Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.

Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.

Ruby
10
Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu. | Assalammualaikum semua! Selain dar pelancaran telefon boleh lipat premium Samsung di Samsung Unpacked, ada sesuatu yang menarik telah dilancarkan juga. Ia adalah Galaxy Watch4. Hadir dengan siri Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch Classic. Maka, ia bersesuaian dengan kita semua. Lelaki atau perempuan boleh mendapatkan jam pintar ini. Terdapat beberapa saiz untuk anda sesuaikan dengan penampilan anda. Jom kita tengok apa yang menarik dengan Galaxy Watch4. 

Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.


Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic membentuk semula pengalaman jam tangan pintar. Siri Galaxy Watch4 menampilkan rangkaian ciri kesihatan holistik, OS dan UI serba baharu dan prestasi perkakasan lebih canggih. Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic — menandakan era baharu untuk inovasi jam tangan pintar. Ia adalah jam tangan pintar pertama yang menampilkan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung yang terbaharu, dibina bersama dengan Google™, dan dilengkapi dengan One UI Watch, antara muka pengguna Samsung yang paling intuitif. 

Siri Galaxy Watch4 diperkuat dengan prestasi perkakasan canggih dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan terhubung daripada sebelumnya. Peranti baharu ini telah direka semula sepenuhnya untuk menyediakan kepada pengguna alat terbaik bagi mengurus kesihatan mereka. 

Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.



"Kami telah melihat pertumbuhan yang luar biasa untuk siri Galaxy Watch kerana pengguna telah menemui faedah kesihatan dan kemudahan alat pakai," kata Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics. "Kami memahami bahawa perjalanan kesihatan bagi setiap orang adalah berbeza, jadi kami membina rangkaian ciri kesihatan dan kesejahteraan yang kukuh untuk memberi pemahaman lebih mendalam dan bermanfaat kepada orang ramai mengenai kecergasan mereka secara keseluruhan."
 

95 Jenis Aktiviti Sukan Dan Pelbagai Manfaat Lain Untuk Gaya Hidup Sihat 

Pada musim pandemik COVID-19, kita sering berada di rumah. Aktiviti sukan juga telah menjadi norma baharu apabila kita hanya boleh melalukannya di rumah. Demi keselamatan diri dan keluarga. Jadi, jangan sesekali membataskan aktiviti sukan anda. Teruskan gaya hidup aktif ini walau dimana-mana anda berada.

Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics

Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics

Jam kesihatan amat diperlukan, tidak kira jantina atau usia. Semua orang wajib memilikinya. Ini kerana, ia adalah cara untuk anda mengetahui prestasi kesihatan dan keadaan tubuh badan anda. Selain itu, anda boleh berkongsi prestasi bersama insan tersayang. Malah, boleh membuat cabaran kesihatan bersama-sama. Walaupun berjauhan. 

Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics

Rangkaian Ciri Kesihatan dan Kesejahteraan Samsung yang Paling Canggih


Galaxy Watch4 dilengkapi dengan Sensor BioActive 3-dalam-1 Samsung yang inovatif, menawarkan reka bentuk lebih kecil dan kompak yang tidak mengurangkan ketepatan ukuran. Alat pengukur Komposisi Badan serba baharu kami memberi pengguna pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesihatan dan kecergasan umum mereka, dengan ukuran utama seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan. Kini, anda boleh memeriksa komposisi badan anda dengan mudah melalui pergelangan tangan dengan hanya dua jari. Dalam masa kira-kira 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data. 



Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian anda agar anda kekal terus bermotivasi untuk menjadi yang terbaik. Anda boleh memilih pelbagai panduan senaman, menikmati Cabaran Berkumpulan dengan rakan dan keluarga anda, atau menyediakan gimnasium di rumah dengan menyambungkan Galaxy Watch4 ke Samsung Smart TV anda yang sepadan, di mana kiraan kalori dan metrik kadar degupan jantung boleh dipaparkan di skrin untuk penjejakan yang lebih mudah. 

Dan apabila anda sudah bersedia untuk berehat, siri Galaxy Watch4 memberikan gambaran yang hampir lengkap mengenai corak tidur anda, dengan perincian yang lebih hebat daripada sebelumnya. Telefon pintar anda yang sepadan boleh mengesan bunyi dengkuran anda sendiri, manakala jam tangan pintar anda mengukur tahap oksigen dalam darah ketika anda tidur. Bersama dengan Skor Tidur lanjutan, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai corak tidur untuk mendapatkan rehat yang lebih baik.

Pengalaman Mudah Alih Terunggul, Dengan One UI Watch dan Wear OS Dikuasakan Oleh Samsung


Kesederhanaan, kemudahan, dan kecekapan adalah ciri khas bagi jam tangan pintar Galaxy — dan dengan One UI Watch baharu Samsung, dan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung, kami telah menjadikan pengalaman bagi jam tangan pintar dan Galaxy lebih lancar. Dengan One UI Watch, aplikasi yang sepadan akan dipasang secara automatik pada jam tangan anda apabila ia dimuat turun pada telefon anda, dan tetapan penting anda – seperti waktu tanpa gangguan dan pemanggil yang disekat – juga akan diselaraskan serta-merta. 

Auto Switch memastikan fon telinga tanpa wayar anda dapat menukar audio antara telefon dan jam tangan anda, bergantung pada penggunaannya. Anda juga dapat mengawal pengalaman mudah alih anda dengan mudah melalui suara Bixby, bezel dan Kawalan Gerakan. Gerakkan lengan bawah ke atas dan ke bawah dua kali untuk menerima panggilan dan putar pergelangan tangan anda dua kali untuk menolak panggilan — atau untuk mengetepikan notifikasi dan penggera. 


Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.

Siri Galaxy Watch4 juga merupakan generasi pertama jam tangan pintar yang menampilkan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung — platform baharu yang meningkatkan setiap aspek pengalaman jam tangan pintar. Dibina oleh Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan anda untuk menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan anda – dengan aplikasi popular Google seperti Google Maps, dan perkhidmatan Galaxy yang digemari, seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby. 

Platform baharu ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga yang terkemuka seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang boleh didapati di Google Play. Bersama dengan perkakasan canggih kami dan antaramuka pengguna yang lebih intuitif, anda dapat menikmati pengalaman bersepadu yang lancar dan mudah dengan Galaxy Watch4. Sebagai contoh, kompas terbina-dalam kami yang ditambah baik berfungsi seiring dengan Peta Google untuk memudahkan anda meneroka kawasan baharu.

Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.

Membawa Prestasi Hebat Terus Ke Pergelangan Tangan Anda


Pengalaman luar biasa ini disokong dengan menaik taraf perkakasan penting termasuk pemproses yang dipertingkatkan, paparan yang lebih kaya, dan memori yang diperluas. Siri Galaxy Watch4 memiliki pemproses 5nm pertama dalam Galaxy Watch – dengan CPU 20% lebih pantas dan RAM 50% lebih banyak, dan GPU 10 kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. 

Ini bermakna aktiviti menatal dan melakukan multi-tugas pada siri Galaxy Watch4 menjadi lancar dan mudah. Kami juga telah meningkatkan resolusi pada paparan, sehingga 450 x 450 piksel, agar visual tampak lebih tajam dan berbeza. Dengan memori 16GB yang mengagumkan, anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memuat turun dan menyimpan aplikasi, muzik, dan foto kegemaran anda – dengan yakin semuanya tersimpan dengan selamat, terima kasih buat platform keselamatan Samsung Knox.


Kepemimpinan Samsung dalam teknologi eSIM membolehkan pengguna menikmati kebebasan untuk meninggalkan telefon mereka, kerana tahu akan kebolehan jam tangan pintar mereka akan menyelaras dan mengisi jurang secara automatik. Kami juga tahu bateri yang boleh bertahan lama penting untuk jam tangan pintar. 

Anda boleh mempunyai hayat bateri sehingga 40 jam, lebih daripada cukup untuk bertahan dalam perjalanan perkhemahan semalaman – malah ia menyokong pemproses yang lebih pantas, paparan resolusi lebih tinggi, memori yang diperluas dan ciri kesihatan yang lebih sofistikated. Dan jika anda kesuntukan masa dan mementingkan kepantasan, mengecasnya dalam masa 30 minit boleh menyediakan bateri bertahan sehingga 10 jam.

Spesifikasi Produk Galaxy Watch4 Dan Galaxy Watch4 Classic

Setelah mengetahui manfaat Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, anda boleh mengetahui ciri-ciri spesifikasi penting dengan lebih jelas seperti dibawah. 

Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.

  • Warna

Galaxy Watch4
- 44mm: Black, Green, Silver
- 40mm: Black, Pink Gold, Silver

Galaxy Watch4 Classic
- 46mm: Black, Silver
- 42mm: Black, Silver

  • Dimensi & Berat

Galaxy Watch4
Aluminum
- 44mm: 44.4 x 43.3 x 9.8 mm, 30.3g
- 40mm: 40.4 x 39.3 x 9.8 mm, 25.9g

Galaxy Watch4 Classic
Keluli tahan karat
- 46mm: 45.5 x 45.5 x 11.0 mm, 52g
- 42mm: 41.5 x 41.5 x 11.2 mm, 46.5g

  • Paparan: 

Galaxy Watch4
- 44mm: 1.4" (34.6mm) 450x450 Super AMOLED, Full Color Always On Display, Corning® Gorilla® Glass with DX+
- 40mm: 1.2" (30.4mm) 396x396 Super AMOLED, Full Color Always On Display, Corning® Gorilla® Glass with DX+

Galaxy Watch4 Classic
- 46mm: 1.4" (34.6mm) 450x450 Super AMOLED, Full Color Always On Display, Corning® Gorilla® with Glass DX
- 42mm: 1.2" (30.4mm) 396x396 Super AMOLED, Full Color Always ON Display, Corning® Gorilla® with Glass DX

  • Pemproses: Exynos W920 Dual Core 1.18GHz (Pemproses 5nm)

  • Memori: 1.5GB RAM + 16GB storan dalaman

  • Bateri: 44mm/46mm: 361mAh, 40mm/42mm: 247mAh (typical). WPC-based wireless charging

  • OS: Wear OS Powered by Samsung

  • UI: One UI Watch 3

  • Sensor: Samsung BioActive Sensor (Optical Heart Rate + Electrical Heart + Bioelectrical Impedance Analysis), Accelerometer, Barometer, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Light Sensor

  • Sambungan: LTE, Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n 2.4+5GHz, NFC, GPS/Glonass/Beidou/Galileo

  • Ketahanan: 5ATM + IP68 / MIL-STD-810G

  • Keserasian: Android 6.0 atau ke atas dan lebih daripada 1.5GB of RAM

💜 Semua fungsi, ciri, spesifikasi dan maklumat produk lain yang disediakan dalam dokumen ini adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada faedah, reka bentuk, harga, komponen, prestasi, ketersediaan, dan kemampuan produk adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. 

💜 Beberapa ciri mungkin tidak terdapat pada peranti bukan Samsung. Peranti yang sepadan mungkin berbeza mengikut pasaran, pengendali atau jenama peranti.

💜 Google, Google Play, Google Maps, dan Wear OS merupakan tanda dagang Google LLC.

Galaxy Watch4 Mula Dijual Pada 27 Ogos 2021

Pasti ramai ternanti-nanti berapa harga Galaxy Watch4 ni. Semasa pelancaran Samsung Unpacked, harga tertera dalam USD Dollar. Ayuh kita menukar mata wang tersebut. Hehehe. 

Siri Galaxy Watch4 Menampilkan Rangkaian Ciri Kesihatan Holistik, OS dan UI Serba Baharu.


Galaxy Watch4: $249 = RM 1,055.01 (anggaran buat masa sekarang 11/08/2021)
Galaxy Watch4 Classic: $340 = RM 1,440.58 (anggaran buat masa sekarang 11/08/2021)

Pada pendapat Ruby, harga yang ditawarkan adalah mampu milik. Fungsi yang disediakan pelbagai dari Samsung. Apa pendapat anda?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, sila layari:

Galaxy Watch4: 


Samsung Malaysia website: www.samsung.com/my/ 

Samsung Malaysia Newsroom: https://news.samsung.com/my/ 

Sumber gambar dari siaran langsung Samsung Unpacked 11/8/2021.

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Hati, mohon bersabar dan jangan terpengaruh lepas baca post Ruby nie tau.
    Aduhai - kenapa cantik bethul watch nie semua.
    Sabaq na hati oii

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHA. Kan. Jam kesihatan kalau tak weird dan design sama macam jam tangan normal tu, Ruby sanggup menabung. Takdalah banyak jam kat tangan. hahaha.

      Padam
  2. Lawanya smart watch samsung tu? Boleh sync x dengan iphone? Macam menarik sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jam kesihatan dari Samsung boleh diguna untuk mana-mana peranti telefon pintar selain Samsung. Nanti muat turun je apps bersesuaian. Akak tanya ni, buat Ruby nak beli lah. Boleh kongsi info kan. Jap fikirrrr. Haahha.

      Padam
  3. Sebenonya Sis tak boleh move on dengan hp lipat Samsung tu hahaha.. canggih bebeno ko.. dok advance boleh lipat.. pernah dulu guna gak hp lipat.. tapi xsangka akan ada balik.. kalau jam gini, memang tak terkejor dek upgrade dia kan.. sama juga dengan iphone sw..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn canggih betul. Saya pula kalau bab telefon pintar suka upgrade kalau design dan kapasiti storan besar. Kemudian jam kesihatan ni saya takda yang jenis pelbagai aktiviti dan hebat camni. So, kita mulalah bincang dengan suami. kikikiki. Henfon lipat tu tak terfikir bleh jadi tripod. bubuh kat meja, snap je. dulu henfon lipat, kita selfie pegang aje la fon tu. apa la blur benor. haha.

      Padam
  4. cantiknya! mmg dok berkenan dah, sejak guna tab samsung mmg jatuh cinta truih dgn samsung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak. Saya jadi Samsung-rians dah ni. Duk seronok review produk Samsung. Semoga bermanfaat tau kak. :)

      Padam
  5. smart betul rekaan jam ni.. kalau miliki satu memang antara koleksi yang sayang heheh..samsung mmg advance tang design dan spec kan

    BalasPadam
  6. wa nice smart watch by Samsung! I wish I can have 1 too haha. would be helpful in every day life right

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !