pasukan tentera Squid Game? Ketiga-tiga mempunyai peranan masing-masing. Simbol Segi Empat adalah Kapten atau Manager, Segi Tiga adalah tentera bersenjata dan Bulatan adalah Penyelia. Penyelia akan membersihkan semua mayat dan membakarnya.
Permainan Masa Kecil Yang Terdapat Di Dalam Squid Game
Peserta Squid Game adalah seramai 456. Cabaran episod pertama Squid Game macam permainan kita di Malaysia iaitu A, E, I, O, U STOP! Hah lebih kurang macam tu. Tapi nama mereka panggil adalah Red Light, Green Light. Selama 9 episod ini, Ruby amat meminati babak semasa permainan tradisional ini ditafsirkan. Walaupun nampak ganas tetapi hakikatnya itulah kehidupan.
Red Light, Green Light.

Tug-of-war - Tarik Tali
Marbles - Guli
Glass Stepping Stone
Squid Game (Permainan Terkahir)
45,600,000.000 Billion Untuk Dimenangi
100 billion Won untuk nilai seorang peserta. Jika ada yang mati, jumlah akan meningkat di tabung Piggy. Ramai mempunyai harapan untuk memenangi wang ini. Mereka ingin selesaikan hutang piutang dan memulakan kehidupan baru. Namun, hanya seorang pemenang sahaja akan layak menerima wang ini.
Sentuhan Pengarah Hwang Dong-hyuk Luar Biasa!
Siri ini mendapat kritikan setelah dilancarkan kerana kesamaannya dengan filem Jepun As the Gods Will, yang dikeluarkan pada tahun 2014. Hakikatnya, drama bersiri ini adalah adaptasi dari komik manga dan mempunyai kisah berdasarkan versi permainan kanak-kanak yang berbahaya seperti "Daruma-san ga koronda" , versi Jepun Red Light, Green Light. Malah ada juga menyamakan drama bersiri ini dengan drama Jepun Alice in Borderland.
Menjawab dakwaan plagiarisme, pengarah Hwang Dong-hyuk menyatakan bahawa dia telah mulai menghasilkan skrip itu sejak tahun 2008 dan bahawa persamaan antara kedua-dua filem, di mana beliau telah dimaklumkan semasa proses penggambaran, ia hanyalah kebetulan.
Pada pendapat Ruby, Ruby lebih menyukai Squid Game sebab ada keunikan tersendiri. Ruby boleh menghabiskan setiap episod dengan baik walau ada tutup mata di beberapa babak.
Ramai menantikan Squid Game Part 2. Kebiasaannya drama bersiri yang ada sambungan di Netflix akan menjadi tidak best. Cerita akan meleret dan watak utama iaitu Seong Gi-hun yang ingin membalas dendam akan menjadi watak villaint. Diharap Pengarah Hwang Dong-hyuk akan lebih kreatif dalam memperkemaskan Squid Game Part 2 atau sambungan seterusnya. Jika ada. Hehehe.
Secara keseluruhan, dari set pengambaran, rekaan kostum, jalan cerita, barisan pelakon dan mesej yang ingin disampaikan sangat bagus. Ruby beri 10/10 bintang!
Squid Game Versi Malaysian?
Industri hiburan di Malaysia masih sangat baru untuk menghasilkan filem atau drama seumpama negara Korea. Masih jauh untuk kita capai. Tetapi, barisan pelakon Malaysia mempunyai harapan untuk membawa setiap watak dalam Squid Game. Kita ada barisan pelakon yang serba boleh dan luar biasa. Malah ada yang sudah ke peringkat Antarabangsa! Jika Squid Game ingin buat versi Malaysia. Pengarah Hwang Dong-hyuk boleh pilih pelakon Malaysian untuk bawa ke set pengambaran yang super canggih tu okay?
Semua gambar di dalam artikel ini di ambil secara tangkap layar dari Netflix. Ruby adalah Netflix Subscriber untuk Plan Premium Ultra HD. Jangan saman Ruby okay? Hehehe! https://www.netflix.com/title/81040344






















