Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020


Kimono Project Menampilkan 213 Negara  Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020. | Assalammualaikum semua! Sejak temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sedang berlangsung. Ruby seronok tengok kemaskini para atlet dan tiktoker tentang apa yang sedang trending. Nak dijadikan cerita, Ruby ternampak video Kimono Project yang gigih menghasilkan Kimono untuk 213 negara. Kita sedia maklum, Kimono adalah pakaian tradisional Jepun. Memerlukan kain yang besar dan lukisan yang jelas. Sebab nak menampilkan negara satu dunia, bukannya mudah kan. Ruby lihat ada seni di Kimono yang memiliki corak bunga, haiwan, architecture, bangunan pencakar langit, corak batik, corak songket dan macam-macam lagi. Tahniah Kimono Project kerana berjaya menyiapkan semua Kimono.

Kimono Project Menampilkan 213 Negara  Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Kimono yang dihasilkan untuk 213 negara mempunyai keunikan tersendiri dan Ruby suka semua koleksi. Semua corak jelas mengambarkan apa keistimewaan yang terdapat di negara-negara tersebut. Kimono Project adalah inisiatif oleh Organisasi Imagine One World untuk menghormati Sukan Olimpik 2020 di Jepun.  Ia dilancarkan pada tahun 2014. Projek ini bermula pada tahun 2017 dan siap pada tahun 2021.

Projek ini telah menghasilkan 213 Kimono yang mewakili setiap negara yang menyertai Sukan Olimpik. Projek ini diketuai oleh Yoshimasa Takakura, seorang pereka Jepun.

Pengeluaran setiap kimono dianggarkan berharga 1 juta yen, dan dilindungi oleh sumbangan dari kempen sumber orang ramai dan juga penajaan korporat. Kimono akan dipamerkan di Sukan Olimpik 2020 di Jepun, dan pada 2025 Osaka dan Kansai Expo. Kimono juga dipaparkan dalam talian. 

Walaupun sebagian besar kimono dibuat oleh pereka Jepun, dua bukan: obi untuk kimono Palestin dibuat oleh pelarian, menggunakan sulaman sebagai teknik utama mereka.  Kimono yang dirancang untuk Indonesia dibuat menggunakan lilin, menggunakan teknik batik.

Project Kimono: Malaysia Truly Asia.


Sudah semestinya sepanjang Ruby tengok video Tiktok dan website rasmi Project Kimono, Ruby mencari Kimono Malaysia. Hehehe. Semangat Patriotik kan? Jom kita lihat hasil Kimono untuk Malaysia.


OBI: Hattori Orimono Co., Ltd. (Kyoto) 
Penaja: SAIBUGAS Co., Ltd. 

Input reka bentuk datang dari pelajar-pelajar Fukuoka Prefecture Kurume High School untuk Kimono Malaysia. Terdapat simbol negara, Menara Berkembar Petronas, jalur dan bintang Jalur Gemilang bendera Malaysia, wau bulan, rama-rama, shuttlecock, bunga Rafflesia dan bunga kebangsaan iaitu bunga Raya. Corak Kimono Malaysia dilukis dalam jumlah yang sama dengan pelajar di kelas, 40 orang. Batik tradisional masih bersemangat, menyatakan keremajaan dan pertumbuhan luar biasa Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Bahagian Tanmono menampilkan unsur-unsur dari budaya Peranakan, dengan reka bentuk kalico yang dihiasi dengan daun emas yang mewah. 


Kimono Project Menampilkan 213 Negara  Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020
Kimono Project Menampilkan 213 Negara  Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020



Projek ini dianugerahkan Diploma Kehormatan dari Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan di Ukraine

Sumber:




Jadi, apa pendapat anda? Cantik tak Kimono Malaysia? Kalau nak tengok corak dan warna untuk koleksi negara lain, klik url yang Ruby dah sediakan. Ok?

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Cantiknya. Ai suka tengok semua hasil kimono ni. Semua negara kreatif dan tak ada yang terkecuali. Yang Malaysia punya, background putih buat corak tu nampak naik.

    BalasPadam
  2. These Kimonos are so pretty, I wish I could try on one for myself.

    BalasPadam
  3. lain macam cara jepun promosi sukan olimpik. cantik kimono yang diorang design dengan ada corak batik sikit dan rekaan lain yang mengambarkan identiti malaysia. sangat cantik :)

    BalasPadam
  4. Bagusnya sebegini kan - dia kenalkan budaya dia dan terapkan budaya setiap negara yang menyertainya. Memang indah sulaman budaya sebegini

    BalasPadam
  5. Cantik-cantik nya kimono! Akak xde lagi kimono. Ada hanbok je. Memang teringin nak ada kimono satu untuk diri sendiri

    BalasPadam
  6. Seriously cantik dan creative betul Kimono Malaysia! Putih suci, colorful pulak tue! Nak tengok design negara lain juga la...

    BalasPadam
  7. Cantiknya komono khas Malaysia ni, corak dia sangat ceria.. pelbagai warna dan sangat exklusif.. kalau jadi kain ela pun lawo kannn..

    BalasPadam
  8. Unik !! Dari dulu teringin nak sarung kimono dan dapat pakai masa wedding je skali . Ada peluang nak sarung lagi sebab cantik . Walaupun muka tak berapa nak Japanese tapi still nak jugak berkimono . Best lak tengok corak kimono dalam gambar

    BalasPadam
  9. cantik dan unik kimono ni.. suka tengok... elegan betul komomo dari Malaysia tu

    BalasPadam
  10. Serius cantik sangat kimono2 yang ditunjukkan…

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.