Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya.

Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya.

Ruby
1
Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik dan terus menjaga SOP sepanjang melaksanakan tugasan harian. Okay?

Pusat Beli-Belah Alamanda yang terkenal dengan pendekatan mesra komuniti menyambut ketibaan Hari Malaysia pada tahun ini dengan memperingati keringat dan pengorbanan warga kerja barisan hadapan Hospital Putrajaya yang sehingga kini berhempas pulas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.


Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya.


Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya. 


Tanggal 22 September, sekali lagi Pusat Beli-Belah Alamanda telah menyalurkan peruntukkan makanan yang bernilai RM 10,000.00 kepada Hospital Putrajaya. Ini adalah sumbangan yang ketiga untuk tahun ini yang mana serahan sumbangan pertama dan kedua diberikan pada 11 Februari dan 3 Mei.

Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya.

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’I Mohd Said berkata “Saya mewakili seluruh warga kerja dan rakan seperjuangan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda di atas inisiatif murni dalam menghulurkan bantuan khususnya di kala tempoh getir ini untuk ramai pihak”.


Turut mengulas, Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata sumbangan makanan dan minuman ini adalah kesinambungan tema “We Are With You” yang mana pihak pengurusan akan terus meperkasakan tema ini untuk membantu pejuang barisan hadapan negara.


Beliau turut mengulas lanjut, “Hari Malaysia adalah sambutan yang perlu diwacanakan sebagai titik penilaian aspek kemanusiaan dari sudut yang lebih dalam. Seiring dengan usaha rakyat Malaysia yang terus melawan wabak Covid-19, sokongan yang konsisten buat petugas barisan hadapan tidak boleh di ambil mudah. 
Lanjutan dari kerjasama murni dan sifat bermurah hati dalam kalangan pelbagai pihak ini secara tidak langsung akan terus memberikan semangat dan kecekalan untuk kita bersatu hati meneruskan perjuangan melawan pandemik”.


Pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda membeli bekalan yang berbentuk makanan dan minuman sejuk daripada penyewa runcit pusat beli-belah itu sendiri, untuk disumbang kepada warga kerja Hospital Putrajaya. Pembelian dibuat daripada peruncit seperti Sushi King, Dunkin Donuts, Famous Amos, Tealive, Mahnaz Food dan Joybean.

Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya.Alamanda Menyumbangkan 10,000 Barangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya.

Tambah Brien, “Pendekatan aktiviti tanggungjawab sosial pada kali ini diteruskan untuk menyambung inisiatif Pusat Beli-Belah Alamanda yang sedia membantu para pejuang barisan hadapan dan kelompok komuniti. Dengan sedikit kelainan, bantuan yang dihulurkan berupa makanan dan minuman sejuk untuk sesi minum petang selain dari menambah variasi bantuan makanan kering. 
Pihak pengurusan ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan petugas hadapan dan berharap agar sambutan Hari Malaysia kali ini adalah sambutan yang akan di ingati.”


Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda


Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Terbaik laaa Alamanda ni. Putrajaya kan... tahniah dan terima kasih buat frontliners juga

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !