Samsung Galaxy A72 Mantap Dengan Stereo Speakers Dolby Atmos - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Samsung Galaxy A72 Mantap Dengan Stereo Speakers Dolby Atmos


Samsung Galaxy A72 Mantap Dengan Stereo Speakers Dolby Atmos | Assalamualaikum semua! Kali ini Ruby ingin bercerita lebih mendalam mengenai Samsung Galaxy A72. Ia adalah telefon pintar kelas pertengahan yang mempunyai kapasiti storan yang besar, kamera yang lawa, fungsi yang hebat, stereo speaker dengan peningkatan Dolby Atmos dan macam - macam lagi. Bagi Ruby telefon yang bagus amat penting pada zaman sekarang. Ruby menggunakan untuk aktiviti harian seperti menjawab panggilan, membalas mesej guru sekolah Adam Solihin tentang jadual baru sesi persekolahan 5 April 2021 nanti, mengambil gambar, merakam video dan berhibur sekejap dengan menonton video lucu dari media sosial. Jadi, dari perkara harian sehingga ke hiburan. Pemilihan telefon pintar memang penting. Betul kan? Jom kita meneroka dengan lebih lanjut telefon comel Samsung Galaxy A72.

Samsung Galaxy A72 Mantap Dengan Stereo Speakers Dolby Atmos

Setelah Ruby menggunakan Samsung Galaxy A72 selama 2 minggu, Ruby amat berpuas hati dengannya. Warna pun comel dengan Awesome Violet. Haha. Macam chewing gum dan bubble gum gitewww.. Selain dari menggunakan telefon ini untuk rutin harian, Ruby menggunakannya sebagai peranti permainan telefon juga. Ruby tertarik dengan fitur Game Booster dan telah mencubanya di dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang. Apabila Game Booster bergabung dengan Stereo Speaker dan sokongan Dolby Atmos. Bayangkan betapa syoknya main permainan dalam talian. 

"First Blood"

"Double Kill"

"Triple Kill"

"Maniac"

"Savage"

"Killing Spree"

"Megakill"

"Unstopable"

"Monster Kill"

"Godlike"

"Legendary"


Dengan Game Booster dan Stereo Speaker Samsung Galaxy A72 pasti permainan game Mobile Legends: Bang Bang korang akan lebih lancar dan seronok! Mana tak seronoknya, kiri kanan speaker berdentum sebut perkataan Legendary! Haaaaa. Lagi syoklah main game. Rasa macam main game dalam panggung wayang. Hahahaha. 

Samsung Galaxy A72 di lengkapi dengan fitur Eye Shield dimana fitur itu boleh di pasang dan melindungi mata dari pendedahan cahaya biru yang terlalu lama. Paparan Samsung A72 adalah beresolusi 2400 X 1080 dengan 394 PPI (Pixel Per Inch) (resolusi ini adalah terbaik dan jelas seperti penglihatan 20/20). 


Pengalaman Menggunakan Samsung Galaxy A72.


Pada mulanya, Ruby terkesima dengan bahagian plat luar Samsung Galaxy A72, biasanya Samsung akan menggunakan plat yang seakan gelas tetapi kali ini Samsung Galaxy A72 menggunakan plat plastik dan ianya datang dengan tiga warna seperti hitam, biru dan unggu. Ruby memilih warna unggu (Awesome Violet) supaya nampak lebih trend dan muda giteww. Samsung Galaxy A72 telah di reka untuk menempatkan kamera supaya nampak kemas dan mempunyai sentuhan lembut untuk mengurangkan banyak cap jari pada telefon. Kuranglah masa Ruby sentiasa mencuci bahagian kesan cap jari. Almaklumlah OCD Mom kan. Hehehe. Pantang nampak kesan apa-apa. Mesti nak lap.

Walaupun belakang telefon adalah plastik, Samsung Galaxy A72 selesa dipegang dan kemas apabila digunakan. Paparan skrin telefon pintar ini adalah 90Hz. Kebiasaannya telefon kita hanya mempunyai paparan skrin 60Hz sahaja, nampak perbezaan ketara dari segi kelancaran semasa scroll di ruang hadapan telefon dan ketika bermain game.  

Gambar-Gambar Di Simpan Rapi Sebagai Kenangan.

Ini di antara koleksi gambar Ruby ambil sepanjang menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy A72. Anak-anak Ruby happy sangat guna fungsi pelbagai dalam kamera.




Kamera Samsung Galaxy A72 di lengkapi empat kamera dengan sensor 64MP dan juga Optical Image Stabilization (OIS). OIS ini bagus kerana mengurangkan gegaran tangan dan nampak jelas semasa proses merekod. Ibarat gimbal sedia ada tetapi tidak perlu menambah aksesori di luar telefon. Hebat kan? Untuk bahagian utama kamera lengkapi 12 MP - ultra-wide dan 2 sensor tambahan, 5MP macro dan 8MP telephoto kamera. Lens telephoto akan memberikan kualiti yang bagus semasa zoom lebih jauh.






Dari segi video pula ianya mampu merekod 1080p 30fps dan 4K 30fps untuk kamera bahagian hadapan. Manakala di bahagian belakang pula mampu merekod 1080p 30fps, 12fps dan 4K 30fps. Keseluruhan kualiti video yang di ambil amat memuaskan. 

Scene optimiser yang di sediakan amat membantu semasa proses mengambil gambar dan video. Ia cepat mengawal warna dan pengcahayaan, ini amat membantu untuk mengurangkan kerja menyunting gambar. Kesemua gambar yang Ruby ambil ini tidak di sunting. 100% kesemuanya mode auto Samsung Galaxy A72 sahaja.




Sebagaimana yang Ruby ceritakan tadi, Ruby menggunakan Samsung A72 sebagai peranti permainan semasa. Dari segi pretasinya, Samsung A72 di datangkan dengan chip pemprosesan Snapdragon 720G dan 8GB RAM. Ini sudah cukup untuk membantu tugasan seharian seperti menonton video, melayari internet, mengatur post media sosial serta bermain game.

Bermain Permainan Online Lebih Lancar Dengan Samsung Galaxy A72

Ruby telah mencuba telefon pintar ini semasa bermain permainan Mobile Legend: Bang Bang yang trendy di kalangan remaja dan dewasa zaman sekarang. Ruby membandingkan  kualiti paparan dan grafik dengan telefon lama Ruby. Ternyata paparan Samsung Galaxy A72 lebih cantik dan lancar semasa proses permainan. Sebelum ini, Ruby mengalami lagging dari segi grafik dan amat mengangu proses permainan. Biasanya Ruby akan kalah dan banyak kali di bunuh oleh pihak musuh. Samsung Galaxy A72 memberi Ruby kepuasan semasa main dan banyak kali menang serta mendapat pangkat "MVP". Tapi Ruby sempat screenshot masa dapat pangkat Legendary. Okay la juga kan? Hehehe.





Berkenaan kapasiti bateri juga Ruby amat berpuas hati, Samsung Galaxy A72 dilengkapi 5000mAH, Ruby tidak perlu risau kehabisan bateri semasa dalam perlawanan atau semasa membuat tugasan harian. Ia juga dilengkapi dengan super fast charging yang mengambil masa lebih 45 minit untuk penuh ke 100%, cukup senang dan mudah untuk cas bateri telefon.

Sekuriti Sistem Samsung Knoxx Melindungi Pengguna.

Samsung Galaxy A72 dilengkapi dengan sistem sekuriti Samsung sendiri iaitu Samsung Knoxx. Samsung Knoxx ini bertujuan untuk melindungi data kita dari pencerobohan pihak ketiga kecuali dengan persetujuan kita. Harus lah di ingat sebelum kita nak "install" aplikasi dari play store, pastikan lihat review dahulu sebelum telefon di penuhi dengan malware. 

Telefon Kelas Pertengahan Dengan Kuasa Luar Biasa.

Bagi Ruby, selepas menggunakan Samsung Galaxy A72 ini, Ruby berasa amat berbaloi-baloi dengan apa yang disediakan. Ini kerana telefon ini mempunyai kamera yang bagus, ruang storan yang boleh di tambah dengan MicroSD sehingga 1TB, kapasiti bateri yang banyak 5000mAH, pengecasan yang pantas sehingga 25W (charger yang disediakan hanya 15W), mempunyai Game Booster untuk para gamers, kadar paparan skin 90Hz dan harga yang berbaloi bagi telefon pintar kelas pertengahan iaitu Rm1,899 sahaja.


Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A72, anda boleh melayari di website di bawah ini:

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a72-awesome-violet-256gb-sm-a725flvhxme/

16 ulasan:

  1. Cantik la gambar Samsung ni. Sis pakai A50 pun dah cantik. Upgrade lagi mesti lagiiiii cantik. Terang dan sharp gambar dia.

    BalasPadam
  2. handphone makin lama makin canggih dan lebih kepada fungsi kamera. syok la sapa yang nak buat video pro, senang angkut je hp ringan nak buat photoshoot ke recording ke.

    BalasPadam
  3. This Samsung phone looks awesome! And I like the colors Samsung is offering its customers.

    BalasPadam
  4. wah awesome gila gambar dia. fira pakai a51 pun dah puas hati kamera nya... ni rasa geram tengok samsung punya version ni... heee.. gambar dia kemain terang dan sharp... main game pun syok ni besar hahahaa

    BalasPadam
  5. Baca pasal upgrade storage dan kualiti sound dia buat Rawlins teringin.
    Kena gigih dan rajin cari job nie - boleh beli as my second phone

    BalasPadam
  6. Weeiii comel laa plak ada apps emoji dalam phone tu hahahaha.. lagi satu gambar dia pun cantik gak tu, takat nak buat pakai amik gambo, dah okay dah tu kann.. cuma satu, tak berapa suka susunan kamera belakang dia tu... mata Sis laaa

    BalasPadam
  7. tudia camera dia mengancam sungguh. Speaker dia pon mantap.layan movie kat fon syiokla gini

    BalasPadam
  8. Nell tertarik dengan keluaran Samsung recently especially warna phone dia.. love the violet color actually and few series dah keluarkan warna ni kan.. <3 <3 love it.. wahh baca review kak Ruby macam best juga ye phone ni.. harga tak la mahal sangat tapi performance dia tip top..

    BalasPadam
  9. Gambar dia sharp betul suka tengok. Dengan performance mcm ni, harga pula berpatutan mmg sangat berbaloi

    BalasPadam
  10. uihs samsung pun dah pakai dolby atmos? hebat betul gadget zaman skrg. hp je dah mcm2 fungsi

    BalasPadam
  11. Jangan racun lebih sangat boleh tak Ruby ?...hahahaha . Ni nak terpengaruh dah ni sebab memang tegah cari seken phone untuk mudahkan buat2 kerja . Dahlah tengah giler ambik video sejak ada IG Reels nih....harga memang cun sangat dah tu , nak submit kat pak menteri mintak sponsorlah...

    BalasPadam
  12. wow! macam best je pakai phone ni akak! harga pun berpatutan . memang tengah survey phone juga ni hehehee

    BalasPadam
  13. Memang betul la - cantik sangat warna violet tu, macam bubble gum. So feminine. Kualiti gambar bagus, dan harga pun mampu milik.

    BalasPadam
  14. Menariknya Samsung Galaxy A72 Mantap Dengan Stereo Speakers Dolby Atmos ni npk comel jer

    BalasPadam
  15. Ya ampunnn bestnya specs Dia.. Ishh ibuk ni Baru skng share..kita Baru tukar phone. Lagi best galaxy ni

    BalasPadam
  16. Bestnya ada phone baru heheheh kita memang peminat Samsung dari dulu lagi sebab kita guna gulu sangat berkualiti sampai 9 tahun masih bertahan punya kuat tapi tu lah model dan teknologi cepat sangat berubah kena beli phone baru setiap tahun hurmmmm...

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.