Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca

Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca

Ruby
35
Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca. | Assalammualaikum semua! Pada 13 June 2021, tibalah masa yang Ruby nantikan iaitu untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Putra Kuala Lumpur (WTCKL). Ruby akan menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca. Sejak dapat tarikh dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), https://www.ruby.my/2021/06/pengalaman-daftar-vaksinasi-astrazeneca.html. Ruby resah, gelisah dan berdebar. Hahaha. Sebab Ruby takut jarum! Serius takut. Tapi, ku gagahkan diri. Plan asal nak ke WTCKL dengan suami. Tapi perancangan Allah s.w.t lagi manis. Ruby pergi naik Grab aje. Pada jam 11AM dah dapat Grab. Bertolak dan dalam perjalanan relax aje. Trafik pun bagus. Cuma, uncle Grab tak tahu nak turunkan Ruby di mana. Dia terus turunkan dekat Queues Starts Here tu. Hahahhaa.  

Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca.


Pengalaman ini Ruby tulis dan simpan sebagai kenangan. Kita semua adalah memori di dalam perjuangan memutuskan penularan wabak COVID-19. Jadi, kita lakukan apa yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Korang tahu tak, setelah uncle Grab turunkan Ruby. Terus Ruby terpacak depan Anggota Polis yang ingin cek janji temu MySejahtera. Adoiii dah la resah gelisah. Alamakkkk kena masuk sekarang ke. Pastu Ruby salah lorong nak masuk, Ruby ke lorong keluar. Hahaha. 

Anggota Polis: "Puan, bukan nak masuk lorong ke station 3 ke? Ikut sini Puan"


Anggota Polis: "Ehh ehh nak kemana tu? Masuk sini. Janji temu jam 12 dah boleh masuk. Jalan terus sampai nampak Station 3"

Ruby: "Errrr ok". 

Hahaha. Dalam hati nak bagi alasan nak cari makanan dulu, tapi tak tercakap! Kelu lidah. Pagi tadi Ruby sarapan simple aje dengan minum air vitamin C Guardian tu je. Hahaha. Perancangan Allah s.w.t kan manis. Jalan terus. Ruby jalan perlahan-lahan. Berdebar-debar. Lepas tu, jumpa Anggota Polis yang lain.


Anggota Polis 2: "Selamat Pagi, station mana tu?"

Ruby: "Station 3"

Anggota Polis 2: "Macam mana tahu?"

Ruby: "Ada kat MySejahtera". Sambil tunjuk skrin janji temu MySejahtera. 

Anggota Polis 2: "Pandainyeee"

Ruby: "Terima Kasih. Haha". 

Tak sangka ketawa tetiba. Peramah betul. Hilang dah berdebar-debar, resah, gelisah selama dua minggu hari tu. Hahahaha.

Anggota Polis mesra, mereka di bahagian luar. Bila masuk dekat pintu utama WTCKL untuk Station 3, di sini Jabatan Sukarelawan Malaysia iaitu Anggota RELA pula akan bantu korang. Apabila ke janji temu vaksinasi, pastikan korang bawa Pen, Kad Pengenalan dan Telefon Pintar yang digunakan bersama aplikasi MySejahtera.

Beratur di laluan Station 3. Masa ini korang perlu imbas MySejahtera, imbas suhu dan sanitasi tangan. Masuk dalam, beratur di Station 3 berpalang putih. Anggota Rela bantu tunjuk arah, Ruby pun berjalan ke dalam dan sepanjang perjalanan ada Sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) akan bantu di dalam dewan. 


Masuk ke dalam dewan, korang perlu isi borang sebanyak dua helai. Borang tu mudah, siap ada dua bahasa. Satu Bahasa Melayu, satu lagi Bahasa Inggeris. Baca dan fahamkan. Kemudian tanda, tulis nama, tulis nombor kad pengenalan, tulis tarikh dan sign.

Setelah selesai, Sukarelawan MyVac akan panggil. Duduk di kaunter untuk mereka daftar nama korang. Masa ni Kad Pengenalan wajib bawa tau. Mereka akan cek nama penuh, no kad pengenalan dan pekerjaan. Ruby cakap Ruby housewife. Kemudian setelah selesai, duduk di kerusi menunggu untuk taklimat ringkas dengan doktor. 

Apabila doktor panggil, semak dokumen dan akan ada sesi soal jawab. Doktor tanya ada sakit apa-apa ke? Alahan kepada apa-apa ubat? Ruby cakap tiada. Senang je kan? Tapi, jika korang ada penyakit atau sedang mengamalkan apa-apa ubat / suplimen. Korang bawa je semua. Tunjuk dekat doktor. Mudah untuk doktor faham dan korang senang untuk menerangkan apa yang korang makan. Faham tak? 

Selesai tandatangan dokumen dan tanya sejarah penyakit. Ruby ke kaunter untuk vaksinasi, disini barulah korang perlu scan QR jenis vaksin kita ambil. Kecil je QR Code untuk AstraZeneca ni. Scan sampai dapat! Hehe. 

Beratur sekejap untuk tunggu giliran #CucukMyAZ. Semasa giliran Ruby, Doktor tunjuk picagari berisi 0.5ml Vaksin AstraZeneca. Semasa ingin cucuk, doktor nasihatkan jangan tegangkan tangan atau keraskan tangan. Rileks-rileks je. Hehehe. Kemudian..

"Ok dah habis" Sambil tunjuk picagari yang telah digunakan kepada Ruby. 

Ehh takda rasa jarum masuk pun. Sekejap sudah selesai. Yayy! Doktor, nak selfie satu kali boleh? 

"BOLEH"

Selesai #CucukMyAZ, Ruby perlu ke kaunter hadapan untuk ambil kad purple vaksin dari Sukarelawan MyVac. Kad ini perlu di simpan untuk suntikan dos kedua AstraZeneca. Jangan hilang tau. Ruby siap tulis nama penuh dan nombor kad pengenalan. 


Seterusnya berjalan ke bahagian pemantauan. Bagi borang yang kita dan doktor tandatangan dan mereka mengarahkan Ruby duduk selama 15 minit. Nanti mereka akan dipanggil nama penuh. Apabila dipanggil nama, petugas akan bertanya. Pening kepala tak? Ruby cakap takda. Jika ada, nanti makan panadol ya. 
Selesai dan boleh pulang. 

Korang baca macam lama kan perjalanan Vaksinasi AstraZeneca tu kan? Sebenarnya sekejap sangat! 11.20 AM masuk, jalan-jalan 11.31 dah divaksinasi. Pantas! 

Selesai bergambar di photobooth, Ruby pun hubungi suami. Terus dia nak ambil di WTCKL. Haha. Sebenarnya dia pun resah. Temujanji suami untuk #CucukMyAZ adalah pada 29 Jun 2021. Dia nak tengok kat mana kena masuk dan beratur. 

Simptom Selepas Vaksinasi AstraZeneca


Simptom untuk tiap penerima Vaksin AstraZeneca berbeza. Jadi, Ruby kongsikan pengalaman Ruby. Semasa selepas di vaksin, Ruby tidak berasa apa-apa. Pening pun tidak. Sakit kepala pun tidak. Tapi ada rasa lapar. Mungkin sebab sarapan pagi yang mudah sahaja. Temujanji Ruby pada waktu tengahari, maka nak makan sebelum suntikan atau selepas suntikan? Hahaha. Dilemma. 


Ruby terus makan tengahari Mekdi Chicken McDeluxe dan Milo Ais. Makan terus di dalam kereta. Sedangkan undang-undang dalam kereta tak boleh makan. Suami pun cakap, ehhh lapar betul! 

Kemudian dah sampai rumah jam 12.30pm. Rehat-rehat dan tak buat ape. Tengok meja makan dah penuh dengan nasi berterabur. Ahhh takpelah later Ibu kemas. 1.43PM dah mula macam sakit kepala. Ruby ambil Panadol Actifast 2 biji. Lega sikit. Terlelap lah juga. Jam 3.30 petang terjaga. Lapar lagi. Sedang elok, Ruby ada order Tauhu Brgedil dari Kak Jiha. Terus makan. Hahahaha. 


Kemudian terlelap balik. Kepala dah bertampal dengan Kool Fever. Air kosong memang jadi sahabat karib. Minum je bebila masa. Hehe. Kemudian jam 7 petang Ruby bangun. Sebab telinga ni macam dengar bunyi bising. Lego jatuh kat ruang tamu, rasa macam dekat sebelah telinga. Remote control jatuh. Controller PS4 anak main jatuh. Ohhh Allah s.w.t nak suruh Ruby bangun. Dah nak Maghrib. Terus pergi mandi. Masa ni baru lah plaster vaksin di lengan tertanggal. 

Ruby makan malam roti canai sekeping aje. Lepas tu Ruby rehat kat bilik. Lepas Isyak dah suruh anak tidur. Sebab 14 June 2021 sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk tahun 1 bermula semula setelah Cuti Pertengahan Tahun. Maka, esok Adam kena berdikari lah, sementara ibu sedang berehat dan ayah bekerja dari rumah. 

Ruby serius kelaparan pada jam 9 malam. Minum air kosong. Basuh pakaian dan sidai pakaian. Buat relax-relax aje. Tak selaju macam selalu. Hahaha. Kemudian jam 12 rasa macam sakit kat tempat cucuk tu. Macam rasa bengkak sikit. Tapi takda kesan biru lebam ke apa. Lenguh sikit lengan kiri tangan ni. Adoii kelaparan pula. Pening kepala, demam semua takda dah. 

Cuma, Ruby jadi burung hantu pula malam tadi. Ruby nak bagi mengantuk, main game Mobile Legends: Bang Bang sekejap. Hehehe 

Mengenai Vaksin AstraZeneca


AstraZeneca adalah syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional Britain-Sweden dengan ibu pejabatnya di Kampus Bioperubatan Cambridge di Cambridge, England. Memiliki portfolio produk untuk penyakit utama di bidang termasuk onkologi, kardiovaskular, gastrointestinal, jangkitan, neurosains, pernafasan, dan radang. Ia mungkin terkenal kerana penglibatannya dalam membangunkan vaksin Oxford-Astrazeneca COVID-19. 

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1999 melalui penggabungan Astra AB Sweden dan Kumpulan Zeneca British (yang dibentuk sendiri oleh penggabungan operasi farmasi Imperial Chemical Industries pada tahun 1993). Sejak penggabungan itu telah menjadi antara syarikat farmaseutikal terbesar di dunia dan telah membuat banyak pengambilalihan korporat, termasuk Cambridge Antibody Technology (pada tahun 2006), MedImmune (pada tahun 2007), Spirogen (pada tahun 2013) dan Definiens (oleh MedImmune pada tahun 2014). Penyelidikan dan pengembangannya tertumpu di tiga pusat strategik: Cambridge, England; Gothenburg, Sweden dan Gaithersburg di Maryland, Amerika Syarikat.

Vaksin Oxford – AstraZeneca COVID-19, yang diberi nama AZD1222, dan dijual dengan nama jenama Covishield dan Vaxzevria antara lain, adalah vaksin vektor virus untuk pencegahan COVID-19. Dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca, ia diberikan melalui suntikan intramuskular, dengan menggunakan sebagai vektor chimpanzee adenovirus ChAdOx1 yang diubah. Keberkesanan vaksin adalah 76.0% untuk mencegah simptomatik COVID-19 bermula pada 22 hari selepas dos pertama dan 81.3% selepas dos kedua. Analisis lain menunjukkan bahawa, untuk jangkitan COVID-19 simptomatik selepas dos kedua, vaksin adalah 66% berkesan terhadap varian B.1.1.7 (alpha), dan 60% terhadap varian B.1.617.2 (delta). 

Sepanjang Pendemik COVID-19, Ruby banyak habiskan masa dengan membaca. Baca tentang vaksin. Korang perlu ada sedikit ilmu tentang vaksin yang korang ambil. Macam Ruby, Ruby ambil AstraZeneca. Bahan bacaan biarlah dari sumber yang tidak diragui. Biarlah dari ahli perubatan sendiri, Kementerian Kesihatan Malaysia atau dunia dan jawatankuasa khas. Terima kasih Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) tidak jemu mengeluarkan infographic bermanfaat macam ni. Mudah difahami sebab interaktif. 

Semua Jenis Vaksin Disahkan Halal

Video Dr Jamie Parker
@drjamieparker

The ##covid19 ##vaccine are ##Halal as confirmed by the British Fatwa Council ##teamhalo

♬ original sound - Jamie Parker



Baca >>

Lindungi Diri, Lindungi Semua


Korang, nanti kalau ada peluang untuk terima vaksin. Korang ambil peluang itu tau. Pergi tau. Jangan lah dah dapat tarikh temujanji, kotang tak muncul. Sekarang kita kena bantu selamatkan bumi Malaysia. Korang tak rindu ke berjalan merentas negeri balik kampung. Ruby serius rindu. Kami sekeluarga ni jenis ikut peraturan. Jadi, kami tak mahu langgar SOP dan bahayakan masyarakat. Tapi dari dalam sudut hati, Ruby rindu nak travel balik kampung. Nak hirup udara segar di kampung. Berhenti di R&R untuk minum teh tarik. 

Sekarang dah new norma, kita kena juga selesakan diri dengan keadaan ini. Kena Redha dan Yakin pada Qada & Qadar Allah s.w.t. Tawakal terakhir kita adalah vaksin. InsyaAllah.

P/S: Sumber gambar AstraZeneca dari Google. 
Tags

Catat Ulasan

35Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. bestnya dah cucuk. saya ni entah bila. padahal dah lama daftar. tak sabar nak letak 'microchip' dalam lengan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahah microchip kemain eh. Hahaha. InsyaAllah ada giliran nanti. Sekarang JKJAV sedang menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Nanti tunggu date di MySejahtera k. ❤️

      Padam
  2. Seronoknya dgr kawan2 ramai yang dah dapat dos pertama vaksin. Dgr kata mmg prosesnya cepat dan efisien. Saya belum lagi. Semoga dipercepat dan dipermudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Ummi, memang cepat. Ruby doakan Ummi dapat cepat giliran utk date vaksin. Boleh travel dan tulis tentang trip di blog. Suka baca blog Ummi. ❤️

      Padam
  3. Best kan lepas satu dos. Tak sabar pula tunggu next one. Rasa macam lega gila. Rawlins tak demam bagai - lenguh tu ada sikit tapi lapar memang tak berento for 3 days. Air memang tak berenti minum haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Kalau tak makan, susah nak tidur pula kan. Ruby ikut tips Rawlins bab air tu. Bergelen-gelen minum baru lega.

      Padam
  4. tahniah ruby. kita sama, da cucuk AZ 1st dose.
    akak cucuk on 3.5.2021 di Putrajaya, 1st morning vaksin AZ ni diberikan kpd rakyat Malaysia. bulan Ramadhan. hu hu hu the next day, demam terok :) ha haha sebab berpuasa kan. kakak dan adik akak tak boleh tahan demam, terpaksa berbuka utk telan panadol. if tak puasa, rasanya kurang la kesakitan. sebab kita makan dan minum. badan tak la terasa sgt bila vaksin tu masuk, kan.

    terus terkenang - patutla baby akan demam lepas kena cucuk. sakit badan, sakit kepala dan mcm2 lagi lah :)

    akak, adik beradik serta asben & mak abah. semua da complete 1st dose AZ. sedang tunggu apoinment 2nd dose. mungkin Julai nanti. AZ ni kan 2nd dose nya 4 - 12 weeks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah akak, bestnya semua family akak dah 1st dose. Saya dalam keluarga, saya sorang je yang dah. Next suami pula hujung bulan June.

      Akak bila teringat baby lepas cocok kat KKIA tu, Ruby pun terfikir nasib baik la kita bg je mereka susu dan makanan bila mereka meragam kan. Walau tidur, kejutkan utk makan. Sebab kita rasa lalok lepas cucuk memang akan nak tido je. Haha.

      Padam
  5. Alhamdulillah selamat dos pertama. Tahniah ruby. Mekasih juga share. Boleh buat panduan utk orang lain yg bakal dicucuk dos pertama AZ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesama akak. Panjang benor perkongsiannya. Harap bermanfaat. ❤️

      Padam
  6. Alhamdulillah, seronok baca pengalaman amik vaksin ni. Saya dan keluarga pun teruja nak ambil vaksin ni, tapi giliran tak tiba lagi. Dalam family saya setakat ni ayah saya seorang sahaja yang dah lengkap dua dos vaksin (frontliner). :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaahh Alhamdulillah. Bila ayah dah terima dos lengkap, pasti ia menjadi asbab kepada semua ahli keluarga untuk menerima vaksin. Takpe tunggu giliran ok. InsyaAllah dalam masa terdekat ni ada. Sebab JKJAV dah buka banyak PPV. ☺️

      Padam
  7. bestnya dah dapat vaksin, kita belum ada rezeki lagi, harap masa terdekat ni dapat la vaksin jugak. moga semua rakyat cakna pada vaksin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye akak. InsyaAllah dalam masa terdekat. Ramai Netizen gesa kerajaan dulukan orang yang nak vaksin, instead fikir antivaksin kan. Semalam statistik hari Isnin meningkat sebab PPV yang JKJAV buka menerima ramai kunjungan penerima vaksin. Alhamdulillah. ❤️

      Padam
  8. Ada rasa apa apa lain x lepas cucuk vaksin ruby? Akak ni belum ada rezeki lagi harap tak lama nanti turn akak pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah ada rezeki akak. Nebes kan bila belum ada tarikh. Tapi takpe. Soon akak. Lepas cucuk takda rasa apa pun. Doktor yang cucuk sangat gentle.

      Padam
  9. Senangkan untuk dapatkan vaksin kat WTCKL ni.. Nell pun baru jer selesai mine semalam.. serious sgt smooth process dia.. well done to the frontliners yang bertugas... friendly and sedia membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yayy Alhamdulillah. Itulah akak baru tau Nell pun sudah. Laju kita ikut arahan. Good citizen kan. Hahaha.

      Padam
  10. Alhamdulillah dah selamat cucuk first dose. Mesti perasaan bercampur baur nak gi cucuk kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah memang kak. Campur semua ada. Dah la penakut jarum. Tapi bila dah cucuk, jarum pun tak terasa. Saya pula yang pelik. Prosedur sekarang kena tunjuk picagari sebelum cucuk dan selepas cucuk. Bila doktor tunjuk dah habis. Fuhh legaaa..

      Padam
  11. Alhamdulilah, dah selamat Ruby... Sis ni hari-hari check, entahlah bilanya dapat.. memang nak sangatttt... tapi takpelaaa kita menanti, ada rezeki memang semua kena cucuk kannn...
    Now okay tak tu Ruby? Sebab anak Sis lepas vaksin dia demam memngigil... makan panadol baru okay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak InsyaAllah ada giliran akak. Cuma kat Johor tu tak pasti banyak ke PPV dah buka. Hari Isnin 14 June di KL baru PPV yang JKJAV setup dah beroperasi. Nampak meningkat statistics. Saya lepas vaksin lapar. Demam tu waktu malam. Lepas tu dah ok akak. Takda serius sangat.

      Padam
  12. Tahniah Ruby, anda dah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin. Saya sendiri belum ada rezeki nak dptkan dos pertama ni, harap2 dapat soon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akak. Soon giliran akak. Ruby kalau bleh nak Pfizer, tapi masa mereka buka web utk volunteer AZ. Saya isi je. Akak update je MySejahtera k. Mana-mana vaksin yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan, akak terima aje. InsyaAllah semuanya ok.

      Padam
  13. Tahniah Ruby. Saya tak sabar tau nak pergi cucuk vaksin. Sampai sekarang masih lagi belum dapat apa-apa update dari pihak sana. Dah lah takut jarum. Nak tunggu giliran bertambah takut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak. Akak, tunggu tau giliran. InsyaAllah dipermudahkan. Sama lah macam ruby. Masa takda apa-apa tarikh pun resah. Dah dapat tarikh nak pergi pun resah. Dah cucuk ni memang lega. Allah s.w.t je yang tau. Haha.

      Padam
  14. thanks for the detailed post, dear! Gonna help me my turn coming soon too! Let's stay safe and see you soon again!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yayyy all the best mummy. Ruby doakan semoga semuanya di permudahkan. ❤️

      Padam
  15. Bestnya da dpt dos pertama.. Akak ni haram nysejahtera takdak update apa2 pu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe soon akak. Penang masih belum banyak PPV dibuka kan. Tunggu tau. Nanti lg cepat. Akak ready je k.

      Padam
  16. Sayu je baca last part tu .Sape tak rindu kan...K.Sal balik pun sepanjang takleh rentas ni atas sebab kematian. Nenek dan biras ...bila fikir balik, hanya asbab kematian kita dapat ketemu tapi dah tak bernyawa . Tak boleh sembang macam biasa. Ketentuan yang perlu diterima dengan hati yang redha, Harap ada sinar untuk kita semua selamatkan mendepani situasi sekarang

    BalasPadam
  17. Bagus tu, kita tak anti-vaksin. I dah daftar now still waiting for my turns. Semoga semua dipermudahkan.

    BalasPadam
  18. wowo....bestnya akak dah divaksinkan, sienny still waiting for my queue as I tak sempat sign up for astrazeneca. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  19. Tahniah Ruby. Nampak gaya akak kena tunggu lagi 3 bulan barulah layak untuk divaksin. Semoga Malaysia akan dapat segera mencapai Herd Immunity supaya kita semua boleh bebas bergerak seperti dahulu. Rindu nak duduk makan2 dan travel.

    BalasPadam
  20. alhamdulillah.. smoga dipermudah segala urusan akak.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !