Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia

Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia

Ruby
0

Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia | Jenama Wardah memang tidak asing lagi bagi Ruby, ini kerana produknya dikenali di Indonesia dan produk kecantikan yang mendapat pengesahan Halal Pertama di Dunia. Ruby mula mengenali produk Wardah di Indonesia pada tahun 2014 ketika program 200 tahun Borobudur. 

Selain produk yang bagus, halal dan mesra wuduk. Wardah juga terkenal dengan program sponsorship di acara fesyen, video klip selebriti, drama televisyen, filem dan memiliki duta kecantikan yang cantik jelita. Salah seorangnya adalah Dian Pelangi.

Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia


Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia

Ruby berkesempatan ke Soft Launch bagi memperkenalkan produk Wardah kepada blogger, influencer dan media di Wardah Inspiring Beauty Afternoon Tea. Selain makanan sedap dari Majestic Hotel, pelbagai aktiviti turut diadakan. Ada sesi get to know Wardah, kuiz dan mekap tutorial. Ruby dapati, makeup artist menggunakan Wardah sangat mudah. Hurrmm apakah rahsianya? Nanti kita borong Wardah ya!

Produk solekan dan penjagaan kulit jenama terkenal dari Indonesia iaitu Wardah kini ingin memperkenalkan jenamanya ke pasaran Malaysia. Wardah telah dilancarkan di Indonesia pada September 1995 di bawah syarikat PT Paragon Technology and Innovation. Tagline Wardah adalah “Inspiring Beauty”. Ia adalah produk kecantikan HALAL pertama di dunia. 4 duta kecantikan Wardah Indonesia yang akan membantu dalam rangka promosi Wardah Malaysia adalah Dian Pelangi, Dewi Sandra, Tatjana Saphira dan Ralineshah.

Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia

Setiap wanita adalah cantik dalam cara mereka sendiri dan mereka memberi inspirasi kepada orang di sekeliling mereka tetapi kadang-kadang mereka lupa tentang hal itu. Jadi, Wardah mahu membantu wanita untuk mendapatkan keyakinan kembali dan berkongsi inspirasi bersama. Bagi kami, untuk wanita mampu berbuat demikian, pada tahun ini kami berhasrat untuk mengembangkan jenama kami kepada wanita Malaysia kerana terdapat begitu banyak jemputan untuk Wardah untuk memasuki Malaysia “. kata Riffina Affandi, Pengurus Jenama; Wardah Cosmetics.

Tiga Konsep Kecantikan Wardah

Pertama, konsep tulen dan selamat. Kami menggabungkan teknologi dan alam semula jadi untuk membawa kualiti yang selamat. Halal dan berkualiti tinggi bagi produk penjagaan wajah dan produk solekan untuk pengguna kami. Buat masa ini, Wardah mempunyai pelbagai seleksi produk penjagaan kulit dan produk solekan yang sesuai untuk kulit anda.

Kedua, kami berhasrat untuk membantu wanita untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berkongsi kebaikan mereka dan cerita inspirasi melalui pakar-pakar kecantikan kami.

Ketiga, dengan konsep inspirasi kecantikan kami, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada ramai wanita agar terus cantik bersinar dari luar dan dalam.

Rangkaian Produk Wardah Inspiring Beauty

Wardah mempunyai lebih kurang 400 produk dari mekap dan penjagaan wajah. Untuk produk penjagaan wajah, Wardah White Secret adalah yang terbaik. Siri ini mempunyai 7 produk iaitu Wardah White Secret Intense Brightening Essence, Wardah White Secret Exfoliating Scrub, Wardah White Secret Night Cream, Wardah White Secret Day Cream, Wardah White Secret Facial Wash with AHA, Wardah White Secret Exfoliating Lotion dan Wardah White Secret Pure Brightening Cleanser.

Kemudian untuk mekap, Wardah Exclusive adalah top produk. Di dalam koleksi ini terdapat foundation, two way cake dan lipstick.

Wardah Exclusive Matte Lip Cream adalah produk yang paling mendapat sambutan. Di Malaysia Lip matte dari pelbagai jenama juga sangat laris. Tetapi untuk mendapat produk halal tidak mudah kan? Jadi, ruby berusaha untuk mendapatkan produk Wardah Exclusive Matte Lip Cream dengan menyertai kuiz. Hehehe. Ruby dapat 3 warna baru yang belum dijual di Indonesia! Wardah Exclusive Matte Lip Cream mempunyai 12 warna dan bakal disusuli dengan 3 warna baru tidak lama lagi. Hehehehe.

Wardah Inspiring Beauty Bakal Mewarnai Dunia Kecantikan Di Malaysia

Disebelah kanan gambar di atas adalah Wardah Lipstick Exclusive dilengkapi dengan formula Squalane, Jojoba, Olive Oil dan Vitamin E, lipstik ini akan memberikan nutrisi-nutrisi yang akan menjaga kelembapan bibir. Terdapat dalam 27 warna menarik!

Wardah Exclusive Liquid Foundation. Terdapat 5 warna, 01-Light Beige, 02-Sheer Pink, 03-Sandy Beige, 04-Natural dan 05-Coffee Beige. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak. Mengandungi UV Protection, Pearl Extract, Vitamin E, dan Macademia Oil. Mekap yang cantik dan kemas bermula dari foundation yang bagus. Malah kombinasi dua tona berbeza foundation akan memberi hasil natural. Tidak sabar untuk mencuba Wardah Foundation.

Wardah Exclusive Two Way Cake mengandungi Vitamin E dan Kompleks Jojoba Oil, Soybean Oil, Avocado Oi, Tocopherol, dan Macademia Oil. Terdapat 5 warna, 01-Light Beige, 02-Sheer Pink, 03-Sandy Beige, 04-Natural dan 05-Coffee Beige. Ruby telah mencuba bedak asas ini dan sangat menyukainya. Ruby menggunakan kod tona 02-Sheer Pink. Ruby suka menggunakannya sebagai bedak penyelamat ketika seharian bekerja. Touch up dengan bedak ini lebih bagus dengan membasahkan spounge. Hasilnya sangat kemas dan rata.

Wardah Inspiring Beauty bakal mewarnai dunia kecantikan di Malaysia pada awal Jun 2017 di Watsons Malaysia dan seterusnya diikuti di pasaraya Giant dengan bantuan rakan kongsi Wardah Malaysia iaitu Kara Marketing (M). Harga rangkaian produk Wardah adalah dari RM 5.80 hingga RM 50.50. Harga sangat berpatutan kan?

www.instagram.com/wardahbeauty_my

www.wardahbeauty.com

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !