Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

Ruby
4
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia! | Assalammualaikum semua! Hari yang dinantikan telah tiba! Bermula 24 Ogos 2021 sehingga 5 September 2021, 22 Atlet Paralimpik negara tercinta Malaysia akan menjulang nama Malaysia dalam 9 jenis sukan. Kita sebagai rakyat Malaysia, wajib memberi sokongan dan berdoa untuk para atlet dipermudahkan urusan. Semoga kita membawa pulang pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ini. InsyaAllah. Acara pembukaan diadakan dengan gilang-gemilangnya. Sebagai rakyat sesebuah negara, pasti ada perasaan patriotik. Ruby berasa sebak dan teruja apabila melihat kontigen Malaysia memasuki ruang Stadium Olimpik Tokyo dengan mengibar Jalur Gemilang. Bangga!

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

Ruby menonton Acara Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Youtube secara langsung menerusi Channek Paralympic Games. Sebanyak 163 negara menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebelumnya dijadualkan berlangsung antara 25 Ogos dan 6 September 2020, tetapi pada 24 Mac 2020, IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan Paralimpik Musim Panas 2020 akan ditunda ke 2021, kerana wabak COVID-19, menandakan pertama kalinya Paralimpik ditangguhkan.

Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik sejak tahun 1972 dan telah memenangi 11 pingat - 3 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Pingat ini adalah dari para-tletik, memanah, dan angkat besi. Semasa Sukan Paralimpik Rio 2016, Malaysia menghantar 19 atlet untuk menyertai 8 sukan dan buat pertama kalinya memenangi 3 pingat emas dalam Sukan Paralimpik tersebut.

Seramai 22 atlet (termasuk 1 rakan pertandingan untuk penunggang basikal cacat penglihatan) dan 2 rakan pertandingan (Boccia & Cycling) akan mengambil bahagian dalam 9 sukan para yang dijadualkan bermula pada 24 Ogos dan berakhir pada 5 September.

Senarai Profail Atlet Dan Sukan.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

MEMANAH | Padang Memanah Taman Yumenoshima | 27 Ogos - 4 Sep 2021

1. Suresh Selvatamby

  • Recurve Men Open 

2. Wiro Anak Julin

  • Compound Men Open


ATHLETICS | Stadium Olimpik Tokyo | 27 Ogos - 5 Sep 2021

3. Abdul Latif Bin Romly

  • Long Jump - T20 (Lompat Jauh)

4. Muhammad Ziyad Bin Zolkefli 

  • Shot Put - F20 (Lontar Peluru)

5. Mohamad Ridzuan Bin Mohamad Puzi 

  • 100m - T36 (Pecut 100 meter) 

6. Wong Kar Gee

  •  Long Jump - T13 (Lompat Jauh) 

7. Siti Noor Iasah Binti Mohamad Ariffin 

  • 400m - T20 (Larian 400 meter) 


BADMINTON | Stadium Nasional Yoyogi  | 1 - 5 Sep 2021

8. Cheh Liek Hou 

  • Men’s Singles - SU5 

9. Didin Bin Taresoh

  • Men’s Singles - SH6 


BOCCIA | Pusat Gimnastik Ariake | 28 Ogos - 4 Sep 2021

10. Chew Wei Lun

  • Mix Individual - BC1


BERBASIKAL | Lebuhraya Antarabangsa Fuji Track Race Izu Velodrome | 31 Ogos - 3 Sep 2021

11. Mohamad Yusof Hafizi Bin Shaharuddin 

  • 3km Individual Pursuit (Track) 
  • Mixed Team Sprint (Track) 
  • Individual Time Trial (Road) 
  • Road Race (Road)

12. Muhammad Hafiz Bin Jamali 

  • Mixed Team Sprint (Track) 
  • 1km Time Trial (Track)

13. Zuhairie Bin Ahmad Tarmizi 

  • Mixed Team Sprint (Track) 
  • 1km Time Trial (Track)

14. Nur Azlia Syafinaz Binti Mohd Zais 

  • Individual Time Trial (Road) 
  • Road Race (Road)

15. Nurul Suhada Binti Zainal (Pilot)

  • Individual Time Trial (Road) 
  • Road Race (Road)


POWERLIFTING (ANGKAT BERAT) | Tokyo International Forum | 26 - 30 Ogos 2021

16. Bonnie Bunyau Anak Gustin

  • Men Up to 72kg

17. Jong Yee Khie 

  • Men Up to 107kg


SWIMMING | Tokyo Aquatics Center | 25 Ogos - 3 Sep 2021

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

18. Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkafli 

  • 50m Freestyle 
  • 100m Freestyle 
  • 200m Freestyle 
  • 100m Breaststroke 

19. Brenda Anellia Larry 

  • 50m Backstroke 
  • 50m Butterfly

20. Jamery Anak Siga 

  • 50m Butterfly


TABLE TENNIS (PINGPONG) | Tokyo Metropolitan Gymnasium | 25 Ogos - 3 Sep 2021

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!

21. Chee Chaoming 

  • Single - TT9 


WHEELCHAIR TENNIS | Ariake Tennis Park | 27 Ogos - 4 Sep 2021

22. Abu Samah Bin Borhan 

  • Men Single Open
Sumber : 


Ganbatte Malaysia!

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Yeay! Ini adalah betul-betul kumpulan superhuman pada Rawlins. Moga mereka semua beroleh kemenangan dan sentiasa dijaga kesihatan.

    BalasPadam
  2. Lawalah persalinan yang atlet paralimpik negara kita pakai. Moga negara kita juga dipermudahkan dan dapat bawa balik pingat juga..Aaamin

    BalasPadam
  3. laaa nasib baik ruby share . tak perasan lansung sukan paralimpik dah mula. macam kurang dapat coverage je kan. kesian dia orang

    BalasPadam
  4. punyalah lama akk tak tgk sukan.. sedar2 dah start sukan paralimpik. wlpun dlm keadaan covid skrg... kita juga perlu teruskan kehidupan mcm biasa kan termasukla bersukan. moga atlet kita berjaya.. ameen

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !