Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif

Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif

Ruby
0




Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang mencari telefon pintar yang sesuai untuk kita semua. Ruby ingin berkongsi tentang telefon pintar Samsung Galaxy A03s. Jom tingkatkan pengalaman anda atau anak anda dengan pemproses baru, sensor cap jari sisi, bateri berkuasa tinggi, tiga kamera dan skrin 6.5" HD+. Wow! hebat kan? 

Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif


Samsung Malaysia Electronics mengumumkan keluaran terbaharu, Samsung Galaxy A03s, telefon pintar kelas permulaan yang sangat sesuai untuk mereka yang mahukan peranti yang memberikan fungsi utama hebat pada harga mampu milik. Dipadankan dengan sensor cap jadi sisi, skrin 6.5” HD+, kamera utama 13MP dan bateri 5,000mAh yang berkuasa, peranti ini adalah sempurna bagi mereka yang menghargai kesederhaan dan kecekapan untuk urusan seharian mereka.

Kamera Yang Menakjubkan Dan Ciri Penyuntingan Yang Hebat Untuk Yang Kreatif


Pada zaman kini, kamera pada telefon pintar bukan lagi merupakan ciri tambahan yang bagus untuk dimiliki, tetapi mesti dimiliki kerana fungsinya. Sama ada untuk tugas sekolah, peggunaan media sosial ataupun sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang yang tersayang, kehadiran kamera yang hebat (atau tiga!), sama pentingnya dengan kehadiran pemproses yang baik. Kamera-kamera versatile Galaxy A03s membolehkan pengguna untuk mencipta kenangan indah yang berkekalan lama. Ambil gambar berkualiti tinggi dengan kamera utama 13MP dengan bukaan F2.2 dan dapatkan kesan bokeh yang cantik di latar belakang! Sementara kamera Makro 2MP F2.4 membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat dengan tekstur tambahan yang sangat jelas, kamera Depth memberikan pengalaman yang lebih seronok dengan adanya kesan kabur yang boleh disesuaikan pada latar belakang subjek gambar anda. 

Jika anda lebih gemar untuk berswafoto, kamera depan 5MP yang hebat ini membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan terang! Dengan efek-efek Selfie Focus dan Smart Beauty, anda boleh mengambil gambar dengan penampilan kulit yang lebih halus dan wajah yang lebih menonjol. Galaxy A03s memberikan setiap minda kreatif peluang untuk menambahkan identiti tersendiri pada gambar. Tambahkan sentuhan peribadi dengan menggunakan pelbagai efek seperti sticker, stamp dan filter-filter pengecam wajah 1 untuk menetapkan nada gambar anda! Bimbang ia akan memakan ruang dalam peranti anda terlalu cepat? Jangan risau, RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB dapat ditingkatkan dengan bantuan kad MicroSD sehingga 1TB 2.

Galaxy A03s Untuk Si Minda Kreatif

Skrin Terang Untuk Pengalaman Tontonan Yang Mengasyikkan


Selain daripada menggunakan skrin besar untuk tugas harian seperti menatal dokumen dan feed media sosial atau panggilan video bersama rakan-rakan anda, skrin besar 6.5”dengan layar HD+ Galaxy A03s akan memberikan pengalaman menonton yang hebat kepada setiap pengguna. Bagi peminat hiburan, skrin besar sangat sesuai untuk gamers dan mereka yang gemar menonton filem dalam talian. Dengan Dolby ATMOS, detik-detik di layar anda ditingkatkan lagi ketika anda membenamkan diri dalam audio yang mengasyikkan – sama seperti di pawagam!

Bateri dan Prestasi yang Tidak Mengecewakan


Bateri 5,000mAh yang mengagumkan ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menjalani kehidupan sibuk 3 . Dengan kuasa bateri yang banyak, ia tidak akan padam dan mengecewakan anda ketika anda sedang menjalankan tugas pada siang hari. Ia juga dilengkapi dengan kemampuan pengecasan 7.75W, sangat sesuai dan penting bagi mereka yang ingin menjimat masa. Sementara One UI Core membenarkan anda untuk ber-multitask dan berulang-alik antara aplikasi yang berbeza dengan lancar, pemproses Octa-Core yang mengagumkan pada peranti ini juga dapat menangani tugas-tugas berat dengan pantas tanpa menjejaskan kelajuan dan kualiti. Sensor jari yang dipasang di sisi juga membolehkan anda membuka kunci telefon dengan mudah dan pantas.

Didatangkan dengan warna-warna anggun bersama kemasan mat, Galaxy A03s boleh didapati dalam warna Black, Blue dan White. Peranti ini boleh didapapi dengan harga runcit disyorkan iaitu RM559.

Spesifikasi Galaxy A03s


Paparan:
  • 6.5″ HD+ (720 x 1600) TFT LCD
  • Infinity-V Display
Kamera
  • Belakang
    • Utama: 13MP, F2.2
    • Macro: 2MP, F2.4
    • Kedalaman: 2MP, F2.4
  • Hadapan 
    • Swafoto: 5MP, F2.2
  • Dimension / Weight 
    • 164.3 x 76.0 x 9.1mm / 196g
Pemproses 
  • Octa-Core (Quad 2.3GHz + Quad 1.8GHz)
  • MTK6765 (P35)
Memori
  • 5 4GB RAM
  • Storan Dalaman 64GB
  • Slot MicroSD (sehingga 1TB)
Kad SIM 
  • 3 Slot (SIM 1 + SIM 2 + MicroSD)
Kapasiti Bateri 
  • 6 5,000mAh, Pengecasan 7.75W
OS/Naik Taraf 
  • Android 11.0
Sensor 
  • Accelerometer, Sensor Cap Jari, Sensor Light, Sensor Proximity
Sambungan Tanpa Wayar
  • Bluetooth v5.0, 802.11 b/g/n 2.4GHz, Wi-Fi Direct, GPS, Glonass, Beidou, Galileo
Video Rakaman
  • FHD (1920 x 1080) @30fps
Pengesahan Biometrik 
  • Pengimbas cap jari sisi
Warna 
  • Blue
  • Black
  • White

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A03s, sila layari:

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !