Samsung Galaxy Tab A7 Lite Jimat Ruang Semasa Kelas PdPR. | Assalammualaikum semua! Jangan ada yang muak dengan perkongsian tentang peranti yang Ruby hadiahkan kepada Adam. Selain dari pengalaman yang baik, Ruby akan kongsikan pengalaman itu di dalam blog ruby.my. Semoga bermanfaat dan menjadi panduan kepada ibu bapa di luar sana. Hehehe. Ruby ada dapat maklumbalas positif. Jadi, tertuja juga ingin berkongsi macam-macam dengan anda semua. Ini adalah penulisan terakhit berkenaan Galaxy Tab A7 Lite. Ruby janji! Hahaha.
Samsung Galaxy Tab A7 Lite Jimat Ruang Semasa Kelas PdPR
Pasti ramai ibu bapa ingat lagi semasa permulaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) mula dilaksanakan. Ketika itu kita menyediakan peranti yang sedia ada. Mana yang boleh jimat. Kita jimat. Anak pun happy. Sebab apa? Sebab dapat guna laptop ibu dan ayah. Seronok sangat. Pandai dah guna papan kekunci, tetikus dan daftar masuk akaun. Bijak bijak anak kita semua.
Cepat mereka belajar seiring dengan masa yang berlalu. Mereka sudah faham tentang fungsi dan cara penggunaan. Alhamdulillah.
Saban hari, Ruby perhatikan.. Seperti ada sesuatu yang mengganggu. Meja kecil kot? Jom pindah ke meja yang lebih luas.
Tapi.. macam sama aje persekitarannya. Sempit!
Maka, dari keadaan itulah punca Samsung Galaxy Tab A7 Lite menjadi pilihan.
Ruang menulis dan menyiapkan tugasan lebih selesa! Nampak perubahan proses PdPR lebih lancar. Semua tugasan sekolah dari Google Meet, Google Classroom, Liveworksheet, ambil gambar dan seterusnya Hand In. Siap dilaksanakan oleh Adam. Alhamdulillah pandai berdikari.
Saiz Samsung Galaxy Tab A7 Lite VS Saiz Buku Latihan Sekolah
Masih ada yang bertanya kepada Ruby, saiz Galaxy Tab A7 ni bagaimana ya? Perbandingan saiz lebih mudah digandingkan dengan barang yang sedia ada di rumah. Diantara mereka yang bertanya adalah ibu bapa, pelajar sekolah dan pelajar universiti. Jadi, jom lihat perbandingan yang Ruby telah buat dengan buku latihan sekolah.
Walaupun Galaxy Tab A7 Lite ini sudah memilik case, ia tidak memberi sebarang perbezaan ketara. Anda boleh lihat perbanding bersebelahan seperti gambar di bawah.
Manakala, perbandingan seperti meletakkan peranti di atas buku latihan sekolah adalah seperti gambar di atas. Ruby harap perbandingan ini memudahkan anda semua untuk membeli Galaxy Tab A7 Lite.
Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab A7 Lite di https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a7-lite-gray-64gb-sm-t220nzafxme/
Semoga perkongsian Ruby tentang Samsung Galaxy A7 Lite bermanfaat untuk anda semua. Komen di bawah, jika ada sebarang pertanyaan. Hehe.
Laman Web Rasmi: https://www.samsung.com/my
TikTok: https://www.tiktok.com/@samsungmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/samsungmalaysia
Facebook: https://www.facebook.com/SamsungMalaysia
Youtube: https://www.youtube.com/user/SamsungMalaysia
TikTok: https://www.tiktok.com/@samsungmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/samsungmalaysia
Facebook: https://www.facebook.com/SamsungMalaysia
Youtube: https://www.youtube.com/user/SamsungMalaysia