1 Kilogram Isi Durian Musang King RM 130! Okay Kan?
Ruby terjumpa peniaga dalam talian tiba di lobi rumah. Rupanya mereka ada bagi tau nak datang sebab majoriti penduduk dah membuat pesanan siap-siap. Ruby pun menyelitlah. Hahahaa. Terus ku tanya harga.
Sambil tokey Durian kupas kulit dan melayan pelanggan. Ruby pun menyelit,
Ruby: Durian ape tu??Tokey Durian: Durian Musang King. Sekilo sekali kulit RM35. Kalau sekilo sebekas food container RM 130.
Masa tu dah tengok Musang King, Ruby terus order Musang King. Lupa nak tanya durian apa lagi ada. Bila giliran durian Ruby dah hampir selesai disediakan. Ada bro tanya durian apa lagi ada?
Tokey Durian: Durian Kampung, Musang King dan D24.
Ehhhhh Ruby suka Durian Kampung. Alamaaaaakkk.
Hahahahaha.
"Takpelah Musang King pun okay".Bisik dalam hati.
Ruby terus online transfer bayaran ke akaun tokey Durian.
Balik rumah dengan hati gembira. La la la la.
Semoga peniaga itu dimurahkan rezeki. Mereka berusaha berniaga ketika cuaca hujan lebat. Durian kupas terus masuk bekas makanan. Segar dan berkualiti. InsyaAllah. Maaf Ruby tiada contact mereka. Lepas selesai terus balik. Nampak tak bergegas balik rumah jika tiada perkara penting. ðŸ¤
Setibanya di rumah... Buka bekas makanan, perghhh semerbak. Kuning cantik. Ambil satu gambar dulu sebelum makan.
Iya ini sahaja gambar yang ada. Lepas ambil gambar terus makan 7 ulas. Kahkahkahkah. Sumpah Sedap!
Berahsia Harga Durian
Kemudian...
Suami menyapa, "beli apa tu? Durian ke? Pengat durian ke? Tempoyak ke?"
Ruby: Saya beli isi durian sekilo ni, tak perlu kupas kulit dah. Senang kan. Tak susah kita nak kupas. Anak pun tak kena duri kulit Durian kalau berlari di dapur. Rumah pun tak bau durian yang kuat. Hahahaha.
Tangan penuh dengan isi durian yang sedang dimakan. Kemudian menerpa soalan.
"Berapa ringgit awak beli?"
Adoiiii dalam hati, matilah aku kalau suami tahu RM 130. Mesti dia marah.
Ruby: Marilah makan, sedap ni.Ruby Buat-buat tak dengar.Suami: Haishhhh isteri ku Oh! isteri ku.
Sebelum gaduh manjahhhhhh, baik diam. Ruby teruskan makan durian. Elak selagi boleh. Hahahahaahahaa
Apa pendapat korang dengan harga Durian Musang King ni? Dua bulan juga Ruby menabung untuk durian ni. Alhamdulillah dapat! 😆😆😆