Perjalanan Pengalaman Ruby Memiliki Kamera DSLR

Perjalanan Pengalaman Ruby Memiliki Kamera DSLR

Ruby
0

Perjalanan Pengalaman Ruby Memiliki Kamera DSLR



Perjalanan Pengalaman Ruby Memiliki Kamera DSLR. Assalammualaikum semua, hari ini ruby tiba-tiba terdetik toing toing nak berkongsi pengalaman dan perjalanan bersama kamera. Peranti yang amat diperlukan oleh semua orang pada masa kini. Tidak kira dari kamera telefon pintar, kamera DSLR atau kamera kompak. Banyak juga wang ringgit di laburkan untuk kamera. Kita akan rasa ingin naik taraf peranti yang kita ada seiring dengan kemahiran yang kita miliki juga. Makin lama, makin inginkan kesempurnaan di dalam gambar. Makin lama, makin inginkan gambar seperti professional. Gitewww.

Perjalanan Pengalaman Ruby Memiliki Kamera DSLR

Ruby tiada pengetahuan tentang kamera. Ruby snap je gambar. Hahaha. Itu cerita masa sekolah rendah la. Lagi satu, ruby tidak suka bergambar. Muka masam je sesiapa ambil gambar. Kalau tak percaya, tengoklah album gambar zaman kecil dulu. Muka macam cari pasal. Masam mencuka. Hahaha. Tapi tapi tapi ruby suka ambil gambar. So, ruby lah photographer dalam keluarga ruby. Masa tu pakai kodak, mana boleh nak tengok hasil. Melainkan cuci dulu. MasyaAllah lepas cuci, tengok hasil gambar memang kelakar.

Dunia Penulisan Memerlukan Gambar

Entah macam mana boleh terjebak dengan penulisan blog sehingga 14 tahun dah bina kerjaya ini. Memang tidak sedar. Kalau kita bina kerjaya dan suka lakukannya, memang kita tidak sedar masa dah berlalu. Zaman ruby menulis blog dulu, gambar tak ada pun guna. Cerpen pendek pasti ada pembaca. Kemudian apabila industri blog mula berkembang. Mula dapat jemputan ke pelancaran dan majlis. Dari situ kena upgrade pengetahuan dan kemahiran.

Mula pergi event, hanya menggunakan kamera telefon pintar sahaja. Jenuh transfer gambar dekat laptop. Cari wayar usb khas. Sebab masa dulu charger henfon semua wayar bersambung dengan adapter. Memang gigih lah transfer gambar. Kemudian teringin nak kamera kompak, sebab mak punya kamera yang guna kodak tu tak sesuai. Takkan nak kena cuci gambar, lepas tu scan dan baru nak blog. Berkurun la blogpost nak publish. Hahaha.

Bila niat tu suci murni bak kain putih, ada satu majlis pelancaran P1 Wimax. Masa tu CEO buat lucky draw. Tapi lucky draw yang unik. Dia cakap macam ni “Siapa ada anything warna purple macam logo P1 dan lari dekat saya sekarang akan dapat kamera kompak jenama Canon”. Ruby dengan segera campak hand bag dekat tunang (sekarang suami la kannnn. hahaha). Dia terus berlari! Hahaha. Macam main bola baling. Sekelip mata keadaan tu berlaku. Alhamdulillah dah ada kamera!

Kemudian nak beralih ke DSLR. Begitu lah lumrah manusia. Hehehe. Tapi sebelum nak beli, kenalah menimba ilmu dulu. Mahal tau DSLR walaupun untuk beginner. Pertama kali ruby join bengkel DSLR Canon 60D. Memang suka sangat! Kemudian, bajet tak cukup. Ruby dan suami join peraduan pertandingan Nando’s game. Masa tu menang Canon EOS 1000D. Ya Allah bersyukurnya. Walaupun kamera beginner, masa tu memang belajar guna kamera tu sebaik mungkin. Ruby guna kit lens, snap je. Cantik-cantik gambar. Ruby suka guna kamera secara manual. Lens manual. ISO dan aperture manual. Seronok!

Ingin hasilkan video pula!

Kemudian, nak pula kamera boleh flip skrin. Supaya mudah untuk rekod video. Aduyaii. Hahaha. Masa ni alhamdulillah rezeki sangat bagus. Ruby buat pertama kalinya melabur untuk membeli Canon 700D. Nak beli Canon 60D tak mampu. Wakaka. Oh ya ruby beli kamera dari Lazada.

Pelaburan Memiliki Kamera DSLR

Jika kamera DSLR, ruby beli kad memori backup dari jenama Toshiba 3 unit. Hahaha. Kadang-kadang kad memori penuh dan kadang-kadang kawan-kawan blogger dan media perlukan kad memori. Sebab mereka terlupa bawa. Hehehe. Tak salah tolong kawan-kawan kan? Kemudian beli lens cover transparent tu, supaya tak calar lens ruby. Kemudian nak gedik-gedik guna bag kamera vintage. Beli bag pula. Lepas tu beli extra bateri pack. Hahaha. Semua ni beli di Lazada juga.

Lensa kamera adalah jiwa ruby

Lensa kamera jenis apa kita suka? Anda suka snap gambar yang bagaimana? Wide? Portraiture? Fish Eye? Makro? Macam-macam cara ada. Tapi ruby suka 2 jenis gambar sahaja. Makro, Potraiture dan Wide. Makro dan Potraiture untuk gambar makanan, bokeh untuk snap gambar ekspresi muka anak, suami, kucing, ulat dan ruby suka objek tu jelas dengan komposisi yang sesuai.

Ruby melabur untuk Canon EF 50mm F/1.8 EF Lens. Masa dulu mana la tahu pasal EF-S (Electro-Focus) / STM (Stepper Motor) / USM (Ultrasonic Motor). Jadi bila guna lens 50mm yang ruby beli tu, auto fokus dia bising betul. Hahaha. So bermulalah beli mikrofon, lighting dan remote untuk membantu sewaktu rakaman.

Belajar White Balance

Hahaha. selama hari ni pakai kamera, tak pernah sentuh tentang White Balance. Sehinggalah satu hari pada 30 April 2017. Ruby pergi event dan blogger fotografi turut hadir di event Gula Petite. Kami ambil gambar kek yang sama. Tapi blogger Potia punya gambar sangat jelas, komposis cantik dan tiada kekuningan! Kenapa gambar ruby warna kuning? Jenuh la pusing-pusing aperture. Tekan-tekan naik turun ISO. Tak putih juga! Bermulaha kelas tutorial beberapa saat untuk cari mana fungsi white balance Canon EOS 700D. Tak jumpa!! Hahaha.

Ruby start google macam mana nak cari fungi white balance dan gunakan lampu putih, campur biru sikit. Mana? Mana? Jumpa dah, ruby tukar dari AWB (Auto White Balance) ke White Fluorescent. Jadi juga lah putih skit. Tapi bila pergi food review pada 3 Mei 2017 di Shikuya The Curve, kedai dia guna lampu warm. Habis jadi kuning semua gambar. Hahaha. Elok pula duduk sebelah Jaslin Puasa (Ala pelakon drama siri Abang Bomba I Love You tuuu), dia tolong tengokkan kamera. Dia cari kat mana nak ambil cahaya warna biru tu. Kemudian jumpa dah! Hahaha. Alhamdulillah! Nanti gambar kamera lagi cantik cerah no kuning-kuning.

Ilmu Fotografi Tidak Akan Habis

Ruby memang minat fotografi, tetapi dengan cara minimum. Beli ikut keperluan, buat penyelidikan. Tengok ulasan di website, youtube dan kawan-kawan fotografi. Sentiasa belajar dan rendahkan diri untuk bertanya. Mungkin tidak waktu sekarang kita nak tahu tentang DSLR, ISO, Aperture, White Balance dan lain-lain. Pelan-pelan belajar k. Research, Purchase and Keep Learning!

Diharap perkongsian ini dapat membantu.

www.instagram.com/rubydotmy

www.facebook.com/rubydotmy

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !