Akhirnya Dapat Juga SONY PlayStation 5!

Akhirnya Dapat Juga SONY PlayStation 5!

Ruby
1

Akhirnya Dapat Juga SONY PlayStation 5! | Assalammualaikum semua! Yang dinantikan telah pun dimiliki. Senyu girang suami Ruby bila dapt SONY PlayStation 5 (PS5) tu. Pada mulanya kami masih bersabar menanti. Tunggu je. Tak sesak pun nak main PS5. Sebab ada PS3, PS4, Nintendo Switch, Mobile Legends, League Of Legend dan permainan PC yang lain. Kita tunggu k. Tapi, iklan PS5, senarai game, orang main PS5 dan promo dari PlayStation. Algorithm mengikut aje aktiviti kita. Geram pula tengok orang main Marvel's Spider-Man: Miles Morales. Paling buat hati tak tenang adalah apabila anak-anak sudah bertanya. Hari demi hari berlalu...

Akhirnya Dapat Juga SONY PlayStation 5!

28 April 2021 tarikh keramat buat suami. Giliran kami dapat PS5! Kami telah menanti giliran untuk membeli PS5 sejak awal jualan PS5, akhirnya ketika "batch 5" jualan barulah kami dapat membeli PS5 idaman kalbu. Korang tahu tak, persaingan sengit apabila ingin membeli PS5. Sejak Disember 2020 PS5 mula dilancarkan, kami telah mendaftar nama, beratur di kedai SONY dan menanti di online stor LAZADA. Ternyata tidak berhasil!!! 

Sebelum dapat PS5 ni, tergugat juga iman apabila pelbagai set dari negara luar mula dijual. Rasa nak membeli tu membuak-buak. Tetapi apabila difikirkan balik, banyak pro and cons apabila membeli set dari luar negara. Perbezaan harga memang banyak. Murahhh wooo. Tetapi, set Malaysia terjamin dari segi waranti. Jika ada masalah dari segi motherboard, controller dan lain-lain. SONY akan menggantikan terus dengan set baharu.

Selain itu, SONY menawarkan "extended warranty" untuk 90 hari. Maka anda mendapat waranti 1 tahun 90 hari. Berbaloi kan? Waranti ini bergantung kepada nasib juga. Kalau dapat set bermasalah, memang untung. Kalau sepanjang kita guna tiada apa-apa masalah. Alhamdulillah.

Buat korang yang masih menunggu giliran atau menunggu pengumuman jualan PS5, Ruby harap korang terus bersabar. Kalau tidak sabar, boleh beli dengan reseller SONY PlayStation 5. Ramai telah menjual kembali PS5 tersebut dengan harga lebih mahal. Mereka kata, mereka juga beratur untuk dapatkan beberapa unit. Mungkin pekedai sekeluarga mendaftar nama. Jadi, untuk kita yang pemain game perlu akur menanti giliran dengan begitu payah. 

Sedih kan?

Best Ke PS5?

Best sangat! Perbandingan ketara apabila kami bermain game Marvel's Spider-Man: Miles Morales. Dia punya grafik jitu. Kelajuan pemproses juga sangat padu! Kami menggunakan TV HD sahaja. Kalau 4K televisyen, mau rasa masuk dalam game. Hahaha.

Selain itu, design PS5 ni seksi kan. Di antara PS5 vs. PS5 Digital Edition. Kami memilih PS5 yang boleh masuk CD game. Sebabnya, nanti kami boleh main game PS4 di PS5 juga nanti. April, Mei, Jun, Julai dan Ogos, sudah hampir lima bulan juga kami enjoy main PS5. Ternyata berbaloi-baloi.

Korang tahu tak, setelah memiliki PS5, secara automatik Adam dan Alif main PS4 dan suami boleh main PS5 dia tanpa gangguan. Tiada lagi perebutan controller game atau nak main game pun boleh asingkan untuk kids dan dewasa. Anak Ruby main Minecraft, Ni no Kuni, Lego World: Ninjago, Sackboy: A Big Adventure, Ratchet and Clank dan korang tengok ajelah gambar di bawah ni. 


Manakala suami, game beliau adalah seperti dibawah. Kebanyakan game kami suka jenis Role-Playing Game (RPG) dan genre THRILLER penyelesaian tugasan. Hehe. 


Hehehe. Majulah sukan untuk negara! Malaysia boleh! Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Perghhh idaman Sis gak ni, target bulan ni nak beli gak PS5 ni hahahaha.. doakan agar Sis berjaya gosok laki hahahahaha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !