Karya Datuk Lat Kampung Boy Menyerikan Kotak Tisu Edisi Terhad Kleenex #SoftIsStrong


Karya Datuk Lat The Kampung Boy Menyerikan Kotak Tisu Edisi Terhad Kleenex #SoftIsStrong | Assalammualaikum semua! Rindu pula nak tonton Siri Animasi Kampung Boy kan? Terngiang-ngiang lagu pembuka kartun ni. Tu du du du du du du du... Hehehe. Karya seni Datuk Lat yang paling terkesan dalam kehidupan Ruby adalah The Kampung Boy. Dari komik, hingga ke siaran kartun televisyen pada tahun 1999. Ruby menanti setiap episod dengan penuh keterujaan. Hehehe. Walaupun ketika itu usia 12 tahun. Perlu fokus peperiksaan UPSR. Mesti nak tengok. Sebab watak dalam Siri Kampung Boy sangat dekat dengan zaman kanak-kanak Ruby. Keluarga Mat, yang tidak kenal erti putus asa. Encik Yop yang suka mencipta inovasi baru. Ibu Mat, Puan Yah yang sentiasa beri semangat kepada keluarga. Opah yang sentiasa ada walau tidak duduk serumah. Kemudian adik Mat, si Ana yang mengagumi abang dia. Seronok ikut abang dan kawan-kawannya Normah, Bo dan Tak membuat aktiviti di kawasan kampung. Cikgu Mrs Hew yang garang dan sentiasa ingin Mat berjaya. Siri Kampung Boy buat Ruby gembira dengan memori membesar di kampung. Dalam tidak sedar, ia menyatukan kita semua. Sebagai Rakyat Malaysia pasti kita pernah merasai membesar di kampung seperti Mat walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya. 

Karya Datuk Lat The Kampung Boy Menyerikan Kotak Tisu Edisi Terhad Kleenex #SoftIsStrong 


Kotak Tisu ada karya Datuk Lat? Ya betul! Bagi anda yang rindu dengan lukisan Datuk Lat. Jom dapatkan Kotak Tisu Edisi Terhad Kleenex.  Kleenex telah bekerjasama dengan Ikon Negara, Datuk Lat dengan melancarkan kempen #SoftIsStrong bagi mengingatkan rakyat Malaysia, sama ada yang jauh dan dekat, untuk menerima sisi lembut dalam diri mereka. Sentiasa berbuat baik antara satu sama lain. Sikap adalah kunci utama untuk kesihatan mental kita semua. Walaupun kita berlainan pendapat, kita sabar dan menerima perbezaan pendapat diantara satu sama lain. Nampak lembut, tetapi berani di dalam. Ibarat seperti sehelai tisu Kleenex. Dalam sehelai, ada 2 lapisan yang membuktikan ia adalah perisai untuk nampak yakin. Apabila di sentuh, ia lembut seperti kapas. Paling utama, tisu Kleenex sentiasa ada bersama, menemani kita setiap masa. 

Setelah sekian lama menjadi sebahagian daripada kediaman keluarga di serata dunia, Kleenex telah berganding tenaga dengan kartunis ikonik negara, Datuk Lat, untuk memperkenalkan kotak-kotak tisu Kleenex edisi khas yang menampilkan ilustrasi unik menggambarkan keharmonian dan kebaikan di Malaysia. Kerjasama mengujakan ini memberikan penghormatan terhadap semangat rakyat Malaysia yang diekspresikan daripada kaca mata Datuk Lat, dengan harapan untuk memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk bersatu. Elemen nostalgia turut digarap dalam hasil seni terlibat.


Keharmonian Rakyat Malaysia Yang Dirindui


Pelancaran kotak tisu edisi terhad ini adalah bersempena kempen #SoftIsStrong Kleenex yang menggalakkan segenap rakyat Malaysia untuk menerima sisi lembut dalam diri mereka dengan berbuat baik kepada keluarga, rakan-rakan serta jiran mereka. Ia diinspirasikan oleh kelembutan tisu muka Kleenex dan keteguhan semangat rakyat Malaysia seperti yang digambarkan oleh ilustrasi Datuk Lat. Sebagai sebuah negara yang mendepani ketidaktentuan dalam persekitaran semasa yang mencabar, kebanyakan isu yang dihadapi rakyat negara ini boleh diatasi dengan berbuat baik di antara satu sama lain. 

“Kami amat berbangga bahawa Kleenex sentiasa menjadi perintis dalam penawaran produk tisu berkualiti sejak sekian lama. Kami juga amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan kartunis ikonik yang disegani di negara ini, Datuk Lat, yang mana hasil seni beliau telah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Melalui usaha sama ini, Kleenex berharap untuk meraikan semangat rakyat Malaysia dan membolehkan mereka, baik yang jauh mahupun dekat, menyedari bahawa berbuat baik antara satu sama lain akan membuatkan kita lebih teguh sebagai sebuah masyarakat,” kata Ko Li June, Pengurus Jenama Kimberly-Clark.


“Saya amat teruja menjadi sebahagian daripada kempen ini. Mampu untuk menyerlahkan keharmornian Malaysia adalah suatu yang mudah bagi saya, khasnya apabila saya mengimbau semula sejarah indah 1Malaysia. Selama ini saya sentiasa menterjemah budaya dan semangat rakyat Malaysia melalui lukisan sebagai satu saluran untuk mengingatkan kepelbagaian, kekuatan dan semangat perpaduan yang ada kepada rakyat negara ini. Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kleenex untuk menampilkan intipati keharmonian melalui kebaikan dan berharap kerjasama ini mengingatkan rakyat Malaysia bahawa semangat perpaduan dan sifat baik bermula di rumah,” ujar Datuk Lat.

Berbuat Baik, Bersatu Padu #SofIsStrong 


Menerusi pelancaran kotak tisu Kleenex edisi khas dan kempen #SoftIsStrong, Kleenex menjemput rakyat Malaysia untuk berbuat baik antara satu sama lain dengan harapan membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu-padu. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan berita-berita terkini kempen #SoftIsStrong dan kotak tisu Kleenex edisi khas dengan kerjasama Datuk Lat. Produk istimewa ini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan platform e-dagang utama di seluruh negara mulai September 2020.

Mengenai Tisu Muka Kleenex 


Merupakan tisu muka pertama dunia dan paling laris di Malaysia, jenama Kleenex dikenali keluarga di lebih 150 negara. Dicipta pada tahun 1924, tisu Kleenex pada mulanya dipasarkan sebagai kaedah yang lebih bersih untuk menyingkirkan krim sejuk dan alat solek di wajah. Namun jualan pesat meningkat apabila usaha pengiklanan berubah dengan memberi penekanan terhadap penggunaan produk tersebut sebagai sapu tangan pakai buang. Sebagai peneraju inovatif, jenama tisu muka Kleenex telah memenuhi kehendak pengguna selama lebih 80 tahun dengan produk yang menyediakan keselesaan dan sentuhan menyakinkan untuk memastikan keadaan permukaan yang lebih baik. 

Mengenai Kimberly-Clark


Kimberly-Clark dan jenama-jenama dipercayai ramai adalah sebahagian penting kehidupan penduduk di lebih 175 negara. Dipacu oleh kepintaran, kreativiti dan pemahaman terhadap keperluan paling penting pengguna, kami menghasilkan produk yang membantu individu merasai pengalaman yang lebih mendalam terhadap perkara yang penting bagi diri mereka. Portfolio jenama kami termasuk Huggies, Kleenex®, Scott, Kotex, Cottonelle, Poise, Depend, Andrex, Pull-Ups, GoodNites, Intimus, Neve, Plenitud, Viva dan WypAll, memegang kedudukan No. 1 atau No. 2 di lebih 80 negara. Kami menggunakan amalan lestari yang menyokong pemeliharaan bumi, membina komuniti yang lebih kukuh dan memastikan perniagaan kami terus berkembang untuk masa depan. Bagi mendapatkan berita terkini dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sejarah inovasi syarikat yang berusia 147 tahun ini, layari laman web kimberly-Clark.com atau mengikuti kami di laman Facebook atau Twitter. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen #SoftIsStrong dan kerjasama dengan Datuk Lat, ikuti laman www.facebook.com/Kleenex.Malaysia

Catat Komen

23 Ulasan

  1. Tisu muka pertama di dunia? Kleenex? Wowzers! Baru tau. Btw terbaiklah dia ambil Datuk Lat untuk collab. Terbaik terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿผ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa akak dapat news ni, akak pun baru tahu ia adalah tisu pertama di dunia. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

      Padam
  2. Wah menarik yer fakta tentang tisu pertama di dunia. terbaik lah! cantik kotak tisu ada artwork dari kartunis negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kolabrasi hebat ni kan. Saya tengah fikir macam mana nak jaga kotak ni. Ibarat merchandise dr Datuk Lat kan kak.

      Padam
  3. Izzati

    Memang legend lukisan Datuk Lat kan. Mesti rasa sayang nak buang kotak tisuuuu. Confirm simpann punya la ๐Ÿ˜‚

    https://iamizzati.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Nak simpan. Tapi mesti ada teknik sesuai simpak kotak ni. Dijaga rapi macam kita jaga komik. Hehe

      Padam
  4. Kleenex ni merupakan jenama pilihan family Kitkat Nelfei. Lebih2 lagi time perayaan.. Sure benda pertama we cari ada Kleenex tisu untuk kegunaan tetamu... Menariknya koleksi kali ni dengan karya Datuk Lat #SoftIsStrong

    BalasPadam
  5. Kleenex ni merupakan jenama pilihan family Kitkat Nelfei. Lebih2 lagi time perayaan.. Sure benda pertama we cari ada Kleenex tisu untuk kegunaan tetamu... Menariknya koleksi kali ni dengan karya Datuk Lat #SoftIsStrong

    BalasPadam
  6. Baru tahu tentang tisu pertama. Good sharing... Anyway Kleenex memang pilihan terbaik dan dengan adanya koleksi Lat memneri lebih nostalgia dan pendedahan pada generasi kini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah. Inovasi tisu ni kita selalu tak tau. Saya pun baru tau. Hahaha

      Padam
  7. Alah teringat Kampung Boy bila ada Karya Lat ni. Nampak dah sekarang ni orang makin hargai karya dia. Sebelum ni collaborated dengan Duck Scarf now Kleenex.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Suka bila brnad besar collaborate dengan ikon negara kita. Hehe

      Padam
  8. Wahhh cantiknye kotak kleenex versi kampung boy ni. Bolehla mereka yang suka buat koleksi dapatkan special edition ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kotak tisu juga beli kelainan kepada deko dalam rumah. Hehe

      Padam
  9. Eh cantik pula kotak kleenex ni saya tengok.. dia nampak macam lukisan dan bila ruby susun gambar macam ni kan.. nampak macam lukisan 2D yang timbul.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayangkan kat rumah ada kotak ni. Dia jadi deko yang mahal. Hehe

      Padam
  10. Eh baru tau laaa, lagipun belum belanja barang dapur...okay nanti mesti nak beli dan simpan, taknak guna..sebab kita peminat bahan bacaan dia tau..ada lagi simpan koleksi dia semua...

    BalasPadam
  11. Famousnya Datuk Lat ni, rasanya dah wujud Autobiografi Lat: My Life And Cartoons few years back launching. Sohorlah kan Kampung Boy ni, bagi yang lahir era 70/80an. Suka tengok hasil art beliau. Kartunis Malaysia pun hebat nak sama level international. Proud.

    BalasPadam
  12. Wow..best sgt karya2 lat ni..kampung boy cerita dia mengingatkan memori2 lama menjadi bdk kg..

    BalasPadam
  13. Siapa yang tak pernah tengok dan baca karya Dato Lat ini. Bagus la karya karya anak tempatan dihargai dengan dijadikan hiasan produk.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.