Alif Berjaya Dapat Penempatan Prasekolah Tahun 2022

Alif Berjaya Dapat Penempatan Prasekolah Tahun 2022

Ruby
6

Alif Berjaya Dapat Penempatan Prasekolah Tahun 2022.| Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi dengan kalian semua. Permohonan Prasekolah Ruby berjaya! Pada tahun 2019-2020, ia adalah tahun yang sangat sibuk buat Ruby. Permohonan sesi persekolahan untuk prasekolah dan tahun 1.  Ia amat meletihkan ya. Ruby tidak pernah berputus asa. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. Ruby belajar banyak perkara dan berpuas hati apabila permohonan berjaya. Jika tidak berjaya, Ruby akan pastikan anak-anak dapat pendidikan di sekolah lain. Mungkin bagi orang lain, dapat masuk Prasekolah dan tadika KEMAS adalah mudah. Cuma, untuk Ruby, ia tidak mudah. Kami bukan dari golongan B40, tetapi kami juga tidak sekaya T20. M40 sipi-sipi sahaja. Ruby masih ingat lagi ketika anak pertama Ruby punya permohonan tidak berjaya. Ruby pergi buat rayuan dan hadir ke sekolah. Hantar borang sekali lagi dan buat rayuan. Alhamdulillah dipermudahkan. Anak Ruby, Adam dapat masuk Prasekolah pada tahun 2020. 

Alif Berjaya Dapat Penempatan Prasekolah Tahun 2022.


Kali ini giliran anak kedua Ruby, iaitu Alif pula. Ruby sedaya upaya memasukkan dia ke Prasekolah. Pada zaman pandemik tahun 2021 menguruskan permohonan Alif juga rumit. Pejabat sekolah telefon rosak, kami tawakal hantar borang ke sekolah dan menanti dengan penuh debaran. Pada pertengahan bulan Jun/Julai pihak sekolah menghubungi Ruby dan bertanya tentang keinginan ke Prasekolah.

"Betul ke puan nak hantar anak puan ke Prasekolah?"

"Ye betul puan, saya memang nak hantar anak saya ke Prasekolah"

Diakhiri dengan perasaan syukur Ya Allah.

Sudah semestinya Ruby nak!

Semasa Adam kecil, Ruby hantar dia ke playschool, taska, preschool berdekatan rumah. Tapi, progress Adam banyak peningkatan di Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Suasana sekolah membuatkan Adam lebih bertanggungjawab. Bangun awal, mandi, solat, sarapan, beratur di perhimpunan. Lebih berdisiplin dan faham apa arahan guru. Guru tidak perlu maklum kepada ibu bapa bahawa tidak boleh masuk ke kawasan Prasekolah. Tetapi di dalam kelas mereka telah di didik untuk berdikari.

Siapa masuk sekolah awal tanpa ibu bapa masuk kelas, teacher bagi coklat!

Maka, Adam pun cakap kat Ruby.

Ibu ibu, ibu hantar Adam sampai kat pagar sekolah aje. Adam boleh masuk sendiri.

Ruby pun akur je. Balik sekolah, jeng jeng jeng dia dengan bangganya tayang dekat adik. Abang dapat coklat dari teacher!! 

Hehehe. Itu sebelum pandemik COVID-19 dan PdPR bermula. Seronok ke sekolah dan seronok juga belajar dari rumah. Guru Prasekolah Adam sentiasa beri kerja sekolah agar pelajar mahir mengira, menulis dan membaca. Itulah kelebihan Prasekolah.

Dulu, sesiapa ingin daftar anak ke Prasekolah perlu mengisi borang dalam talian seawal anak usia 4 tahun. Untuk Alif, Ruby isi pada usia dia 5 tahun sahaja iaitu pada 1 Mac 2020. Berdebar nak hantar borang, berdebar juga menunggu jawapan permohonan. Debaran semakin terasa. Bulan Ogos adalah bulan yang dinantikan oleh para ibu bapa selain bulan Mac setiap tahun. Bulan permohonan dan keputusan. Memang berdebar. Sebab, setiap permohonan sepatutnya diakhiri dengan keputusan permohonan berjaya. Tapi, kadang-kadang ia menghampakan. Ruby pernah merasainya. Jadi, Ruby perlu lebih bersedia.

Banyak perlu difikirkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak. Ruby lebih matang dan bertegas dalam membuat keputusan. Fikir anak nak bersekolah di mana, nak sekali dengan abang Adam atau tak. Bagaimana nak hantar dan ambil mereka. Sama ada pandemik, PdPR atau kembali ke sekolah. Bersedia ke kita? Fikir fikir. Okay Ruby dan suami buat keputusan untuk sekalikan adik dan abang di sekolah yang sama. Sekolah Adam dan Alif hanya 1 sesi sahaja iaitu sesi pagi. Masuk pada 7.15 pagi. Adik di Prasekolah habis jam 12pm. Nanti tunggu abang Adam balik sekolah sebelum jam 1 tengahari. Sekali lah ibu hantar dan ambil. Susun jadual siap-siap lah nanti. Hehe. 

Semasa permohonan dibuka pada bulan Mac 2021, Ruby ada 3 pilihan sekolah. Kawasan rumah Ruby tiada sekolah berdekatan. Jadi, kami tengok dekat Google Maps. Terus pengalaman daftar Sekolah Berprestasi Tinggi menggamit memori. Permohonan itu tidak berjaya semasa Ruby daftarkan Adam pada tahun 2019. Walaupun Ruby hantar borang awal. 1 March siap isi, keesokan hari terus hantar borang. Keputusannya.. PPD transfer ke sekolah lain. Hahaha. 

Sejak dari itu, Ruby tidak berharap lagi dengan sekolah itu. Tengok dalam peta, sekolah paling dekat. Ruby mohon di situ aje. Ternyata benar keputusan ku. Untuk Alif, Ruby tidak perlu melalui keadaan serabut stress tentang hal sekolah. Pada 5 Ogos, Ruby cek keputusan Prasekolah Alif. Alhamdulillah!!!!


Masuk ke laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/ dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik kepada bahagian Semakan dan Kemaskini Permohonan yang bewarna kuning. Alhamdulillah keputusan seperti gambar di bawah. 


Alhamdulillah! Sekarang tinggal untuk cetak surat tawaran dan masukkan dalam kalendar tarikh taklimat pada 11 Disember 2021 sahaja. InsyaAllah nanti akan dimaklumkan. Hehehe.

Langkah Seterusnya Bagi Permohonan Berstatus BERJAYA.


Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

Kenapa Memilih Prasekolah?


Ruby memilih Prasekolah kerana guru yang mengajar sudah terlatih, persekitaran sekolah boleh memberi pengenalan awal kepada anak, kos yang lebih rendah dari pra sekolah swasta. 

Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

  • Latarbelakang
    • 18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia (kin Kementerian Pendidikan Malaysia) melaksanakan program prasekolah.
    • 27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).
  • Akta Pendidikan 1996
    • Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
    • Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Matlamat Pendidikan Prasekolah
    • Pendidikan prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
  • Konsep
    • Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
    • Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
  • Lokasi
    • Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.
  • Pengurusan
    • Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.
  • Murid
    • Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.
  • Kurikulum
    • Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasaekan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Kriteria Pemilihan Murid
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 5 dan 5+ tahun.
    • Setiap kelas 25 orang murid.
    • Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
      • Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.
    • Geran Per Kapita (PCG)
      • RM100 seorang murid setahun
      • RM100 X 25 murid X 1 kelas
      • Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
  • Bantuan Makanan
    • Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan ke semua kelas prasekolah di  Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan enrolmen murid prasekolah pada tahun semasa Peruntukan ini bertujuan menampung kos penyediaan makanan berkhasiat bagi murid prasekolah.
    • Kadar :
      • Semenanjung : RM2.00/hari x 200 hari setahun.
      • Sabah, Sarawak dan WP Labuan : RM2.25/hari x 200 hari setahun

Sumber: 

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003.

https://www.moe.gov.my/


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Stay Safe!
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Yes. Prasekolah membantu anak-anak meneroka dunia luar tanpa parents dia, menyediakan mereka untuk dunia sebenar kan. Tak perlu sampai ke Paris untuk hantar anak prasekolah - eh. Anyway, bagus kan sebab semua disediakan untuk parents.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahahaha sampai ke Paris tu kelakar ye. Kita marhaen kena sedaya upaya beri yang terbaik kepada anak. Sebab mereka generasi akan dtg yang akan menjaga Malaysia. Jadi manusia berguna, dan bantu masyarakat. Wahh jauh ibu fikir.

      حذف
  2. Alhamdulillah syukur. Sama macam k.sal gak .. setiap kali mohon dada berdebor dup dap nak tunggu result permohonan. Dari segi kelayakan tu gusar sangat. Maybe sebab keaktifan dlm pibg kot anak² yg seterusnya dapat masuk pra .. Alhamdulillah, tahun ni no 4 diterima masuk. Syukur

    ردحذف
  3. Tahniah Alif dan tahniah juga Ruby. Anak akak pun tahun depan nak masuk 5 tahun. Baru nak tanya pra sekolah dekat rumah ni

    ردحذف
  4. Teringat my time dulu2 when my mama cerita terpaksa masukkan me to prasekolah sebab takde orang jaga me at home.. antara yang terawal/termuda kot last time.. :) good move sebab kids learn to be more independent like kak Ruby mentioned about Adam.. (Y) memang recommended kan..

    ردحذف
  5. Alhamdulilah, tahniah buat Alif.. dulu time anak Sis belum ada pra-sekolah ni, anak-anak Sis semua sekolah KEMAS Ruby, kecuali yang anak bujang, masuk sek swasta sebab berpindah, situ takde KEMAS..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !