DIY Jahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe

DIY Jahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ada situasi berlaku. Nak tergelak fikir macam mana ia boleh berlaku. Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe ni kami beli masa bulan Jun 2020 di kedai perabot. Huishhh tak sangka dah setahun lebih menikmati tidur yang selesa dan tiada lagi sakit belakang. Tilam ini adalah pelaburan yang bijak sepanjang hidup Ruby. Hahaha. 

Situasi yang Ruby nak kongsikan dengan anda semua adalah, benang jahitan tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe ni tetas. Kami suami isteri perasan bahagian bawah tilam ni terbuka semasa selepas solat. Terus kami selak cadar tilam. Laaaa dah terbuka. 

DIY Jahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe



Bukan main besar dah terbuka. King Koil ni ada 10 tahun waranti, tetapi pada musim duduk rumah diam-diam ni. Rasa macam rumit je urusan nak minta bantuan King Koil. Ruby pun masuk ke Google. Tengok video youtube industri menjahit tilam dan sofa. Mereka guna benang khas. Jarum pun lain dari jarum jahitan tangan yang Ruby ada. 

Okay dah selesai menonton video. Ruby masuk Shopee. Cari benang dan jarum. Mula-mula search jarum jahit sofa, jarum jahit kasut dan jarum jahit guni. Hahaha. Gigih kan? Kemudian apabila dah jumpa jarum, Ruby masuk ke kedai penjual jarum. Cek lah dalam tu kot kot ada jual benang sekali. 

Yes!! Ada jual benang sekali. Ruby pun beli benang yang warnanya seakan-akan sama dengan tilam. Alhamdulillah penjual dari Melaka aje! Jadi, parcel cepat sampai. 



Kedua-dua barang dari kedai yang sama. Jadi, Ruby tambah jarum peniti untuk hijab agar lebih RM 15. Boleh dapat FREE SHIPPING dari Shopee dan Seller. 

Operasi Menjahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe.



Alhamdulillah dah selesai menyelamatkan tilam kayangan Ruby ni. Haha. Walaupun tidak selurus jahitan kilang King Koil. Tetapi Ruby berjaya menyelamatkan tilam dari terdedah terbuka lama. Mungkin span akan terkeluar atau paling menakutkan apabila serangga mula masuk ke dalam tilam dan membina sarang. Nauzubillahminzalik. Kebersihan dan menjaga barang adalah keutamaan Ruby. 

Sakit juga jari telunjuk selepas selesai menjahit. Hahaha. Ruby juga tertanya-tanya bagaimana benang tilam boleh tertas. Rupa-rupanya anak terunaku dua orang ni panjat bed frame sekali dengan bahagian bawah tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe untuk naik ke atas katil. Aiyaaaaaaa. Sabar je laaa. 🤦🏻‍♀️

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. macam mana boleh terkeluar kain dia, sakit tangan nak menjahit tilam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Baru akak nampak bed frame dan tilam ni tinggi, anak buat lebihan bed frame jadi macam tangga. sekali dia pijak bahagian bawah tilam tu. tu yang tetas tu. sakit jari menjahit. hukhukhuk.

      Padam
  2. Ooo kalau panjat gaya gitu memang mudahlah terkoyak tetas.. Nak naik dan turun tilam ni pun ada gayanya juga tau, pernah dulu belajar cara bangun dan duduk di tilam, ia juga baik untuk posisi tulang, sekali tilam tak jahanam hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha. kita yang dewasa ni bangkit tido kena mengiring kan kak. Kalau terus bangkit kedepan, macam baru sedar dari mimpi ngeri je. hahahaha. anak dah kena tazkirah dengan ibu. nak naik atas katil tinggi kena tunggu tinggi. okay tak kak? hahaha.

      Padam
    2. Memang kena ajar Ruby, cara turun naik atas tilam, bagus untuk tekstur tulang mereka supaya takde la kena slip disc jika salah posisinya...

      Padam
  3. Rajinnya tu menjahit. Serba boleh Ruby ni. heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak mak gitu la kan. Semua kena reti. wakakaka.

      Padam
  4. wahh rajin betul jahit katil ye kak ruby. memang serba boleh. boleh laa lepas ni faiq nak belajar dengan kak ruby.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jahit lurus ni mahir skit. Sebab belajar masa sekolah rendah. Puteri Islam. Acenggitewwww.

      Padam
  5. Wow.....seriously this is a good DIY. Bravo Puan Ruby. You are smart.thank you for sharing.

    BalasPadam
  6. Betul, kalau dibiarkan takit ada serangga. Bgusla ada jarum sesuai utk jahit tilam, selamat sikit. Laahai anak teruan dah kene tazkirah dengan mak

    BalasPadam
  7. akk baru tahu psl benang dan jarum ni.. at least bila nak jahit material yg keras dan lasak kita pilih yg sesuai.. great sharing ruby

    BalasPadam
  8. Kalau tetas lagi, minta Adam jahitkan hahaha. Rajin Ruby search dan jahit sendiri. Tapi zaman covid nie, itu cara yang selamat kan.

    BalasPadam
  9. Laaa selama ni kita guna benang jahit baju je hahaa.. Rupanya benang yg cmni ok rupanya.. Tilam kita pun koyak rabak ni bru perasan... Thanks kak share... Berguna sgt!

    BalasPadam
  10. Sabo je le anak teruna 2 orang itu. Tak pernah lagi menjahit tilam. Thank you share jenis benang tu

    BalasPadam
  11. Nasib baik boleh jahit semula. Kalau tak, kena beli tilam baru lah ek hehe. Senangs ekarang ni beli online je barang² menjahit & pelbagai lgi.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.