Cepat Dan Sedap! 10 Minit Je Masak Kambing Perap Mr Pepper. | Assalammualaikum semua! Peminat makanan panggang terutamanya kambing panggang. Pasti menyukai perkongsian ulasan makanan kali ini. Ruby baru sahaja mengenali jenama Mr Pepper. Ternyata jenama ini sangat luar biasa ya. Harga marhaen, kualiti hotel lima bintang. Serius kali pertama makan kambing perap yang tak lokek bahan perapan. Bau jangan cerita lah kan. Memang harum semerbak. Tapi paling syok, daging kambing Mr Pepper cepat masak dan lembut! MasyaAllah nikmat betul dapat makan Kambing!
Cepat Dan Sedap! 10 Minit Je Masak Kambing Perap Mr Pepper.
Persediaan nak makan kambing perap dari Mr Pepper ni macam dinner omputeh la Ruby nak buat. Ada mashed potato bersama brown sauce dan sayur Asparagus bakar. Fuhhh voilaaa! Lazat! Dah terbayang menu. Maka, jomlah kita mulakan bako bako.
Sebab Mr Pepper ni 10 minit je masak, kita defrost dari peti sejuk aje. Selebihnya masa dihabiskan untuk memasak mashed potato bersama brown sauce. Macam biasa, bahan seperti dibawah dan anak Ruby nombor dua @ bongsu akan menjadi sauce chef. Dia akan membantu sampai siap. Seronok apabila anak-anak membantu di dapur. Banyak betul cerita dia.
Selepas dah rebus kentang, kita lenyek kan dia. Bahagian ni memang Alif suka. Dia nampak tekstur lembut tu dia cakap, Ibu ni KFC kan? smashed potato kan? Dia bangga dapat buat sendiri. Hehehe.
Punyalah teruja, lepas siap mashed potato. Dia nak makan dulu. Hahaha.
Masa yang dinantikan. Masak Kambing Perap Mr Pepper. Bahagian ni paling best sebab suami nak bantu masak. Lagi pula 10 minit dah siap masak. Jadi, potensi nak bising di dapur sebab stress manusia dalam rumah duk tanya "dah boleh makan ke?, dah siap masak ke?" tiada. Hahahahaha. Kemudian bahan perapan tu kan. Ada banyak lagi lebihan. Sepatutnya kami tambah la beli sosej 2 paket dan panggang sekali. Tapi, lupa!
@rubydotmy ##MYFoodie Mr Pepper Kambing Perap ##MrPepper ##Pepperians ##BeliKambingDapatIphone ##Asian ##Food
♬ Say So -Japanese Version- (tofubeats Remix) - Rainych
Serius sedap bahan perapan Mr Pepper ni. Sayang nak buang. Membazir pula kan. Oleh kerana tiada sosej, kami suami isteri membaca bungkusan Kambing Perap Mr Pepper ni. Rupa-rupanya lebihan bahan perapan boleh buat sebagai sos! Cuma tambah air sahaja!
Tadaaaa siap dah Kambing Perap Mr Pepper. Selamat menjamu selera.
7 Sebab Kenapa Kami Sekeluarga Suka Jenama Mr Pepper
1. Harga Tidak Masuk Akal!
2. Ada Pensijilan Halal JAKIM, MeSTI dan KKM
3. Sedap! Daging Lembut.
4. Masak 10 Minit Sahaja!
5. Bahan Perapan Tidak Kedekut.
6. Menu Diet Berpanggang Yang Bagus Untuk Rakyat Malaysia.
7. Repeat Order. Hahaha!
Rangkaian Produk Mr Pepper
Kambing Perap Mr Pepper menggunakan lamb shoulder yang dagingnya lembut, juicy, cair dimulut, baunya enak & sos perapan yang sedap. Mengandungi tinggi protein & tanpa bahan pengawet. Mudah dimasak pelbagai cara (kuali, air fryer, pressure cooker, oven, grill & lain2), sepantas 10 minit!. Hidangan sesuai untuk 4-5 orang. Produk ini mempunyai pensijilan Halal, JAKIM & pensijilan MeSTI, KKM.
Mr Pepper: Kambing Perap 850gram RM 49
Manakala Ayam Perap Mr Pepper menggunakan bahagian kepak (wingette & drumette) yang dagingnya lembut, baunya enak & sos perapan yang sedap. Mengandungi tinggi protein & tanpa bahan pengawet. Mudah dimasak pelbagai cara (kuali, air fryer, pressure cooker, oven, grill & lain2), sepantas 15 minit!. Hidangan sesuai untuk 4-5 orang. Produk ini mempunyai pensijilan Halal, JAKIM & pensjilan MeSTI, KKM.
Selamat Mencuba!
Jom kita menyokong produk tempatan. All the best Mr Pepper.