Zamshuri Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma Sehingga Berjaya

Zamshuri Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma Sehingga Berjaya

Ruby
8
Zamshuri Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma Sehingga Berjaya. | Assalammualaikum semua! Hari ini kita sudah memasuki bulan baru. Alhamdulillah kita dah memasuki bulan Julai 2021. Pasti ramai mempunyai harapan untuk kes pandemik COVID-19 menurun dan kita kembali boleh melakukan aktiviti harian dengan patuh SOP seperti biasa. Cuma, sebab kita di Selangor. Banyak pancaroba perlu dilalui. Jadi, anda semua jangan biarkan diri terperangkap dengan situasi semasa.  Kita perlu bangkit mencari peluang. Walaupun berada di rumah, tiada sumber pendapatan tetap, sibuk dengan urusan anak-anak dan keluarga. Ruby berharap, anda semua ambil peluang yang ingin Ruby kongsikan di penulisan ini. Semoga bermanfaat. Segera bertindak!

Zamshuri Ingin Bantu Usahawan Secara Percuma Sehingga Berjaya


Nor Zamshuri Bin Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Zamshuri adalah selebriti 90-an di Malaysia. Perjalanan karier seni beliau masih diteruskan sehingga kini tetapi beliau lebih mengutamakan kerjaya beliau sebagai pakar motivasi dan latihan bimbingan. Melalui pengalaman Zamshuri yang sudah melebihi 20 tahun dalam bidang motivasi dan latihan bimbingan. Ini adalah masa yang sesuai untuk beliau melangkah bersama mereka yang ingin berjaya. Walaupun ia adalah program percuma, ia adalah anjakan paradigma untuk mereka yang ingin berjaya.

Apabila ingin belajar sesuatu, kita perlu berusaha. Berusaha ini bermaksud, kita yakin dengan rezeki Allah s.w.t. Kita berusaha mencari ilmu. Berusaha mencari mentor yang berpengalaman. InsyaAllah sampai berjaya anda akan dibimbing. 

Pada pendapat Ruby, usahawan terdiri dari dua jenis, satu yang sudah memiliki produk untuk jualan. Tetapi tiada jentera untuk menolak agar mencapai target. Satu lagi adalah mereka yang baru ingin berjinak dalam dunia keusahawanan. Mereka ini mencari idea untuk memulakan perniagaan. Sebelum mengeluarkan sebarang wang. Disinilah peranan mentor yang akan membantu. Menyelami kebolehan dan keupayaan anda. Apa yang penting, anda benar-benar berminat ingin belajar. 

Pada musim pandemik dan ramai kehilangan sumber pendapatan, Zamshuri menawarkan kelas keusahawanan secara PERCUMA kepada mereka yang benar-benar berminat. Mereka yang sudah nekad untuk berniaga dan terus berusaha sehingga berjaya.

"Saya ingin membantu sesiapa sahaja dari seawal usia 18 tahun hingga 50 tahun. Tiada taraf pendidikan diperlukan. Tiada wang diperlukan. Tiada terma dan syarat. Saya cuma inginkan mereka yang benar-benar mahu belajar menyertai program keusahawanan PERCUMA ini. Ini adalah di antara fardhu kifayah saya sebagai Pakar Motivasi."- kata Zamshuri.

Zamshuri Penerima Anugerah Top Motivator ASIAPEZ


Baru-baru ini Zamshuri telah menerima anugerah di 1st The ASIAPEZ Corporate Asia Brand Awards bagi kategori Top Motivator Award. Ia adalah sesuatu yang membanggakan bagi perjalanan karier Zamshuri yang telah berada di dalam industri motivasi dan latihan bimbingan lebih 20 tahun. Tahniah!

"Zamshuri juga berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong perjalanan karier beliau. Tanpa mereka, saya tidak akan menerima anugerah ini."

Bantu Usahawan Mendalami Ilmu Panpay E-Commerce, Perniagaan Tiada Risiko.


Apabila menerima tawaran kelas keusahawanan, pasti ramai diantara kita merindui sesi seminar, sesi one by one bersama pakar motivasi. Jangan bimbang, dengan norma baharu. Sesi kelas akan diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Kelas juga dilaksanakan mengikut masa yang bersesuaian diantara mentor dan beberapa mentee. Jadi, jadual akan disediakan. Setiap sesi adalah amat bermakna dan anda akan berasa lebih dekat dengan mentor anda iaitu Zamshuri. Kebiasaannya kelas dalam talian diadakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. 

Kelas keusahawanan ini tidak tertumpu kepada asas perniagaan sahaja, anda akan diperkenalkan dengan platform untuk berniaga Panpay. Setiap tindakan anda juga akan diperhatikan. Beruntung apabila anda dibimbing oleh Zamshuri, sebab beliau tidak lokek berkongsi ilmu. Pastikan diri anda bersedia untuk menyerap semua ilmu itu! Rugi jika sambil lewa dan acuh tak acuh.


Zamshuri Juga Ingin Berdakwah Melalui Syifa' & Ruqiyah


Sebagai usahawan, banyak cabaran perlu dilalui. Zamshuri juga menekankan kaedah perniagaan yang berasaskan Pengajaran Islam. Disamping ilmu keusahawanan, ilmu kerohanian turut dikongsikan bersama. Zamshuri sentiasa menekankan bahawa kita perlu perbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t., Adab berkomunikasi dengan orang sekeliling. Bagaimana bertutur-kata dengan suami/isteri, anak-anak dan dengan sesiapa sahaja. Tips perniagaan paling bermanfaat adalah bersyukur dan mencari keberkatan Allah s.w.t.

Taraf Pendidikan Zamshuri


1. Bachelor Degree in Communication (Hons) Universiti Utara Malaysia
2. Bachelor Degree in Islamic Medicine ( Darussalam Malaysia )
3. Diploma in Arts of Speach and Profesional Motivational Speaker (Ampro) 
4. Mastery in Human Behavior Science (Sterling Management & Universiti Malaya Academic Association )
5. Certificate in Islamic Syarie Counseling 
(JAKIM) 
6. Certificate in Islamic Psychospritual 
(JAKIM )
7. Certificate in Islamic Medicine (JAKIM) 
8. Certificate in Islamic Madicine (Isnad Tadawi)

Pengalaman Kerjaya Terdahulu


1989-1992 
Branch Operation / credit control / marketing and promotion OFFICER
Bank Simpanan Nasional (BSN)

1990-2020
Personaliti Televisyen, Filem, Radio dan Master of Ceremony.

1992
Operation OFFICER
MOBIKOM (M) Sdn Bhd 

1993-1995
Customer Service and Operation OFFICER 
Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) 

1996
MEGA TV 
EXECUTIVE 1 
Operation & Management 

1997
NEWS PRESENTER (Sports)
NTV 7 

1998-2002
CEO 
PT TRILLION INDO PERDANA (Indonesia) 

2003-2005
Highest Achievement Network Director 1 Star
XKL Sdn Bhd (MLM company)

2003-2020
Business Development  Consultant / Master Content Speaker & Trainers Founder
DYNAMIC TRAINING EXCELLENT CONSULT SDN BHD (DTEC) 
NOR ZAMSHURI BIN RAMLI (NZR)

2009
Managing Director 
EBL Global Sdn Bhd

2010
Corporate Communication Director 
SIR NETWORK SDN BHD. 

2011
Master Content Speaker Trainer and Network Business Development Consultant 
Gocell International Sdn Bhd 

2011
Master Content Speaker Trainer and Network Business Development Consultant. 
HAZZ AL - TAWHIDI INTERNATIONAL SDN BHD 

2012
EXECUTIVE DIRECTOR 
Evolving Solutions Sdn Bhd 

2012/2015
DJ Radio IKIMfm
Institut Kefahaman Islam Malaysia 

2015
Special Officer for Members Of Parliament

2017-2021
PUBLIC RELATION & STAKEHOLDERS MANAGEMENT MANAGER (MRT2 Project) 
Trans Resources Corporation Sdn Bhd

2018-2020
ILAJ SYARIE 
ISLAMIC MEDICINE FACILITATOR 
MASJID TUANKU MIZAN PUTRAJAYA 
(KSK Care Jakim)

Jawatan Terkini 


1. Ketua Bahagian PUTRA AMPANG P99 

2. Ketua Cawangan PUTRA Bukit Antarabangsa N19

3. Honorary Advisor :
Asia Pacific Investment Trade Economic Zone Association (ASIAPEZ ASSOCIATION)

4. ADVISOR: 
RICHWOOD VENTURES BERHAD 

5. FACILITATOR ILaj Syarie Pengubatan Islam :
KSKcare JAKIM 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

6. PEMERHATI RASUAH MALAYSIA 
(PPM-010-14-24072017)

7. Ahli kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan kebajikan yang lain.

Hubungi Zamshuri Untuk Menyertai Kelas Keusahawanan PERCUMA


Melalui perkongsian ini, pasti anda yakin dengan Zamshuri kan? Melihat daripada perjalanan karier beliau, beliau tidak pernah rehat dan berhenti. Terus melangkah dan disamping itu membantu mereka yang memerlukan. Sangat seimbang kan? 

Kita akan berjaya, apabila kita ikut 100% ilmu dan pengajaran mentor. Semoga bermanfaat. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor di bawah:

Bro Zamshuri: +60196555219 
Adam Zamshuri: +601137528936 
Aiman Zamshuri: +60192404983 



إرسال تعليق

8تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Alhamdulilah, masih ada lagi insan yang ingin membantu mereka yang nak meniaga tanpa modal tapi dengan bimbingan percuma hingga berjaya.. rugi jika tidak mencuba.. siapa tau rezeki kita menjadi usahawan berjaya satu hari nanti kan...

    ردحذف
  2. Bagus ni.. bila ada org yg dapat memberi bantuan dari segi motivation untuk lebih majundlm perniagaan

    ردحذف
  3. Good initiative by Zamshuri indeed. A lot of us needed this during this never ending pandemic. Will love to join the free classes and learn to make a profit. TQ Ruby

    ردحذف
  4. Bantu Usahawan Secara Percuma Sehingga Berjaya menarik betul ni. Inisiatif yang bagus dalam membantu golongan usahawan supaya lebih berjaya

    ردحذف
  5. Wahh dah sgt berpengalaman la based on the list! Good one la dpt lahirkan lebih ramai usahawan berjaya nanti tak kira umur la👍

    ردحذف
  6. Baiknya niat dia nak bantu ramai usahawan kat Malaysia ni utk berjaya secara percuma. Yela sekarang pun ramai yg dah start bisnes sendiri even kecil kecilan utk sara hidup. Tapi ilmu keusahawanan yg betul perlu ada

    ردحذف
  7. So nice of Zamshuri, he has an intensive portfolio too!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !