Minuman Baharu Costa Cofee Golden Caramel Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Minuman Baharu Costa Cofee Golden Caramel Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Ruby
0


Minuman Baharu Costa Cofee Golden Caramel Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020. | Assalammualaikum semua! Siapa peminat Costa Coffee macam Ruby? Sep skit! Hehehehe. Kali ini Costa Coffee telah mengeluarkan minuman baharu yang memiliki signifikasi dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sesang berlangsung. Bertemakan warna emas seperti pingat Sukan Olimpik, Golden Caramel diangkat sebagai minum terkini dari Costa Coffee. Jom cuba sekarang! Nikmati rasa serba baharu dengan rangkaian minuman baharu Golden Caramel Costa Coffee. 

Minuman Baharu Costa Cofee Golden Caramel Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Costa Coffee melonjak naik menerusi pengenalan menu minuman Golden Caramel serba baharu di semua cawangan seluruh negara, bersempena dengan jalinan kerjasama mereka bersama Sukan Olimpik Tokyo 2020

Costa Coffee baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran rangkaian minuman Golden Caramel baharu untuk meraikan penajaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Rangkaian perisa baharu ini boleh didapati di lebih 253 mesin layan diri Costa Coffee seluruh negara, termasuk tiga cawangan Costa Coffee di Bangsar Shopping Centre, Radia Bukit Jelutong, dan Q Sentral

Rangkaian tersebut menampilkan minuman Tokyo Gold Latte, Tokyo Gold Iced Latte, Tokyo Gold Frostino, dan Golden Tokyoccino, boleh didapati dalam bentuk minuman panas atau sejuk di cawangan Costa Coffee Stores, manakala minuman panas dan sejuk Golden Caramel Latte dan Chocolate boleh didapati di mesin layan diri Costa Coffee di seluruh negara. 


Costa Coffee Sebagai Penaja Sukan Olimpik Tokyo 2020

Pelancaran rangkaian baharu ini seiring dengan penajaan antarabangsa Costa Coffee untuk Tokyo 2020, menerusi kempen 360° yang berlangsung di 13 pasaran, termasuk Malaysia. Kempen ini berkisar sekitar sudut pandang bahawa sukan Olimpik adalah bukan sekadar tertakluk kepada keputusan dan persembahan akhir semata-mata; ia adalah manifestasi komitmen harian, peningkatan prestasi dan kerja keras untuk mengejar kesempurnaan yang diharungi oleh setiap atlet. Rangkaian Golden Caramel berhasrat untuk menonjolkan keselarian dedikasi harian untuk menuju kesempurnaan yang dipaparkan oleh para atlet dan Costa Coffee yang sentiasa mensasarkan kopi yang sempurna setiap hari. 


50 Tahun Costa Coffee Di Dunia.

Costa Coffee menongkah halangan menuju kesempurnaan menerusi pengenalan rangkaian Golden Caramel seiring dengan Tokyo 2020. Rangkaian Golden Caramel menawarkan pengalaman yang lebih besar dan bermakna di sebalik ‘kesempurnaan’ memandangkan Costa percaya bahawa keghairahan, komitmen, budaya dan kesediaan adalah elemen penting di sebalik secawan kopi yang sempurna. Dengan konsep yang sama, jenama tersebut tampil sebagai sebuah jenama yang lebih daripada sekadar kopi, ia adalah hasil komitmen 50 tahun untuk mengecapi kualiti dan usaha gigih untuk mencapai kesempurnaan dalam setiap cawan Costa Coffee. Bermula dengan meraikan kesungguhan Costa bersaudara 50 tahun yang lalu, hingga penyempurnaan adunan signatur (dicapai selepas percubaan kali ke-112 untuk mendapatkan rasa yang tepat), langsung ke proses sama yang mereka terapkan hari ini menerusi proses pemanggangan biji kopi yang diiktiraf Rainforest Alliance secara perlahan untuk rasa yang seimbang dan sempurna. Setiap hirupan Costa Coffee adalah manifestasi kesungguhan untuk mencapai kesempurnaan.


“Kesungguhan Costa Coffee ‘untuk mensasarkan kesempurnaan sejak 1971’ seiring dengan rangkaian Golden Caramel membuktikan bahawa Costa Coffee bukan hanya semata-mata secawan kopi, ia adalah hasil komitmen selama 50 tahun untuk mengecapi kualiti dan usaha gigih untuk mendapatkan kesempurnaan dalam setiap cawan Costa Coffee. Konsep sedemikian juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, mendorong kita untuk mencapai kehebatan harian. Rangkaian Golden Caramel dicipta untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan menonjolkan keunggulan jenama Costa Coffee yang dikaitkan dengan kopi bermutu tinggi dan ianya mempaparkan dedikasi dan komitmen harian untuk mencapai kesempurnaan. Kami  ingin terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, agar terus cekal, tabah dan bersama-sama mengharungi detik mencabar masa kini dan memandang ke hadapan kearah pemulihan,” ujar Lim Ju Lee, Ketua Pemasaran Costa Coffee Malaysia

Golden Caramel Costa Coffee Sehingga 24 Ogos! 

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati secawan kopi daripada rangkaian Golden Caramel Costa Coffee, mulai sekarang hingga 24 Ogos 2021. Rangkaian minuman Golden Caramel dengan cawan khas yang diilhamkan oleh Tokyo 2020 boleh didapati di 253 mesin layan diri Costa Coffee seluruh negara dan cawangan Costa Coffee Stores sekitar Lembah Klang. Costa Coffee juga boleh didapati menerusi servis penghantaran makanan daripada mesin layan diri Costa Coffee dan Costa Coffee Stores.  

Mengenai Costa Coffee

Diasaskan di London oleh dua warga Itali bersaudara Sergio dan Bruno Costa pada tahun 1971, Costa Coffee kini memiliki 2,600 kedai kopi dan juga 8,500 mesin Costa Coffee di UK serta lebih 1,300 cawangan di 32 pasaran antarabangsa. Costa Coffee terkenal dengan adunan terkenal Mocha Italia dan susu segar untuk setiap cawan Costa Coffee di mana sahaja. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Golden Caramel Costa Coffee baharu dan untuk masa terhad sahaja, sila layari pautan di bawah untuk lebih perkembangan akan datang.

FACEBOOK | INSTAGRAM

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !