Mudahnya Shopping Di Kleenso.my

Mudahnya Shopping Di Kleenso.my

Ruby
13

Mudahnya Shopping Di Kleenso.my | Assalamualaikum semua! Selamat berpuasa! Raya Aidilfitri dah semakin tiba.. Pada musim perayaan begini, pastinya ramai dikalangan kita yang sedang bersemangat mengemas rumah. Betul tak? Walaupun mengemas dan membersih rumah adalah rutin harian yang sering Ruby lakukan. Tetapi, pada bulan Ramadan ni Ruby akan lebih sikit ambil perhatian bahagian susun atur kabinet rumah dan menukar fabrik langsir serta kusyen. Jadi, masa tarik kabinet, mesti habuk setahun pun muncul. Hahaha. Tapi, produk pembersihan rumah juga haruslah bersesuaian. Semenjak ada anak-anak kecil ni, Ruby lebih suka produk berasaskan tumbuhan, tidak beracun dan eco-friendly.  Lagi pula pandemik COVID-19 masih belum selesai. Lebih kerap kita akan tambah stok produk disinfeksi. Nak ke kedai, selalu stok habis. Jadi, solusi terbaik adalah membeli secara dalam talian di kleenso.my

Mudahnya Shopping Di Kleenso.my


Ruby dah lama mengenali produk dari jenama Kleenso. Dulu selalu beli di Mr DIY. Cuma sekarang dah tidak membeli di kedai, sebab stok selalu habis. Hari yang Ruby pergi mesti tiada produk yang Ruby inginkan. Di Kleenso.my, Ruby dapat membeli sebanyak mungkin barang-barang. 

Kleenso Resources Sdn Bhd dimulakan pada tahun 2003. Kleenso Resources Sdn Bhd terlibat dalam pembuatan, pemasaran dan pengedaran 3 produk kategori utama:

KLEENSO® : Total Cleaning Solution
Bahan pencuci isi rumah yang boleh terbiodegradasi.

PESSO : DIY Pest Repellent Products
Produk Penghalau Perosak D.I.Y

GOPOD: Barang Pakai Biodegradable

Kleenso tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, tetapi sentiasa mengamalkan penggunaan bahan selamat, pengawet dan bukan racun untuk menghasilkan dan mengekalkan kualiti produk kami. Sebilangan besar produk Kleenso sangat mudah terbiodegradasi dan mesra alam.

Ruby masih ingat produk pertama Ruby gunakan dari jenama Kleenso adalah Kleenso Super Red Degreaser 1L. Masa tu mencari Degreaser sebab nak bersihkan kotoran minyak kat hob dapur dan ada kesan kotor kat dapur gas. Belek-belek produk yang menawarkan Degreaser dan tertarik dengan Kleenso punya. Terus beli dan sehingga hari ini Ruby selalu tambah stok. 

Sekarang Kleenso dah menyediakan laman web Kleenso E-Store tersendiri. Selain dari membeli di Kleenso Official Store di Shopee dan Lazada. Anda boleh berbelanja di laman web ini juga. Manfaat membeli terus di laman web Kleenso.my adalah promosi istimewa yang kerap, pulangan wang tunai sehingga 10% dan penghantaran PERCUMA dengan pembelian minima RM 20. Best kan? Jom pelajari bagaimana anda boleh bermula shopping di Kleenso.my.

2. Klik BUY Now, button warna hijau.
3. Klik Register dibahagian atas.
Isikan maklumat peribadi anda iaitu nama penuh, alamat email, nombor telefon dan set password.
4. Klik Submit

Seterusnya, anda boleh mulakan pembelian. 

Harga Lebih Rendah Di Kleenso.my. 9 Plastik Sampah Pada Harga RM 28.80 Jerr?


Manfaat-manfaat membeli secara terus ke kleenso.my adalah semestinya tawaran promosi istimewa. Sekarang, apa yang Ruby perhatikan adalah promosi 9 unit Biodegradable Garbage Bags dijual pada harga RM 28.80 sahaja. Harga asal adalah RM 43.20. Malah diberi 4 warna berlainan. Seperti kita sedia maklum 4 warna plastik bermaksud:

Biru: Untuk sampah seperti kertas, kotak dan material sewaktu dengannya. Tiada sisa makanan. Pastikan bekas makanan dari material kotak dibersihkan agar tidak mengganggu proses kitar semula dengan yang lain. Proses kitar semula material ini kebiasaannya dilakukan dalam skala besar. 

Putih: Untuk sampah dari material plastik dan material sewaktu dengannya. Jika ingin buang botol plastik, pastikan bersihkan terlebih dahulu dan kitar semula bersama penutupnya. Barang yang sering Ruby kitar semula untuk material ini adalah botol sabun pakaian dan botol produk Kleenso. 

Hijau: Sampah diasingkn mengikut kapasiti. Plastik ini kebiasaannya dipenuhi dengan tin alumunium, kaca, seramik, kain, pakaian, getah, kasut lama dan sisa elektronik. Jika anda ingin kitar semula. Asingkan satu persatu ok?

Hitam: Sisa makanan, sisa kupasan kulit buah-buahan, sisa siang ikan, lampin pakai buang bayi, tuala wanita dan sewaktu dengannya. Plastik ini Ruby gunakan lebih kepada Leftover Waste.


Dapat 10 - 15 % Cashback Dengan Setiap Pembelian.


Ruby dah membeli-belah di Kleenso E-Store dan teruja ingin menerima barang. Jom lihat apa yang Ruby beli. 

Setelah selesai pembelian, info tentang cashback akan tertera di Dashboard anda dalam masa 2 hari. Yayy!

Manfaat beli di kedai Kleenso E-Store.

 ✅ Pulangan Tunai sehingga 10 - 15% 👛 💸 
 ✅ Rujuk rakan dan dapatkan ganjaran💰
 ✅ Kemudahan di hujung jari anda 📱
 ✅ Dapatkan produk isi rumah kegemaran👍 anda!

Point wallet Ruby adalah wang cashback yang Ruby dapat. Berbelanja RM 114.60 dan dapat cashback RM 17.19. Berbaloi-baloi!

Penghantaran PERCUMA Dan Cepat!

Pembelian pada 20 April 2021 dan penghantaran bermula pada 22 April 2021. 


Di dalam laman web kleenso.my juga terdapat bahagian informasi tentang parcel. Anda boleh lihat butiran penghantaran dan menjejak parcel. 23 April tengahari Ruby sudah menerima parcel dari Pos Laju. Pantas! 

Kleenso.my Shopping Haul!

Kalau anda semua nak tahu, membeli barang-barang mencuci adalah kegemaran Ruby. Ruby suka rumah bersih dan lapang. Tiada secalit kotoran. Itu paling penting. Menjaga kebersihan bukan masalah mental tau. Ia dituntut dalam Islam. 🥰

Jangan ketinggalan untuk sertai dan daftar sekarang! Klik URL! 

Tags

إرسال تعليق

13تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Senangnya shopping macam ni di hujung jari je sekarang ni. Tak payah nak pergi keluar membeli. Seronoknya bila ada pulak cash back.

    ردحذف
  2. murah la harga plastik sampah tu. senang la nak shopping barangan kleenso lepas ni yeayyy

    ردحذف
  3. Bahaya nie bila boleh beli Kleenso online. Mau berbakul gak jadinya kelak - beli sanitiser la, pencuci lantai la memacam eh

    ردحذف
  4. Laaa rupanya selama ni beli beg sampah Kleenso lah sebab ada jual kat DIY. Biasalah orang tua, dia tahu beli jer tak tengok jenama. Lagipun suka dengan dia punya base iaitu dari bahan biodegradable pastu dalam cart tu nampak Kleenso Eco Magic , terus rasa nak tahu apakah itu. Nanti nak usha web dia sebab nak tahu lebih lanjut.

    ردحذف
  5. tq ruby sharing info ni, akak memang ada penyakit suka buat stok plastik sampah, biasa akak beli jenama sekoplas, tapi memang akak guna pencuci kleenso serai wangi untuk lap meja makan dan mop lantai, sure semut dengan lalat takkan hinggap

    ردحذف
  6. Wah baru tahu kleenso Ada platform online dia sendiri. Menarik ni . Senang kalau nak beli sabun dia, beli direct terus

    ردحذف
  7. Terimakasih atas perkongsian ini kak. Sebab ika baru tahu pasal ni. menarikk juga ya boleh beli online :) Ada online platform ni memang memudahkan

    ردحذف
  8. Eh baru tau ada plastik bag dia.. kalau produk lain memang Sis guna laa.. oo nak beli gak laaa.. beli online lagi senang ni..

    ردحذف
  9. Wah, Kleenso dah boleh beli online ye. Kebetulan sy tengah cari pencuci lantai serai wangi tu. Cari kat mr DIY asyik takde je. pasni beli online je la.. hehe

    ردحذف
  10. Ada website sendiri dah ye. Mudah je nak beli barang kleenso sekarang ye. Online je

    ردحذف
  11. Wow, menariknya dah ada website mcm ni, boleh dptkan semua di hujung jari jer! Ada pulangan tunai lagi tue... Terbaik!

    ردحذف
  12. Kan lagi mudah dan cepat beli online, i pun baru order my household item from Kleenso website.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !