Jom Daftar Vaksinasi COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Jom Daftar Vaksinasi COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera

Jom Daftar Vaksinasi COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera | Assalammualaikum semua! Ruby terlupa nak kongsikan dengan anda tentang pengalaman mendaftar untuk Vaksinasi COVID-19. Pada ketika itu, Ruby hanya klik-klik MySejahtera dan dah siap. Ruby fikir, eh mudah betul. Tetapi, mudah bagi Ruby, tidak mudah bagi ibu bapa Ruby. Mereka tidak faham. Perlu ajar bersebelahan mereka. Tapi, sekarang ni mana boleh merentas daerah dan negeri. Ruby pun nak jaga diri dan keluarga agar tidak menjadi penyumbang kepada rantaian wabak pandemik COVID-19. Di negeri Selangor, kes semakin hari semakin naik. Jadi, memandangkan Ruby adalah penulis blog. Ruby seharusnya menulis dan mengajak ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar. Kemudian, apabila mendapat tarikh yang ditetapkan. Anda hanya perlu hadir aje. Mudah kan?

Jom Daftar Vaksinasi COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera


Aplikasi MySejahtera mungkin semua rakyat Malaysia sudah muat turun. Jika belum muat turun dan mendaftar. Nanti Ruby kongsikan caranya di hujung artikel ya. Vaksinasi COVID-19 boleh di daftar melalui aplikasi MySejahtera, fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, talian hotline dan lawatan ke rumah. 5 cara ini amat mengelirukan rakyat dan Ruby cuma mendaftar melalui saluran yang Ruby rasa lebih praktikal memandangkan petugas barisan hadapan sibuk dengan keadaan semasa kes COVID-19. Kalau nak ke premis kesihatan macam meletihkan je. Sebab Ruby tahu pasti hospital sibuk. Kemudian utk hubungi terus ke talian hotline, Ruby rasa macam tiada keperluan. Kalau nak tunggu macam lawatan ke rumah. Petugas barisan hadapan kita dah keletihan. Mungkin pada masa akan datang akan ada perkhidmatan ini.

Pada permulaan pelancaran kaedah pendaftaran vaksinasi, memang banyak pilihan. Tetapi kerajaan sedia maklum bahawa rakyat akan keliru. Jadi, banyak penambahbaikan telah berlaku dari masa ke semasa. Alhamdulillah. Gambar di bawah adalah cara terkini untuk anda mendaftar untuk vaksinasi COVID-19. 

Zaman dah canggih kan. Jadi, Ruby daftar melalui dua cara. Aplikasi MySejahtera dan www.vaksincovid.gov.my. Semasa mendaftar, Ruby dan suami saling mengingatkan. Jom kita daftar sekarang. Maka, kami pun daftar dengan jawab soalan yang diajukan. Selepas beberapa hari, viral bahawa maklumat pendaftaran vaksinasi tiada dalam sistem. Kami pun cek, benar sekali! Kami dikategorikan tidak mendaftar. Rileksssssss. 

Kami daftar je lagi sekali. Masa tu tengok ada dua saluran daftar. Dekat aplikasi MySejahtera kami daftar dan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pun kami daftar. Nak pastikan kami selamat dan tidak ketinggalan. Hahaha. 

Di atas adalah gambar infografik untuk anda mula mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera. Di bawah pula adalah gambar pendaftaran melaluai laman web JKJAV.

Apabila anda sudah mendaftar, bahagian COVID-19 Vaccination di aplikasi MySejahtera akan kemaskini tarikh anda mendaftar. Seperti Ruby, 24 Februari 2021 pendaftaran berjaya. Yayy!! Mesti anda nak tahu pengalaman Ruby mendapatkan vaksinasi COVID-19 kan? Ruby akan kongsikan pada artikel seterusnya. ๐Ÿ˜

Mengenai Aplikasi MySejahtera


Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?


Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?


Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:

1. Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
2. Pentadbir aplikasi di KKM

Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi MySejahtera?


Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Bagaimana maklumat yang saya kemukakan melalui aplikasi ini dapat membantu Kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia?


Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, sila bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.


Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA.

Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ini?


Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Langkah 2: Tekan butang "Daftar Di Sini" untuk mendaftar pengguna baharu

Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik "Daftar" atau klik pautan "Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar" (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan "Hantar" (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang "Sahkan"

Langkah 7: Anda akan mendapat mesej "Pendaftaran Berjaya". Klik pada link "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk

Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik "Log Masuk"

Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Bolehkah saya mendaftarkan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama saya?


Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi "Urus Tanggungan" di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.

Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?


Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:

1. Low Risk: Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
2 Casual Contact Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.

3. Close Contact: Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:

- Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)

- Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19
Mengembara bersama pesakit COVID-19
Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19

4. Person Under Surveillance (PUS): Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.

5. Kes Suspek: Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.

6. Confirmed Case: Individu yang telah diuji positif COVID-19.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi MySejahtera?

Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi "MySejahtera Helpdesk" dalam aplikasi MySejahtera.

Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat?

Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Sekiranya saya dikenal pasti sebagai pesakit COVID-19, adakah identiti saya akan dilindungi?

Semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.


Jika ada sebarang persoalan boleh rujuk JKJAV di www.vaksincovid.gov.my/soalan-lazim/

13 ulasan:

  1. panduan lengkap untuk orang yang belum daftar untuk vaksin. jom jadi rakyat yang bertanggungjawab

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing. I hope everyone will register for vaccination. By the way, i have gotten my first dose already

    BalasPadam
  3. tq akak sebab share! bila baca ni baru teringat nak semak semua benda. kalau tidak memang melepas lah nanti vaksin! ayuh kawan-kawan dapatkan vaksin, kita mampu mengubahnya

    BalasPadam
  4. Please la semua mendaftar ye. Jangan tak mendaftar ye sebab semua nak sihat dan kita boleh bersosial seperti dahulu. Tak mo dah berkurung cam sekarang.

    BalasPadam
  5. Laki dah dapat date untuk vaksin nanti yeahhh qaseh maybe lepas bersalin akan vaksin juga , sekarang dah boleh untuk ibu menyusu juga, risau la covid ni

    BalasPadam
  6. Dah daftar dah. Siap daftarkan untuk mak, pakcik2, makcik2 sekali. Kesian diorang, anak2 semua jauh (dan busy kot). Cuma yg daftar AZ tu saya tak sempat.

    BalasPadam
  7. Perfect! Very detail checklist to ensure smooth experience to receive 2 dose of vaccines kan! This is helpful Thanks kak!

    BalasPadam
  8. Demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara ... please la rakyat M'sia daftar vaksin. Penting untuk diri sendiri dan masyarakat . Tenungla muka anak anak kita seandainya ada yang menolak vaksin. Kesian jugak kat frontliners .. yang saban hari...minggu..bulan nak menghadap kerja. Tak dapat nak balik rumah, tinggalkan family. Sedih wwwooo

    BalasPadam
  9. Done it! I'll be taking my first vaccine this June 4. Doakan I slamat dan dipermudahkan urusan ya. Thank you for sharing this step-by-step guide, Pn. Ruby. Pls take care.

    BalasPadam
  10. dah lama daftar. tapi masih belum dapat vaksinasi. parents pun masih belum cucuk walaupun daftar awal. pelik jugak sebab org lain yg lebih mudah dah vaksin.

    BalasPadam
  11. Lengkap semua.. yang tak faham juga baca je sini..
    Sis ada gak di kelilingi antivaksin, tapi malas nak layan.. lantak lerr weii hahaha..

    BalasPadam
  12. Dah daftar dah. Tengah menunggu dia panggil je. Bilalah dia nak panggil cucuk ni. Hihihi

    BalasPadam
  13. Yeah! thanks for the info and spreading the awareness. I have registered and now waiting for my turn to be vaccinated.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.