Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan




Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan. | Assalammualaikum semua! Sejak selamat duduk di rumah. Ruby sering mencari aktiviti untuk anak. Cuma, masih belum jumpa aktiviti yang bermanfaat dari segi pergerakan fizikal dan kesihatan. Ada juga melihat program permainan dalam talian, belajar bahasa baharu dengan tutor dan ada juga program sains inovasi. Semuanya Adam telah sertai. Bagi bulan September 2021, Ruby daftarkan Adam sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching. Masa mula buka pendaftaran tu, memang teruja sangat! Ibu lebih excited!

Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan.


MILO® Champions Clinic: E-Coaching ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Klinik ini adalah khusus untuk pengenalan sukan bagi sukan Bola Keranjang, Futsal dan Badminton. Ia dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn Bhd secara atas talian dan boleh dijalankan oleh peserta atau penjaga/ibu bapa di mana-mana kawasan sekitar kediaman. Pastikan patuh SOP! Klinik ini akan bermula dari 11 September 2021 hingga 16 Oktober 2021 dan dijalankan pada setiap hujung minggu. Sebanyak 5 sesi tayangan video (dibekalkan sebelum) dan 5 sesi secara maya atas talian bersama jurulatih.

Peserta akan mengikuti 5 sesi MILO® Champions Clinic: E-Coaching yang direkod secara atas talian dengan saluran khusus. Tempoh setiap sesi adalah 30 minit. Semua Peserta diwajibkan menyempurnakan kesemua sesi latihan yang ditetapkan untuk melayakkan mendapatkan sijil dan medal penyertaan MILO® Champions Clinic: E-Coaching. 

Pihak penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk mengubah masa latihan secara atas talian bergantung kepada kesuaian dan masa yang ditetapkan. Penyertaan adalah terhad dan hanya boleh menerima jumlah penyertaan yang ditetapkan mengikuti jenis sukan dan jumlah jurulatih yang dilantik oleh pihak penganjur berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat”. Pendaftaran akan ditutup pada 10 September 2021 pada pukul 5 petang atau apabila jumlah penyertaan yang ditetapkan oleh Penganjur untuk setiap kumpulan penuh. Setelah menyelesaikan pembayaran, e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda. Bahan video dan pautan Google Meet akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.

Semua peserta akan menerima 1 helai baju-T MILO, produk MILO, medal, sijil dan peralatan asas untuk latihan. Bergantung kepada sukan yang anda daftarkan. Setiap peserta diwajibkan untuk memakai baju-T MILO yang dibekalkan sepanjang masa sesi Klinik ini berlangsung. Semua peserta mesti mengikut arahan jurulatih yang berkaitan dengan latihan sepanjang masa Klinik dijalankan. Setiap peserta perlu berpakaian sukan dan berkasut sukan lengkap yang bersesuaian untuk latihan dan air minuman yang secukupnya. Oleh kerana aktiviti sukan melibatkan risiko kecederaan diri, para ibu bapa perlu memantau dan bersetuju untuk bertanggungjawab atas kesihatan dan kesejahteraan peserta semasa menyertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching.


Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan
Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan



Adam Sertai Sukan Badminton


Ruby sudah daftarkan Adam. Anak sulong Ruby berusia 7 tahun pada 2021. Ruby sentiasa meminati sukan. Aktif pada zaman sekolah adalah peluang untuk mengetahui kebolehan. Coach atau guru mempunyai mata yang mahir untuk menentukan kebolehan seseorang bakal atlet. Walaupun mempunyai ketakutan dan kurang keyakinan diri. Bantuan coach membuatkan Ruby aktif sukan dan mewakili Rumah Sukan Sekolah Rendah untuk sukan Olahraga Larian. 100meter, 4 x 100meter dan 4 x 400meter. Itu adalah sukan kegemaran Ruby. Kemudian Ruby mula aktif bermain hoki pada tahun 6. Mewakili daerah ketika itu.

Apabila masuk ke sekolah menengah. Ruby aktif sebagai AJK Rumah Sukan sahaja. Selain itu menjadi AJK Pengawas Sukan pada tingkatan 5. Ketika ini, Ruby fikir kos untuk aktif sukan terlalu mahal. Ada sukan yang tidak memerlukan sebarang peralatan iaitu larian. Tetapi Ruby sebagai anak sulong, tugas di rumah untuk menjaga adik-adik adalah keutamaan. Ibu Ruby ketika itu ibu tunggal. Fokus kepada akademik amat dititikberatkan. Namun, Ruby dan sukan, berpisah tiada. Hehe.

Okay kita stop mengenang kisah lama, sekarang kisah Adam. Anak sulong Ruby tu. Ruby bukan nak memaksa Adam. MILO® Champions Clinic: E-Coaching adalah kelas permulaan untuk memberi pengenalan dengan sukan yang Adam suka. Sukan bagus untuk kesihatan dan kecerdasan mental. Sebelum Ruby mendaftar Adam. Ruby berbincang dengan suami dan Adam sekali. Bertanya apa dia minat dalam sukan.

Ibu: "Kalau ibu masukkan ke kelas ada coach ajar untuk faham sukan tersebut, nak?"

Adam: "Nak, tapi macam Adam takutlah ibu. Adam tak pandai lagi"

Ibu: "Jangan bimbang,coach akan ajar, ini kelas pengelanan dan bagus untuk Adam tahu bagaimana bermain secara profesional. MILO bagi gift tau."

Adam: "Okay boleh lah Ibu, Ibu pun masuk kelas sama-sama okay?"

Ibu: "Okay".

Begitulah perbincangan kami, lagi satu faktor kami fikir adalah. Kami kena pilih sukan yang kami sebagai ibu bapa boleh join sekali. Kita tanam minat kesukanan dalam ahli keluarga. Pada mulanya, Adam memilih diantara sukan Futsal atau Badminton. Ruby tanya suami, pernah main bola tak? Pernah main Futsal? Nan hadoooooo katanyaaa. Kahkahkah. Kami sangat introvert memang tidak join sukan yang ada berpasangan atau berkumpulan. Sukan Larian pun kami terus straight lengkap 5KM dan terus pulang ke rumah. 🤣🤣🤣

Untuk Adam, Badminton adalah permulaan sukan dia setelah melihat ibu bermain sukan ini di kampung. Main tanpa syarat. Di atas padang rumput, tiada gelanggang, berkaki ayam dan smash. Melompat smash bulu tangkis dan menang. Masa tu, Adam datang peluk. Ibu pandainya main Badminton. Nak main juga. Cuma ketika itu tidak dapat mengajar dengan lebih jelas. Maka, Ruby pun mula fikir untuk mencari jurulatih. Nak cari "Anak-Anak Sidek". Itu je jurulatih yang Ruby tahu. Untuk memberi pendedahan kepada anak kecil, Ruby banyak memberi pendedahan seperti mengikuti instagram Datuk Lee Chong Wei, Tik Tok Tan Boon Heong, menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 untuk memberi galakan.

Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan


Ibu teruja sangat nak Adam join kelas online bersama Coach Daphne Ng. Harap-harap Adam tidak terlalu pemalu. Ruby beri masa untuk dia menyesuaikan diri. Walau apa pun kita buat, perlu ada guru yang betul. Nanti guru juga akan membantu anak-anak mara ke peringkat seterusnya. Mungkin boleh wakil negara? InsyaAllah. Apabila bersukan, kita akan aktif dan prestasi akademik juga bagus. Hidup perlu seimbang. Kita tak boleh skeptikal bahawa sukan untuk orang yang tidak pandai akademik. Kelebihan seseorang berbeza. Jangan meletakkan tanda aras kepada sesiapa. Jangan letak limit dengan apa yang kita suka lakukan. Tiada halangan untuk bersukan. Ia menyihatkan. Apa yang penting hormati Caoch. Fokus dan dengar arahan. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Kenali Jurulatih-Jurulatih Bagi Setiap Sukan


Jurulatih-jurulatih kebangsaan akan menghasilkan modul latihan sepanjang MILO® Champions Clinic: E-Coaching. Kembali untuk melatih kanak-kanak adalah Coach Daphne Ng (badminton), Coach Chiew Chun Yong (futsal) dan Coach Yoong Sze Yuin (bola keranjang). Mungkin ada penampilan istimewa seperti tahun 2020 iaitu Legenda badminton Rashid Sidek, bekas kapten pasukan bola keranjang wanita kebangsaan Nur Izzati Yaakob dan bintang bola sepak kebangsaan yang sedang melonjak popular Nik Akif Syahiran? Jom kita doa bersama-sama. Hehehe. 

BADMINTON: COACH DAPHNE NG

MILO® Champions Clinic: E-Coaching!


Coach Daphne adalah bekas pemain badminton kebangsaan yang berpengalaman dengan ilmu sains sukan dan psikologi sukan, Daphne Ng adalah seorang atlet yang telah banyak menyumbang kepada sukan badminton Malaysia. Sebagai atlet antarabangsa yang berpengalaman, Daphne terus menyumbang kepada industri sukan sebagai jurulatih profesional sejak 2012.

Selain mendorong gaya hidup aktif di kalangan rakyat Malaysia, bekas atlet BAM ini kini bekerjasama dengan MILO® Champions Clinic Online untuk berkongsi kepakarannya dengan harapan dapat mewujudkan generasi baru juara badminton!

Pencapaian: 

  • Team TSG Augsburg, Pelatih Jerman (2018)
  • Jurulatih Team Malaysia di Sukan Deaflympics, Turki (2017)
  • Jurulatih Team Malaysia di Sukan Universiti ASEAN, Singapura (2016)


FUTSAL: COACH CHIEW CHUN YONG

Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan


Coach Yong, sentiasa percaya bahawa semangat dan kerja berpasukan dalam satu pasukan adalah yang membezakan atlet hebat yang dapat melangkah lebih jauh. Inilah yang kami cuba sampaikan di MILO® Champions Clinic, di mana kami memberi penekanan pada disiplin, kerja berpasukan, ketabahan, dan keyakinan diri pada anak-anak.

Pencapaian: 

  • Calon Jurulatih Futsal Terbaik Tahun Ini, Anugerah Umbro Futsal (2017)
  • Ketua Jurulatih, Pasukan Futsal Nasional Malaysia (2016 - Sekarang)
  • Penolong Jurulatih, Kejuaraan Futsal AFF (2009)

BOLA KERANJANG: COACH YOONG SZE YUIN

Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan


Coach Yoong adalah mantan atlet kebangsaan dan jurulatih profesional sejak 2007, Yoong Sze Yuin bergabung dengan pasukan pelatih MILO Champions Clinic Online dengan tujuan untuk melahirkan bakat dengan kemahiran pemain profesional. Sebagai pendidik, dia percaya bahawa anak-anak tidak hanya perlu terus aktif secara mental, tetapi juga fizikal. Ini sejajar dengan matlamat MILO untuk mengaktifkan 5 juta rakyat Malaysia!


Pencapaian: 

  • Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan di Sukan SEA, Singapura, 2015 (Pingat Emas)
  • Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan di Sukan SEA, Malaysia, 2017 (Pingat Emas)
  • Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan di Sukan Komanwel, Australia

Yuran Pendaftaran Pakej Asas RM 50 Atau Pakej Lengkap RM 85

Pendaftaran bermula dari sekarang sehingga 10 September 2021. Daftarkan anak anda dalam MILO® Champions Clinic: E-Coaching sekarang dengan pakej lengkap pada RM85 yang merangkumi peralatan sukan seperti bola keranjang, futsal dan raket badminton. Terdapat juga pakej asas dengan yuran serendah RM50.  


Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan



Pakej Badminton

  • Pakej Asas: RM50 (termasuk: 6 Kon, 6 Bulu Tangkis Sintetik, 1x Jersey Latihan MILO®
  • Pakej Penuh: RM85 (termasuk: 1 Raket, 6 Kon, 6 Bulu Tangkis Sintetik, 1 Jersey Latihan MILO®

Pakej Bola Keranjang

  • Pakej Asas: RM50 (termasuk: 4 Kon, 1x Jersey Latihan MILO®
  • Pakej Penuh: RM85 (termasuk: 2 Bola Keranjang Saiz 5, 4 Kon, 1 Jersey Latihan MILO®

Pakej Futsal

  • Pakej Asas: RM50 (termasuk: 10 Marker/Penanda, 6 Kon, 1x Jersey Latihan MILO®
  • Pakej Penuh: RM85 (termasuk: 1 Bola Futsal Saiz 3, 10 Marker/Penanda, 6 Kon, 1 Jersey Latihan MILO®

Ruby harap perkongsian ini dapat membantu ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak menyertai aktiviti bermanfaat sepanjang selamat berada di rumah. Walaupun kesibukan menyelesaikan tugasan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kita perlu memberi aktiviti sukan kepada anak-anak untuk mereka terus aktif. Untuk Adam, Ruby memilih Pakej Penuh Badminton bernilai RM 85. Seronok dia nak dapat gift rakdet badminton, kon, bulu tangkis sintetik dan jersey MILO®.

Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut.


8 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ok. Sempat lagi nak minta my nephews and nieces untuk daftar, jika diorang minat. Kita lentur dari awal kan, biar menjadi, insyaAllah. TQ share the info.

    ReplyDelete
  2. wahh kena ajak saudara mara join ni. masih sempat lagi ni. Dapat coaching dengan jurulatih kebangsaan ni

    ReplyDelete
  3. Waah, bagus sangat laa ni yang suka Bola Keranjang, Futsal dan Badminton. Ada kena aktif dengan Milo. yeaaayyy

    ReplyDelete
  4. Pakej dia menarik lah Ruby. Anak perempuan akak minat bola keranjang tapi dah 13 tahun pula. Nanti share dekat sepupu lah.

    ReplyDelete
  5. dulu anak akk join bowling.. ok jugakla..at least dia ada basic macam mana nak lontar kan bola..tiap kali datang trainning dapat air kotak hehe

    ReplyDelete
  6. Menarik juga permainan semua ni. Zahra minat juga main badminton. Nanti boleh tanya dia nak tak join.

    ReplyDelete
  7. Baguslah ko Ruby, peka dengan kebosanan anak-anak.. betul juga asyik ngadap pdpr, carikan anak dengan join rpogram gini, at least ada sesuatu yang baru utnuk anak kann.. tak le bosan ngadap benda yg sama.. nak share kat adik-adik laaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post