Pek NJOI HD Menawarkan Kepuasan Hiburan Premium Berdefinisi Tinggi

Pek NJOI HD Menawarkan Kepuasan Hiburan Premium Berdefinisi Tinggi

Ruby
14


Pek NJOI HD Menawarkan Kepuasan Hiburan Premium Berdefinisi Tinggi. | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat semua pelanggan baru atau sedia ada NJOI. NJOI komited menawarkan Nilai, Pilihan dan Kemudahan kepada rakyat Malaysia. Pelanggan NJOI kini boleh menikmati hiburan premium berdefinisi tinggi (HD) menerusi Pek NJOI HD yang baru dilancarkan. Pek NJOI HD menampilkan 10 saluran HD pada harga RM15 untuk langganan selama 30 hari. Aplikasi My NJOI menawarkan pengalaman digital yang cukup mudah untuk sebarang pembelian, tambah nilai mahupun menyemak baki kredit pelanggan. Menarik kan? Jadi, jangan lepaskan peluang ini! 

Pek NJOI HD Menawarkan Kepuasan Hiburan Premium Berdefinisi Tinggi

Bermula 28 April 2021, pelanggan NJOI berpeluang untuk menonton program-program kegemaran masing-masing dalam versi berdefinisi tinggi atau HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu. Pek ini menampilkan sepuluh (10) saluran HD pada harga RM15 untuk langganan selama 30 hari. Pelanggan kini juga boleh menikmati dan merasai pengalaman yang cukup mudah untuk melakukan sebarang pembelian tambah nilai ke atas kredit prabayar dan melayari sajian kandungan dan memilih seleksi pek yang disediakan menerusi aplikasi terbaharu, My NJOI.

Pek NJOI HD membolehkan pelanggan menonton program-program kegemaran masing-masing seperti filem, aksi sukan secara siaran langsung, dokumentari, sajian drama terbaharu dan variasi rancangan tempatan dengan lebih jelas, dalam versi berdefinisi tinggi (HD). Semua pelanggan boleh menikmati sehingga sepuluh saluran dalam versi berdefinisi tinggi menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu ini pada harga hanya RM15 untuk 30 hari langganan. Sepuluh saluran tersebut adalah Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.

Untuk Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran Astro Oasis. Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati program-program menarik berikut dalam versi berdefinisi tinggi (HD) seperti siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’, serta sajian drama Melayu terhebat seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’, berita-berita mutakhir di ‘Awani 7.45’ dan ‘Evening Edition’, program-program antarabangsa seperti ‘Beyond Evil’, ‘You Are My Hero’ dan ‘Dil Se Dik Tak’; serta rancangan menarik kanak-kanak, termasuklah ‘Upin & Ipin’, ‘Didi & Friends’, ‘Ejen Ali’ dan banyak lagi.




Aplikasi My NJOI – Aplikasi peneman paling sempurna buat NJOI HD

Pelanggan NJOI digalakkan untuk memuat-turun aplikasi My NJOI bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan pembelian kredit prabayar NJOI. Aplikasi ini menawarkan pengalaman yang cukup ringkas dah cepat kepada sajian kandungan yang ditawarkan NJOI dalam versi katalog, yang mana ia membenarkan pelanggan untuk membuat urusan tambah nilai kredit NJOI dan menyemak baki kredit masing-masing pada bila-bila masa, di mana jua mereka berada. Pelanggan juga boleh kekal maklum dengan sebarang perkembangan terkini program-program terbaharu yang disiarkan serta mengetahui info mengenai promosi yang ditawarkan, terutamanya yang melibatkan program-program kegemaran masing-masing. Aplikasi NJOI ini sedia untuk dimuat-turun di kedua-dua peranti iOS dan Andriod bermula 28 April 2021.




Pengarah NJOI di Astro, Mazhairul Jamaludin berkata, “Sejak dari tahun 2012 lagi, NJOI memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan jarak penguasaan digital di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan akses penting kepada segmen pendidikan, informasi, berita, hiburan termasuklah aksi sukan kepada masyarakat. Hari ini, lebih dari 90% isi rumah di Malaysia memiliki HDTV atau Smart TV, seterusnya mengukuhkan hakikat bahawa perkhidmatan HD atau berdefinisi tinggi merupakan sesuatu yang baru dan normal kepada ramai di kalangan kita. Pelancaran Pek NJOI HD ini dilakukan pada masa yang tepat kerana kini pelanggan NJOI boleh merasai pengalaman menonton sajian kandungan yang berkualiti dalam versi HD, di rumah masing-masing menerusi HDTV. Sehubungan dengan itu juga, kami turut melancarkan aplikasi My NJOI dan menawarkan pengalaman yang sangat mudah di ruangan digital untuk sebaran urusan yang melibatkan pembelian kandungan atau menambah nilai perkhidmatan prabayar masing-masing. Dengan inovasi ini, NJOI kekal komited dalam menawarkan setiap pelanggan yang ada di luar sana dengan Nilai terbaik, Pilihan dan Kemudahan, serta pengalaman tontonan terhebat kepada mereka.”

Beli ‘Sports Pass’ NJOI untuk menikmati kesemua perlawanan UEFA EURO 2020 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik

Bagi mana-mana peminat bola di saluran NJOI, anda kini boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di saluran-saluran yang disediakan khas. ‘Sports Pass’ ini hanya berharga RM70 buat mereka yang membelinya awal atau pembelian ‘early bird’ iaitu mulai 5 Mei – 31 Mei 2021. Menariknya lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja.

Pelanggan juga boleh terlibat dalam peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei 2021 hingga 8 Ogos 2021 dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HDTV, baucar sukan dan barangan cenderahati istimewa EURO.



Dapatkan rebat atau diskaun menerusi tawaran kempen NJOI HD

Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka. Dua promosi tersebut adalah:

  • Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.


  • Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.






Pek NJOI HD ini boleh dibeli menerusi aplikasi My NJOI, atau di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI mahupun di peruncit-peruncit terdekat NJOI. Pelanggan baru NJOI boleh membeli kotak NJOI pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek. Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari www.njoi.com.my atau hantarkan mesej WhatsApp ke 03-9543 8100.
Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. kat rumah tu ada tv yang takda siaran belum decide nak pasang njoi ke astro. tengok pakej njoi ni menari gak ye

    BalasPadam
  2. Lama dah teka tengok rancangan kat Astro , tapi bagusnya Njoi ni sekali bayar jer kan. Nak siaran lebih dan best kenalah bayar sikit. Cerita tengah top kat Astro sekarang tu haa Projek Anchor SPM . Nak tengok punya pasal kang ada pulak yang pergi melanggan.

    BalasPadam
  3. njoi ni dahla murah, lepas tu channel yang ada pun not bad. Nenek ngan tokwan saya kat kampung pakai ni la, ada la peneman kan.

    BalasPadam
  4. Macam memarik je packej yg ditawarkan. Kawan pun kata njoi ni best. Bolehlah cuba

    BalasPadam
  5. Njoi dah ada HD sekaran ni hehehe ingat tak ada. Dulu kat kampung kita ada guna Njoi ni juga sebab ada banyak TV kat kampung tu hehehe banyak yang nak menontonnya...

    BalasPadam
  6. Ok. Nak suruh my sisters settlekan pakej ini untuk my parents kat kampung. Dah ada HD dah - power!

    BalasPadam
  7. Sekarang buka astro memang tengok Jejak EL tu jerr.. lama tak tengok drama.. adik-adik Sis guna Njoi ni.. Sis guna yang Xbox tu..

    BalasPadam
  8. Menarik juga pakej njoi ni.. Dulu akk guna skrg dah beralih ke saluran lain plak... Tapi menarikla plak

    BalasPadam
  9. kalau dah ada HD kira okla njoi ni.. harga langganan pun taklah mahal.. cuma sekarang ni cabaran dengan adanya pelbagai provider lain.. seperti ifix, netflix dan lain-lain.. kena pandai buat pilihan...

    BalasPadam
  10. Pergh banyak betul saluran dan promosi njoi ni. Siap ada cerita 18 puasa tu. Siap ada hd..kira murah la tu

    BalasPadam
  11. wah menariknya promosi njoi ni. dekat rumah saya tak ada lagi njoi ni. boleh lah nnti letak. boleh tengok macam2 cerita menarik :)

    BalasPadam
  12. Menarik la NJOI ni kan kak Ruby! Kena explore more la, aduii Nell kinda first time tengok benda ni.. Nak explore mana taw sesuai with my need kan!

    BalasPadam
  13. Ramai juga yang subscribe Njoi ni sebab harga dia murah. Lepas tu boleh add on mana2 saluran yang kita nak.
    Wah sekarang dah ada aplikasi Njoi, lagi mudah nak buat pembayaran semua kan.

    BalasPadam
  14. Bestnya Njoi ni. Murah pun murah. Boleh pilih je mana saluran yg kita nk. Tu la rasa nk beralih kepada Njoi ni. hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !