Qasih Gold Tercipta Dari Rasa Kasih Sayang

Qasih Gold Tercipta Dari Rasa Kasih Sayang

Ruby
11

Qasih Gold Tercipta Dari Rasa Kasih Sayang. | Assalammualaikum semua! Sebelum Ramadan hari tu Ruby berkesempatan menghadiri sesi bersama pengasas Qaseh. Rangkaian produk Qaseh adalah keluaran Qaseh Health Resources Sdn Bhd. Salah satu anak syarikat Ana Global Venture (AGV). Sepanjang Ruby mengenali jenama Qaseh Gold, Ruby tidak mengetahui siapa tulang belakangnya. Qaseh Gold sering muncul sebagai penaja untuk rancangan di televisyen. Paling Ruby ingat adalah siri kartun animasi Omar & Hana. Ini kerana ia adalah kartun animasi islamik kegemaran anak-anak. Dalam menonton kartun, mereka belajar tentang doa-doa mudah dan adab seisi keluarga. Adab hormat ibu bapa dan tolak ansur sesama dik beradik yang menginginkan kebahagian dari kasih sayang. Dari situ juga punca Ruby mula menyediakan Qaseh Gold Junior Premium untuk anak-anak lelaki Ruby iaitu Adam Solihin & Alif Daniel. Alhamdulillah.

Qasih Gold Tercipta Dari Rasa Kasih Sayang


Diasaskan sejak tahun 2007, formulasi Qaseh Gold lahir dari rasa kasih sayang. Ya, kasih sayang kepada diri sendiri, mensyukuri anugerah yang Allah s.w.t berikan. Rezeki, kesihatan yang baik, anak soleh, suami penyanyang, isteri yang taat, kehidupan yang selesa dan sebagainya. Sihat keluarga kita, bahagialah kita.


Kasih sayang kepada mak abah yang berkorban membesarkan kita. Tiada dapat kita membalas jasa mereka. Hanya ikhtiar dan doa kita sebagai anak supaya mereka sihat sentiasa dan dapat beribadah dengan selesa. Kasih sayang kepada insan-insan sekeliling, sahabat dan saudara. Persekitaran yang sihat pasti memberi impak postif kepada kehidupan kita semua.  

Syarikat MLM Patuh Syariah Sejak 1983


Puan Hasniza binti Hassan Pengarah Eksekutif Ana Global Venture (AGV) yang memayungi 7 syarikat lain. 

Matlamat syarikat:
1. Visi: Menjadi peneraju solusi kesihatan patuh syariah

2. Misi:
i. Kami menyediakan produk-produk halal, berkhasiat dan berkualiti demi kehidupan lebih bermakna.

ii. Kami membangunkan usahawan dengan menyediakan sistem-sistem ke arah kejayaan dan bimbingan demi masa depan lebih cerah.

Pencapaian : 

1. Menjadi jenama pilihan keluarga yang kekal di pasaran sejak 1983.

2. Menjadi antara syarikat MLM terawal mendapat pengesahan patuh syariah daripada Panel Syariah yang diiktiraf.

3. Melahirkan barisan usahawan berpendapatan 5 angka sebulan.

Setakat ini,  AGV mempunyai lebih 4000 Rakan Niaga (Rania) seluruh Malaysia yang mewakili syarikat Qaseh Health Resources (QHR) dan Ana Edar Sdn Bhd (AESB). Kami mengalu-alukan lebih ramai agen atau stokis dalam menjayakan konsep jihad ekonomi.

AGV terdiri daripada syarikat yang merangkumi perniagaan berasaskan MLM Patuh Syariah, sistem agen dan stokis, dropship, media marketing dan direct selling. Jadi terpulang untuk pilih mana yang sesuai ikut selera dan kemampuan masing-masing. Rangkaian produk juga terdiri daripada produk kesihatan seisi keluarga, kecantikan dan kosmetik dan pek makanan RTE (Ready to eat).

Produk-Produk Qaseh Gold


1. Qaseh Gold Premier (Perisa Asli)

2. Qaseh Gold Adinda (Perisa Asli)
3. Qaseh Gold Kekanda (Perisa Asli)
4. Qaseh Gold Junior Premium

5. Qaseh Gold Junior Premium (Sachet)
6. Qaseh Gold Junior (Perisa Asli)

7. Qaseh Gold Junior (Perisa Oren Semulajadi)

8. Brainee Bytes

Kesihatan:
1. Qaseh Aromatherapy Roll On

Makanan & Minuman:
1. Gojes Oleh Qaseh Gold
2. I-Ge
3. Pati Mineral Pati Kristal Garam

4. Pati Kristal Garam Mineral Sole

5. Kafe Rindu
6. Teh Hijau Rerama
7. Teh Hijau Plus

Kosmetik:
1. Treatment Foundation Enchante’ (Medium)
2. Treatment Foundation Enchante’ (Light)
3. Gentle Make Up Remover
4. Moisturising Lipstick
5. Long Lasting Eyeliner

Penjagaan Diri:
1. Enchante’ Premium Beauty Soap
2. Tonik Rambut Minyak Zaitun

Pendidikan:
1. Fun Learning Box by Kapten Junior (Istimewa Ramadan)

Mengenai Ana Edar Sdn. Bhd.


Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. dimiliki oleh 100% Bumiputera Islam dan telah diasaskan atas titik peluh dan keprihatinan Allahyarham Tuan Haji Othman bin Omar dan isteri beliau, Puan Hajjah Esah bt Omar untuk memenuhi keperluan umat islam khususnya bagi mendapatkan produk yang halal suci dari sudut syara' serta bermutu tinggi. Kini, perniagaan Ana Edar Sdn. Bhd. diterajui oleh Puan Hajjah Esah bt Omar bersama anak lelaki belau En. Luqman bin Othman dengan dibantu 7 orang kakitangan mahir dan terlatih.

Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sejak 1983 bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang Halal, selamat dan bermutu. Mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan produk Muslim yang bermutu, Halal dan selamat di bawah jenama ANA.

Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba.


Tags

إرسال تعليق

11تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. tak pernah dengar brand qaseh gold ni, banyak jugak produknya. and best sebab guna bahan2 sunnah, ada habatussauda tu

    ردحذف
  2. Tak sangka banyak rupanya produk yang dah dihasilkan ye. InsyaAllah akan check out the products later. Thanks Ruby share pasal Qaseh Gold nie

    ردحذف
  3. kesemua kandungannya bagus untuk kesihatan dan boleh buat anak2 sihat dan cerdas. lagi2 bila kena PKP ni, banyak kelas online. baru la tak mengantuk.

    ردحذف
  4. banyak juga dengar pasal Qaseh Gold ni. sedar tak sedar dah lama rupanya mereka bertapak dalam industri. orang pun semakin yakin nak guna, produk trusted!

    ردحذف
  5. Lama dah jenama qaseh gold ni kat pasaran kan. Dah banyak produk yang dikeluarkan

    ردحذف
  6. Kalau dulu kita pernah dengar nama produk ni sehingga sekarang itu bermakna produk ni bagus dan memang dipercayai ramai. Tengok jerlah bahan2 dia semua memang bagus dan premium. And macam2 dah yer variasi produknya. Terbaik !

    ردحذف
  7. Brand Qaseh Gold ni memang lama kan. Teringin nak cuba minyak rambut sebab rambut anak-anak panjang.

    ردحذف
  8. Pergh, lama dah syarikat brand ni ada dalam pasaran Malaysia ya. Ni first time dengar pasal brand ni.

    ردحذف
  9. Dua ramuan kurma dan delima sudah mencukupi untuk buat saya terasa nak beli lar supplement ini untuk cuba. :) Mesti sangat berkhasiat.

    ردحذف
  10. Brand ni baru pestime Sis dengo, tengok produk dia semua bagus, utamakan pemakanan Sunnah kan.. elok sangat di berikan pada anak-anak.. nanti nak research lagi nak share kat adik..

    ردحذف
  11. Wahhh ingat brand baru since baru first time dengar nama Qaseh Gold ni, rupanya dah more than a decade dah! This company also patut syariah in term of their business, bagus ni bagi mereka yang ingin ceburi dalam bidang usahawan with them..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !