Lebih 3000 Jenis Poduk Makanan Sunnah Di Arabian Village KL Traders Square | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Pasti ramai yang tertanya-tanya di mana kedai Arabian Village dan apa yang menarik di sini dibandingkan dengan kedai Arab yang lain. Jom Ruby kongsikan dengan anda semua apa yang menarik di sini. Arabian Village menyediakan makanan dan minuman untuk kalian yang mencari produk-produk makanan sunnah, madu, roti, minyak zaitun, cuka, buah delima segar, buah zaitun, jeruk, manisan, kekacang, minyak wangi, keju, yogurt dan pelbagai produk lain. Ada lebih 3000 produk dijual di sini tau!
Suasana kedai bersih, barang-barang tersusun rapi dan sentiasa ada pelanggan datang membeli-belah. Di sini mudah untuk mendapatkan makanan-makanan sunnah dan bahan-bahan untuk diet pemakanan anda. Dulu, masa Ruby sedang hamil, Ruby suka makan pati buah delima, buah fig dan madu. Semuanya Ruby beli dari kedai Arab. Keistimewaan lain adalah, anda membeli dengan penjual yang tahu manfaat produk dan mengetahui kualiti produk. Tiada masalah untuk bertanya pendapat atau jika anda tidak pasti, mereka boleh beri pendapat. InsyaAllah.
Lebih 3000 Jenis Poduk Makanan Sunnah Di Arabian Village KL Traders Square
Arabian Village dibuka oleh pengasasnya, Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim, berusia 34 tahun pada tahun 2020 dengan tujuan untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk produknya. Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari TimurTengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai.
Produk "Signature" Arabian Village
Madu - Pelbagai jenis madu terutamanya Madu Sidr dari Yemen yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Arabian Village turut mengeluarkan madu 'kesuburan' yang diformulasikan sendiri. Selain dari dapat meningkatkan kesuburan, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan.
Kurma - Pelbagai jenis kurma terdapat di Arabian Village. Ada jenis yang kering dan basah, kedua-duanya diimport terus dari negara berkaitan.
Roasted nuts - dipanggang sendiri
Homebaked bread - freshly baked twice a day
Syrian Baklava - Manisan mewah dari negara Timur Tengah yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi.
Bakhoor Juga Terdapat Di Arabian Village
Arabian Village juga menjual barangan kelengkapan rumah seperti Bakhoor, terapi aroma tradisi Islam - pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala kayu agar, bahan alam semulajadi, bunga-bungaan dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman dalam kawasan
rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan
salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Ia juga adalah sunnah kerana Rasulullah suka berbakhoor. Ia tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama.
Produk-Produk Jenama Arabian Village
Selain dari itu, Arabian Village turut mengeluarkan produk makanan jenama
sendiri iaitu minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima, dan pelbagai
barangan lagi. Secara keseluruhannya terdapat 25 jenis produk Arabian Village. Bagus kan?
Diskaun 10% Untuk Pengikut Setia ruby.my
Buat anda yang ingin membeli-belah makanan, minuman, minyak wangi, roti dan apa sahaja yang terdapat di Arabian Village. 10% diskaun akan diberikan, anda boleh dapatkan diskaun di kedai Arabian Village KLTS atau melalui website. Jadi, korang boleh membeli di kedai utama atau di dalam website dengan menggunakan kod "ruby10". Di kedai, anda hanya perlu sebut nama kod tersebut semasa di kaunter pembayaran dan staf bertugas akan memberi diskaun sebanyak 10% untuk keseluruhan pembelian anda. Diskaun ini berakhir pada 31 Disember 2020, Khamis.
Arabian Village Menyediakan Kemudahan Istimewa Kepada Semua Pelanggan
Mempunyai beratus-ratus produk dari pelbagai jenama. Suasana kedai yang bersih dan 'customer friendly'. Harga yang sangat berpatutan. Barangan boleh dibeli secara off-line dan on-line. Perkhidmatan 'delivery service' turut disediakan bagi kemudahan pelanggan. Khidmat nasihat berkaitan produk turut diberikan. Pasti mudah untuk anda mengamalkan makanan sunnah. Hehehe. Jualan di laman web rasmi Arabian Village menawarkan seleksi pelbagai produk. Sistem pembayaran mudah melalui SenangPay dan Paypal.
Arabian Village ibarat berada di Kota madinah. Aroma kedai, keramahan pekerja dan suasana kedai yang selesa, bersih dan menenangkan jiwa. Jom shopping sekarang.
ARABIAN VILLAGE
95-G Block E
289 Kuala Lumpur Traders Square
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: +6011-1111 9585
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari
9 Pagi - 12 Tengah Malam
Tags
Foodie
Menariknya kedai ni.. macam-macam ada, sama feeling kat arab lah 😝 tergoda tengok baklava tu..manissss sedap..haha
ردحذفMacam2 ada, yang only for married tu rare betul hehe
ردحذفsuka shopping barangan kat sini..ada macam2..plg penting harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan
ردحذفKalau pergi kedai Arab, kita suka beli minyak zaitun, jus delima, dengan buah-buahan kering, biasanya buah aprikot dan buah tin. Mak pulak suka kirim madu.
ردحذفwahhh baru tahu ada pelbagai jenis madu. Madu untuk kesuburan tu lah ek madu yang aeril wawa consume? Bestnya kalau pergi Arabian Village ni, macam-macam ada
ردحذفMenarik ni! terliur dekat baklava tu. Tak pernah rasa lagi.
ردحذفBanyaknya produk kat kedai dia. Madu tu baru tau ada yang untuk berkahwin saje
ردحذفBanyaknya produk kat kedai ni,.. Padahal dekat ngan rumah Nell jer.. bawah rumah hahaha.. boleh la pergi usha kedai ni nanti.. menarik juga selalu lalu depan kedai jer.. :P
ردحذفFirst time tau dengar nama kedai ni. Saya selalu jalan-jalan kat mall memang suka cari kurma, tapi kalau dah kat sini semua centre jualan makanan arab,, maknanya lebih senang .. terima kasih sharing
ردحذفBestnya Ruby semuanya ada kat situ. All under one roof, bukhoor pun ada memang dah tak yah nak pi negara Arablah sekarang ni semua pun ada disini tapi tulah jauh nuun di KL
ردحذفCara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad
Wah...so many interesting things to buy there. I want to go have a look there too this weekend
ردحذفPaling suka nengok bahagian kekacang tu haaa.. pergh sedapnyaa kalau dapat beli dan makannya, orang kata harga murah dan sama je kalau beli di Arab sana.. kurma dia pun jenis terbaek juga..
ردحذفbestnya tempat ini. i love getting fresh middle eastern produce and this place seems to have it all! thanks for sharing about this!
ردحذفKak min mmg suka gi kedai arab yg camni haha sebab kak min suka makan makanan kering cam buah tin n apricot tu hehe..pastu suka makan buah zaitun so kedai camni mmg heaven sangat ye hahah
ردحذف