Mudahnya Shopping Di Kleenso.my


Mudahnya Shopping Di Kleenso.my | Assalamualaikum semua! Selamat berpuasa! Raya Aidilfitri dah semakin tiba.. Pada musim perayaan begini, pastinya ramai dikalangan kita yang sedang bersemangat mengemas rumah. Betul tak? Walaupun mengemas dan membersih rumah adalah rutin harian yang sering Ruby lakukan. Tetapi, pada bulan Ramadan ni Ruby akan lebih sikit ambil perhatian bahagian susun atur kabinet rumah dan menukar fabrik langsir serta kusyen. Jadi, masa tarik kabinet, mesti habuk setahun pun muncul. Hahaha. Tapi, produk pembersihan rumah juga haruslah bersesuaian. Semenjak ada anak-anak kecil ni, Ruby lebih suka produk berasaskan tumbuhan, tidak beracun dan eco-friendly.  Lagi pula pandemik COVID-19 masih belum selesai. Lebih kerap kita akan tambah stok produk disinfeksi. Nak ke kedai, selalu stok habis. Jadi, solusi terbaik adalah membeli secara dalam talian di kleenso.my

Mudahnya Shopping Di Kleenso.my


Ruby dah lama mengenali produk dari jenama Kleenso. Dulu selalu beli di Mr DIY. Cuma sekarang dah tidak membeli di kedai, sebab stok selalu habis. Hari yang Ruby pergi mesti tiada produk yang Ruby inginkan. Di Kleenso.my, Ruby dapat membeli sebanyak mungkin barang-barang. 

Kleenso Resources Sdn Bhd dimulakan pada tahun 2003. Kleenso Resources Sdn Bhd terlibat dalam pembuatan, pemasaran dan pengedaran 3 produk kategori utama:

KLEENSO® : Total Cleaning Solution
Bahan pencuci isi rumah yang boleh terbiodegradasi.

PESSO : DIY Pest Repellent Products
Produk Penghalau Perosak D.I.Y

GOPOD: Barang Pakai Biodegradable

Kleenso tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, tetapi sentiasa mengamalkan penggunaan bahan selamat, pengawet dan bukan racun untuk menghasilkan dan mengekalkan kualiti produk kami. Sebilangan besar produk Kleenso sangat mudah terbiodegradasi dan mesra alam.

Ruby masih ingat produk pertama Ruby gunakan dari jenama Kleenso adalah Kleenso Super Red Degreaser 1L. Masa tu mencari Degreaser sebab nak bersihkan kotoran minyak kat hob dapur dan ada kesan kotor kat dapur gas. Belek-belek produk yang menawarkan Degreaser dan tertarik dengan Kleenso punya. Terus beli dan sehingga hari ini Ruby selalu tambah stok. 

Sekarang Kleenso dah menyediakan laman web Kleenso E-Store tersendiri. Selain dari membeli di Kleenso Official Store di Shopee dan Lazada. Anda boleh berbelanja di laman web ini juga. Manfaat membeli terus di laman web Kleenso.my adalah promosi istimewa yang kerap, pulangan wang tunai sehingga 10% dan penghantaran PERCUMA dengan pembelian minima RM 20. Best kan? Jom pelajari bagaimana anda boleh bermula shopping di Kleenso.my.

2. Klik BUY Now, button warna hijau.
3. Klik Register dibahagian atas.
Isikan maklumat peribadi anda iaitu nama penuh, alamat email, nombor telefon dan set password.
4. Klik Submit

Seterusnya, anda boleh mulakan pembelian. 

Harga Lebih Rendah Di Kleenso.my. 9 Plastik Sampah Pada Harga RM 28.80 Jerr?


Manfaat-manfaat membeli secara terus ke kleenso.my adalah semestinya tawaran promosi istimewa. Sekarang, apa yang Ruby perhatikan adalah promosi 9 unit Biodegradable Garbage Bags dijual pada harga RM 28.80 sahaja. Harga asal adalah RM 43.20. Malah diberi 4 warna berlainan. Seperti kita sedia maklum 4 warna plastik bermaksud:

Biru: Untuk sampah seperti kertas, kotak dan material sewaktu dengannya. Tiada sisa makanan. Pastikan bekas makanan dari material kotak dibersihkan agar tidak mengganggu proses kitar semula dengan yang lain. Proses kitar semula material ini kebiasaannya dilakukan dalam skala besar. 

Putih: Untuk sampah dari material plastik dan material sewaktu dengannya. Jika ingin buang botol plastik, pastikan bersihkan terlebih dahulu dan kitar semula bersama penutupnya. Barang yang sering Ruby kitar semula untuk material ini adalah botol sabun pakaian dan botol produk Kleenso. 

Hijau: Sampah diasingkn mengikut kapasiti. Plastik ini kebiasaannya dipenuhi dengan tin alumunium, kaca, seramik, kain, pakaian, getah, kasut lama dan sisa elektronik. Jika anda ingin kitar semula. Asingkan satu persatu ok?

Hitam: Sisa makanan, sisa kupasan kulit buah-buahan, sisa siang ikan, lampin pakai buang bayi, tuala wanita dan sewaktu dengannya. Plastik ini Ruby gunakan lebih kepada Leftover Waste.


Dapat 10 - 15 % Cashback Dengan Setiap Pembelian.


Ruby dah membeli-belah di Kleenso E-Store dan teruja ingin menerima barang. Jom lihat apa yang Ruby beli. 

Setelah selesai pembelian, info tentang cashback akan tertera di Dashboard anda dalam masa 2 hari. Yayy!

Manfaat beli di kedai Kleenso E-Store.

 ✅ Pulangan Tunai sehingga 10 - 15% 👛 💸 
 ✅ Rujuk rakan dan dapatkan ganjaran💰
 ✅ Kemudahan di hujung jari anda 📱
 ✅ Dapatkan produk isi rumah kegemaran👍 anda!

Point wallet Ruby adalah wang cashback yang Ruby dapat. Berbelanja RM 114.60 dan dapat cashback RM 17.19. Berbaloi-baloi!

Penghantaran PERCUMA Dan Cepat!

Pembelian pada 20 April 2021 dan penghantaran bermula pada 22 April 2021. 


Di dalam laman web kleenso.my juga terdapat bahagian informasi tentang parcel. Anda boleh lihat butiran penghantaran dan menjejak parcel. 23 April tengahari Ruby sudah menerima parcel dari Pos Laju. Pantas! 

Kleenso.my Shopping Haul!

Kalau anda semua nak tahu, membeli barang-barang mencuci adalah kegemaran Ruby. Ruby suka rumah bersih dan lapang. Tiada secalit kotoran. Itu paling penting. Menjaga kebersihan bukan masalah mental tau. Ia dituntut dalam Islam. 🥰

Jangan ketinggalan untuk sertai dan daftar sekarang! Klik URL! 

أحدث أقدم