Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU

Ruby
0
Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU. | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Ruby doakan anda semua di dalam keadaan yang sihat bersama keluarga tersayang. Stay Safe! Ruby nak survey sikit lah, siapa dikalangan anda pembeli di Go Shop? Lepas tengok siaran langsung host menjual, terus nak beli. Siapa? Siapa?  Hehehe. Kalau ya, anda orangnya. Bermakna, sama lah kita. Ruby lebih suka tonton Go Shop sebab host sangat berilmu menerangkan produk, cara penggunaan dan manfaat selepas menggunakannya. Ruby paling suka bila mereka mereka menjual peralatan di dapur. Periuk, barangan elektrik, pengukus, pengisar dan macam-macam lagi. Semua itu perlu ada di dapur. Barulah seronok memasak kannnnnnn. Hahaha. 

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU.


Bermula dari 24 Julai 2021, Saluran 111 Astro akan dijenamakan semula ke Go Shop BAARU, saluran baharu berbahasa Melayu yang menyasarkan golongan milenial yang trendy dan bergaya. Bagi meraikan pelancaran saluran baharu ini, Go Shop akan memberikan baucar diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan untuk menikmati tawaran menarik dari pelbagai produknya, sehingga 3 Ogos 2021.

Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing. Produk-produk trendy ini terdiri dari alat perkakasan dapur, makanan kesihatan ke produk kecantikan, fesyen dan pelbagai lagi, yang diyakini mampu memudahkan urusan seharian pengguna, praktikal dan menepati gaya hidup anak muda hari ini yang dilihat sentiasa sibuk dan aktif. 

Pelanggan boleh menonton pelbagai program istimewa di Go Shop BAARU, dimeriahkan dengan program ‘Saluran 111 Countdown Flash Sale’ pada 23 Julai, 9.00 malam yang menawarkan diskaun sehingga 75% untuk produk-produk terpilih. 

BAARU & Eksklusif


Juga program yang bakal bersiaran selama 3 jam, ‘BAARU & Eksklusif’ pada 24 Julai, dari jam 9.00 pagi – 12 tengah hari, yang turut membariskan hos-hos selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan Aaron Aziz. Mereka akan memperkenalkan produk-produk baharu dan eksklusif, khas buat pelanggan. 

Menariknya lagi, pelanggan boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM22 untuk pembelian berikutnya jika mereka membeli produk-produk yang disiarkan dalam program ‘BAARU & Eksklusif’, setiap hari, pada jam 9.00 malam. Di antara produk eksklusif Go Shop yang dipakejkan bersama (atau ‘bundle’) termasuklah Copper Diamond Bakeware, Aurasia Cookware, Lunaskinz dan minuman kecantikan Audela.

Saluran Program Go Shop


Jangan lupa untuk menonton saluran-saluran Go Shop di Astro – Go Shop BAARU (CH111), Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120) yang bersiaran dalam Bahasa Melayu atau CH303 untuk versi Mandarin, dan di saluran MYTV, CH120. Program-program Go Shop juga boleh distrim di laman sesawang atau menerusi aplikasi Go Shop. 

RUUMA- barangan kelengkapan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak.

GAAYA- produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, peranti digital dan trend fesyen

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat sebarang pembelian, anda juga boleh layari www.goshop.com.my atau muat-turun di aplikasi Go Shop; Go Shop app di Google Play dan App Store. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !