Cepat Dan Sedap! 10 Minit Je Masak Kambing Perap Mr Pepper.

Cepat Dan Sedap! 10 Minit Je Masak Kambing Perap Mr Pepper.

Ruby
9

Cepat Dan Sedap! 10 Minit Je Masak Kambing Perap Mr Pepper. | Assalammualaikum semua! Peminat makanan panggang terutamanya kambing panggang. Pasti menyukai perkongsian ulasan makanan kali ini. Ruby baru sahaja mengenali jenama Mr Pepper. Ternyata jenama ini sangat luar biasa ya. Harga marhaen, kualiti hotel lima bintang. Serius kali pertama makan kambing perap yang tak lokek bahan perapan. Bau jangan cerita lah kan. Memang harum semerbak. Tapi paling syok, daging kambing Mr Pepper cepat masak dan lembut! MasyaAllah nikmat betul dapat makan Kambing!

Cepat Dan Sedap! 10 Minit Je Masak Kambing Perap Mr Pepper.


Persediaan nak makan kambing perap dari Mr Pepper ni macam dinner omputeh la Ruby nak buat. Ada mashed potato bersama brown sauce dan sayur Asparagus bakar. Fuhhh voilaaa! Lazat! Dah terbayang menu. Maka, jomlah kita mulakan bako bako. 

Sebab Mr Pepper ni 10 minit je masak, kita defrost dari peti sejuk aje. Selebihnya masa dihabiskan untuk memasak mashed potato bersama brown sauce. Macam biasa, bahan seperti dibawah dan anak Ruby nombor dua @ bongsu akan menjadi sauce chef. Dia akan membantu sampai siap. Seronok apabila anak-anak membantu di dapur. Banyak betul cerita dia. 

Selepas dah rebus kentang, kita lenyek kan dia. Bahagian ni memang Alif suka. Dia nampak tekstur lembut tu dia cakap, Ibu ni KFC kan? smashed potato kan? Dia bangga dapat buat sendiri. Hehehe.

Punyalah teruja, lepas siap mashed potato. Dia nak makan dulu. Hahaha. 

Masa yang dinantikan. Masak Kambing Perap Mr Pepper. Bahagian ni paling best sebab suami nak bantu masak. Lagi pula 10 minit dah siap masak. Jadi, potensi nak bising di dapur sebab stress manusia dalam rumah duk tanya "dah boleh makan ke?, dah siap masak ke?" tiada. Hahahahaha.  Kemudian bahan perapan tu kan. Ada banyak lagi lebihan. Sepatutnya kami tambah la beli sosej 2 paket dan panggang sekali. Tapi, lupa! 


Serius sedap bahan perapan Mr Pepper ni. Sayang nak buang. Membazir pula kan. Oleh kerana tiada sosej, kami suami isteri membaca bungkusan Kambing Perap Mr Pepper ni. Rupa-rupanya lebihan bahan perapan boleh buat sebagai sos! Cuma tambah air sahaja! 

Tadaaaa siap dah Kambing Perap Mr Pepper. Selamat menjamu selera. 


7 Sebab Kenapa Kami Sekeluarga Suka Jenama Mr Pepper



1. Harga Tidak Masuk Akal!
2. Ada Pensijilan Halal JAKIM, MeSTI dan KKM
3. Sedap! Daging Lembut.
4. Masak 10 Minit Sahaja!
5. Bahan Perapan Tidak Kedekut.
6. Menu Diet Berpanggang Yang Bagus Untuk Rakyat Malaysia. 
7. Repeat Order. Hahaha!

Rangkaian Produk Mr Pepper



Kambing Perap Mr Pepper menggunakan lamb shoulder yang dagingnya lembut, juicy, cair dimulut, baunya enak & sos perapan yang sedap. Mengandungi tinggi protein & tanpa bahan pengawet. Mudah dimasak pelbagai cara (kuali, air fryer, pressure cooker, oven, grill & lain2), sepantas 10 minit!. Hidangan sesuai untuk 4-5 orang. Produk ini mempunyai pensijilan Halal, JAKIM & pensijilan MeSTI, KKM.


Mr Pepper: Kambing Perap 850gram RM 49


Mr Pepper: Kambing Perap 500gram RM 35


Manakala Ayam Perap Mr Pepper menggunakan bahagian kepak (wingette & drumette) yang dagingnya lembut, baunya enak & sos perapan yang sedap. Mengandungi tinggi protein & tanpa bahan pengawet. Mudah dimasak pelbagai cara (kuali, air fryer, pressure cooker, oven, grill & lain2), sepantas 15 minit!. Hidangan sesuai untuk 4-5 orang. Produk ini mempunyai pensijilan Halal, JAKIM & pensjilan MeSTI, KKM.


Mr Pepper: Ayam Perap 850gram RM 29

Selamat Mencuba! 
Jom kita menyokong produk tempatan. All the best Mr Pepper. 

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. memang mudah kalau ada stok daging mcm ni kat rumah. bukan sahaja sedap bahkan nak sediakan pun tak perlu amik masa... mmg praktikal.

    BalasPadam
  3. Eh not bad la. Murah jugak harga dia kak. Macam boleh try ni. Tengok akak masak pun dah terliur dah. Iza tak pernah lagi try brand ni. Nanti boleh suruh husband beli la. Dah lama tak makan kambing perap.

    BalasPadam
  4. Rawlins bukan penggemar kambing sebab pernah terkena daging kambing berbau. So, adakah berbau this one? Kalau tak, teringin gak nak try hehehe

    BalasPadam
  5. Kambing perap dia harga berbaloi juga. Boleh nak cuba ni. Masak pun 10 minit je. Tak lama nak tggu masak.

    BalasPadam
  6. Oiii nampak sedapnyaaa.. dah le i pencinta kambing oiii... nak kena cuba gak leee ni.. harga pun okay laa dengan berat pakaging dia, kita dah belek tadi sebab nampak kat FB hahahahaa

    BalasPadam
  7. Wow.....best nyer dpt makan kambing. Reading your review on Mr. Peper makes want to eat lamb chop too. Dah lama rasa nyer I x makan lamb chop. Thank you for sharing. Will check out this product.

    BalasPadam
  8. Waa thank you kak share about brand ni, baru qeela tahu kewujudan produk Mr Pepper ni. Nampak sedap2 semuanya, qeela sekeluarga suka jenis frozen siap perap mcm ni juga, nanti nak try laa brand Mr Pepper ni pulak! 😍

    BalasPadam
  9. Im not kambing eater.. hahaha Tapi bolehlah baca ulasan ini.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !