Jom Sertai MILO® Sayang Bumi Dan Sama-Sama Menjaga Alam Sekitar - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Jom Sertai MILO® Sayang Bumi Dan Sama-Sama Menjaga Alam Sekitar



Jom Sertai MILO® Sayang Bumi Dan Sama-Sama Menjaga Alam Sekitar. | Assalammualaikum semua! Wahhhh seronoknya bila dengar inisiatif MILO ni. Hehehehe. MILO di antara minuman harian yang wajib ada di setiap rumah. Kena ada! Kalau tak ada, jenuh nak menjawab soalan anak-anak. "Kenapa Ibu tak beli MILO? Adam nak MILO stix original sahaja Ibu. Adam boleh buat sendiri. Adam tak minta ibu buat MILO dah, kalau ibu beli yang stix tu. Jangan beli pek besar, Adam tak pandai lagi. Nanti Adam pandai buat MILO Dinosaur baru kita beli yang pek besar". Pandai dah anak-anak membuat pilihan ye sekarang. Tunggu Ibu pergi AEON Big atau Hero Market okay?.. Hahaha. Barulah anak ku happy. MILO ni dari Ruby kecil sampai dewasa purba ni pun masih suka. Buat sarapan, buat cicah biskut, makan begitu sahaja pun ada. Hahaha. Ni nak dekat bulan Ramadan, pasti sahur Ruby dengan secawan MILO sahaja. Tapi paling legend, kedai mamak bawah rumah Ruby buat Roti Canai MILO! Hebat betul! 🤣🤣🤣🤣

Jom Sertai MILO® Sayang Bumi Dan Sama-Sama Menjaga Alam Sekitar.

Dalam kita menggemari MILO, pasti ramai yang tidak mengerti bagaimana ingin melakukan kitar semula. Sebab kebiasaannya Ruby lihat, ramai yang buang je dalam tong sampah tanpa mengasingkan mengikut kategori plastik, kertas dan kaca. Jadi, inisiatif MILO ingin menggalakkan rakyat Malaysia semua untuk lakukan kitar semula dan dalam masa yang sama dari pihak MILO juga melakukan program untuk melindungi Bumi. Ia adalah sesuatu yang amat membanggakan! Tahniah MILO! Kami sekeluarga memang mengamalkan kitar semula. Tetapi jika dari jenamanya sendiri ingin menerima hasil kitar semula plastik dan kotak MILO dari kami, lagi lah best! Hehehe. 

MILO mendorong rakyat ke arah kelestarian alam menerusi MILO® Sayang Bumi. MILO mengorak langkah pertama ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen untuk menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi. Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.

“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar kami. Semoga MILO menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO® Sayang Bumi,” demikian kata Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad pula berkata, “MILO membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari – ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO® Sayang Bumi.”

Matlamat, Inisiatif Dan Impak MILO® Sayang Bumi 

1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan serta saluran air. 

✅ Projek CAREton.

✅ Program Penebusan MILO®, termasuk MILO® Stik Pek X-Change.

2. Mengurangkan pengeluaran plastik. 

✅ 100% Straw Kertas.

✅ Bungkusan Kertas untuk Produk MILO® Mixes.

✅ 100% Cawan Kertas.

3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. 

✅ Van MILO® dengan Panel Solar

MILO® Sayang Bumi

Komitmen MILO untuk menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi. MILO mendorong rakyat Malaysia untuk sama-sama mengorak langkah menerusi MILO® Sayang Bumi ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan lestari.


MILO® Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas tiga matlamat impak: Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air, mengurangkan pengeluaran plastik, serta menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sehubungan itu, MILO telah melancarkan enam inisiatif berikut:

  1. Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan.

  2. 100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.

  3. Program-program Penebusan MILO: Usaha berterusan MILO untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.

  4. Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.

  5. 100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.

  6. Van MILO dengan Panel Solar: Transformasi van MILO ikonik dengan panel solar yang  menukarkan tenaga solar - sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui - kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.

Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar. 

Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”

Projek CAREton 


✅ Projek CAREton merupakan kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO UHT menerusi kerjasama dengan rakan pembekal, Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ untuk komuniti yang memerlukan.

✅ Langkah-langkah untuk mengitar semula pek minuman terpakai: Setelah minum, tolakkan straw sepenuhnya ke dalam pek minuman untuk dikitar semula bersama pek minuman. Kemudian, lipat bahagian tepi, bahagian bawah dan kempiskannya! Semudah Flip, Flap, Flat!

✅ Setelah dimasukkan ke dalam tong kitar semula, pek minuman kemudian akan dihantar ke pusat kitar semula untuk diproses menjadi kertas, papan panel dan jubin bumbung polyAl. Papan panel PolyAl ini kemudian akan disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan untuk pembinaan rumah.

🤔 Fakta menarik: Untuk membuat satu jubin bumbung atau papan panel polyAl (4 kaki x 8 kaki), sebanyak 7,247 pek minuman diperlukan!

✅ Kini terdapat hampir 500 pusat pengumpulan Projek CAREton di seluruh negara. Pek minuman terpakai daripada apa jua jenama dan saiz diterima.

✅ Pada tahun lalu, Projek CAREton telah mengumpulkan 40 juta pek minuman terpakai daripada rakyat Malaysia. Sasaran tahun ini adalah untuk mengumpulkan 50 juta pek minuman terpakai.

Program Penebusan MILO, termasuk MILO Stik Pek X-Change

✅ MILO mula mengumpulkan kembali bungkusan terpakai daripada para pengguna menerusi pelbagai kempen penebusan sejak tahun 2016.

✅ Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MILO untuk mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan dan saluran air, kedua-duanya tapak utama pencemaran plastik.

✅ Menerusi kerjasama dengan rakan kitar semula, MILO juga memastikan bungkusan plastik dilupuskan secara bertanggungjawab.

✅ Selain program-program penebusan yang terdahulu, MILO Stik Pek X-Change dilancarkan baru-baru ini dengan tujuan untuk mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO terpakai daripada pengguna bagi menggalakkan amalan pengurusan sisa yang mudah lagi berkesan dalam kehidupan seharian.


✅ Sebahagian daripada bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO yang dikembalikan akan diguna semula untuk menghasilkan kraftangan MILO edisi terhad yang unik menerusi kerjasama dengan empat komuniti setempat - Upcycle Shack, Inspirasi Kreatif, Nerine Ong dan Helping Hands Penan.

✅ Penggunaan semula (‘upcycling’) merupakan satu kaedah kreatif untuk mengurangkan sisa plastik. Dengan memberikan nafas baharu kepada bungkusan stik pek terpakai, MILO menawarkan alternatif bagi mengurangkan lagi impak sisa plastik.

✅ MILO Stik Pek X-Change bukan sahaja memberikan impak positif kepada alam sekitar, malahan kerjasama dengan komuniti setempat ini menyokong golongan yang memerlukan dengan aktiviti-akiviti yang menjana pendapatan.

✅ Seramai 500 peserta MILO Stik Pek X-Change yang bertuah berpeluang memiliki salah satu kraftangan MILO edisi terhad yang dihasilkan.


✅ Sertailah MILO Stik Pek X-Change, dari 1 Mac hingga 31 Mei 2021. Untuk maklumat lanjut, layari: https://milo.com.my/stikpekxchange.

100% Straw Kertas

✅ 100% straw kertas diperkenalkan bagi keseluruhan rangkaian MILO UHT bermula 2020 sebagai satu inisiatif yang dapat menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.


✅ Memenuhi syarat kualiti yang sangat ketat, straw kertas yang digunakan diperbuat daripada sumber yang terkawal dan selamat untuk digunakan.

✅ Ramai pengguna telah biasa dengan straw plastik, dan peralihan kepada straw kertas akan membawa pengalaman yang berbeza. Walau bagaimanapun, MILO menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyambut perubahan ini ke arah masa depan yang lebih lestari.

Bungkusan Kertas untuk Produk MILO Mixes

✅ MILO akan menggantikan bungkusan luaran plastik produknya kepada bungkusan kertas. 


✅ Inisiatif ini akan dimulakan dengan MILO® Less Sugar, varian 25% kurang gula berbanding MILO biasa.

✅ Ini merupakan inisiatif transformasi bungkusan luaran kertas pertama seumpamanya di bawah Nestlé Malaysia.

✅ Ia juga memberi peluang kepada MILO untuk menerajui dan berkongsi amalan terbaik dengan jenama-jenama Nestlé lain dalam memperkenalkan inovasi bungkusan yang berupaya mengurangkan penghasilan plastik.

✅ Bungkusan luaran kertas boleh dibuang ke dalam tong kertas untuk dikitar semula, sekaligus mengurangkan pembuangan sisa plastik.


✅ Dapatkan MILO Less Sugar dengan bungkusan luaran kertas yang baharu tidak lama lagi!

100% Cawan Kertas

✅ Tahun ini, MILO akan mengubah cawan sampel untuk van MILO kepada bahan baharu yang lebih lestari. Cawan baharu ini diperbuat daripada 100% kertas sekaligus menjadikannya 100% bebas plastik!


✅ Usaha menaik taraf kepada cawan 100% kertas ini akan disertakan dengan penyediaan tong pengumpulan cawan kertas yang baharu.

✅ Ia merupakan sebahagian daripada usaha mendidik baik murid-murid sekolah mahupun pengguna tentang kepentingan pengasingan sisa dengan mengasingkan sisa cecair daripada cawan kertas dengan hanya 2 langkah mudah.

✅ Mula-mula, tuangkan sisa cecair MILO® ke dalam bekas cecair yang disediakan. Kemudian, buangkan cawan kertas ke dalam tong pengumpulan.

✅ Nantikan kemunculan Abang MILO yang akan menghidangkan air MILO dari van MILO dalam 100% cawan kertas baharu ini!

Van MILO® dengan Panel Solar

✅ Mulai tahun 2021, dua van MILO di Lembah Klang telah dilengkapkan dengan panel solar untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api. 

✅ Panel solar menukarkan tenaga solar daripada cahaya matahari - sumber tenaga yang paling mudah didapati - kepada tenaga elektrik.


✅ Panel solar pada van MILO mampu menjana 3,000 VA (volt-amp) elektrik, lebih daripada jumlah tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan peralatan elektrik di dalam van.

✅ Namun, berbeza dengan penjana yang menggunakan bahan api petrol, panel solar tidak menghasilkan karbon monoksida dan asap, malah juga senyap.

✅ Dalam erti kata lain, MILO berazam untuk mengurangkan pelepasan karbon, pencemaran udara dan bunyi, di samping menggalakkan penggunaan tenaga solar yang merupakan sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui.

✅ Van MILO dengan panel solar masih dalam fasa percubaan bermula dengan dua van MILO® di Lembah Klang untuk tahun ini.

Tentang MILO®

MILO®️, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dipenuhi dengan kebaikan semula jadi malt, susu dan koko, dan diperkaya dengan ACTIV-GO®️; campuran unik vitamin dan mineral, MILO®️ merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi. 

Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 180 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.  

www.milo.com.my  | www.facebook.com/MiloMalaysia 

11 ulasan:

  1. Bagus inisiatif Milo ni. Jom la kita sayang bumi. Jangan la buang sampah dalam sungai kita ke tempat2 yang tak sepatutnya tu. Asingkan sisa sampah tu ha....

    BalasPadam
  2. Wow!!!!!! It is good d that Milo is doing this campaign. It creates environmental awareness. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  3. Bagusnya inisiatif Milo. Air kotak kat pasaran rasanya macam Milo je guna straw kertas. Berkenan pulak beg tu, kena borong milo stik ler nampak gayanya.

    BalasPadam
  4. Wahh panjannya artikel kali ini hahahaa. Membesar dengan milo memang satu kenangan! Haih baca ni terus rsa nak minum milo hahahaa bape tahun dh agaknya milo ni kan

    BalasPadam
  5. Eh cantik plakk stick milo dia buat bakul tu laaa, tapi rumah Sis jarang beli jenis stick, biasa beli paket besar bancuh sendiri tu.. tahniah buat MILO>. kempen kesedaran buat semua rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  6. Bagus inisiatif yg dilaksanakan oleh Milo. Esp dalam kita sama2 menyokong penjagaan dan pemuliharaan bumi

    BalasPadam
  7. Great initiative dari pihak Milo.. Love it when they also Go Green for a better future, for next generations!

    BalasPadam
  8. Milo ni memang minuman lejen la kan? Baik kanak2 mahupun dewasa, semua suka. Saya sgt sokong inisiatif Milo Sayang Bumi ni sebab ramai lagi dalam kalangan orang kita yg masih kurang kesedaran tentang alam sekitar.

    BalasPadam
  9. Nanti nak cubalah Milo Less Sugar tu , nak ambil waktu bulan puasa nanti. Dah tua-tua ni memang nak kena minum minuman yang kurang gula. Akak sekarang minum milo yang biasa tanpa gula.

    BalasPadam
  10. Great one Milo. You've done great for our tummy and health, now you are doing great to the earth too.

    BalasPadam
  11. Kita ada perasan hari tu ada satu hari yang digelar hari alam sekitar ohhh yer 5 Jun setiap tahun kot. Milo ni memang suka kalau bab projek untuk alam sekitar kita pun suka join...

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.