Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management

Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management

Ruby
30

Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management | Assalammualaikum semua! Industri hiburan dan media sosial bakal menjadi fenomena baharu dengan kehadiran syarikat pengurusan selebriti yang serius ingin menjaga kebajikan dan keselematan selebriti di bawah jagaan mereka. Ia sesuatu yang bagus. Ruby berkesempatan berada di sidang media Absolut Management yang memperkenalkan secara rasmi barisan selebriti serta majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja. 

Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management

Barisan selebiriti Absolut Management terdiri daripada Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow. Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut Management mengambil initiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan yang bakal kami praktikkan selama tempoh mereka bersama kami sebagai selebriti sepenuh masa. 

1. Nadiyah Shahab


Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab atau lebih dikenali sebagai Nadiyah Shahab dilahirkan pada 29 Mei 1991. Kini beliau berusia 29 tahun. Merupakan seorang model, pengacara dan pelakon wanita yang berasal dari Jurong, Singapura. Mendapat pendidikan tertinggi dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) dari University of London. 

Nadiyah Shahab melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan di Malaysia dan dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan bersama Dato' Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Drama bersiri ini menaikkan lagi nama Nadiyah Shahab dan dalam masa yang sama ia terus menjadi fenomena. Kecantikan Nadiyah Shahab seakan-akan Barbie menjadi bualan para netizen. Berikut diantara karya seni yang telah menampilkan Nadiyah Shahab.

1. Lost At Sea (2016)
2. Encik Suami Mat Salih Celup (2017)
3. Mr Hijab (2017)
4. Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017)
5. Kelip-Kelip Di Kota London (2017)
6. Shah & Zam (2018)
7. Lafazkan Kalimah Cintamu (2018)
8. Misteri Maria (2018)
9. Doa Ku Mohon (2018)
10. Kek Untuk Kapten (2018)
11. Mama Tak Akan Sama (2018)
12. Asalkan Dia Bahagia (2019)
13. Saya Jual Ye Bang (2019)
14. Korban Kasih (2020)

Selain aktif dalam bidang seni. Nadiyah Shahab juga adalah usahawanita yang menjadi inspirasi kepada masyarakat. Beliau dan suaminya iaitu Ben Ali telah mengasaskan jenama Absolut Brands yang menampilkan Absolut Chocolat dan kini telah menubuhkan Absolut Management bagi membantu rakan selebriti yang menginginkan servis pengurusan selebriti. 

Ikuti Nadiyah Shahab di Instagram @nadiyah.shahab

2. Ikmal Amry

Mohd Zulikmal Amry bin Ghazali atau dikenali sebagai Ikmal Amry, dilahirkan pada 2 Julai 1994 adalah seorang pelakon dan model Malaysia. Ikmal merupakan peserta Hero Remaja 2017. Nama beliau mula melonjak selepas lakonannya sebagai Ray dalam Gantung The Series, sebuah drama horor bersiri 16 episod yang ditayangkan di Astro First dan Tribe Indonesia. Ikmal Amry mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2015, bermula dengan Telefilem dan Drama. Diantara karya seni beliau adalah:

1. Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana (2015)
2. Syurgaku Tak Sempurna (2017)
3. Mencintaimu Mr. Photographer (2017)
4. Mama Tak Akan Sama (2018)
5. Selekoh Terakhir (2018)
6. Gantung The Series (2018)
7. Inai Yang Hilang (2018)
8. Sejuta Rasa Buat Adelia (2018)
9. Aku Cinta Dia (2018)
10. Cassandra (2019)
11. Voice Note (2019)
12. Puteri Yang Ditukar (2019)
13. Bapak (2020)
14. Memoir Karmila (2020)
15. Bila Cupid Jatuh Cinta (2020)

Ikuti Ikmal Amry di Instagram @ikmalamry

3. Oktovia Manrose


Ikuti Oktovia di Instagram @oktoviamanrose

4. Harris Annuar

Harris dilahirkan pada 14 Mei 1993. Beliau adalah 2nd Runner Up Hero Remaja 2017 yang kini menjadi pelakon dan influencer. Anak kepada Jutawan Kosmetik Lagenda iaitu Kak Ton, adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan mempunyai persona karismatik yang menarik perhatian pengikutnya. Ikuti Harris Anuar di Instagram @harrisannuar

5. Scha Elinnea


Ikuti Scha di Instagram @schaelinnea

6. Nabil Aqil

Nabil adalah Finalis Hero Remaja yang berusia 22 tahun. Kini menjadi pelakon dan baru sahaja membuat tayangan perdana dalam filem pertamanya baru-baru ini. Ikuti Nabil di Instagram @kidkylo

7. Najla Shamsul

Najla berusia 22 tahun yang penuh dengan potensi. Fizikal mungil dan sikap manisnya menjadikan beliau model dan pelakon komersial yang sempurna. Ikuti Najla di Instagram @najlxsam

8. Aisar Khaleed

Aisar adalah model berusia 20 tahun dan mempunyai langganan 100k di saluran YouTube miliknya di mana dia menghasilkan dan menjadi tuan rumah rancangannya sendiri. Ikuti Aisar di Instagram @aisar_khaledd & youtube.com/c/AisarKhaledd

9. Nurin Afiqah

Nurin adalah influencer dan model yang kini terlibat dalam pengacaraan pertamanya untuk stesen televisyen. Berusia 24 tahun dan komited dan aktif melakukan kelas Zumba, menguruskan perniagaan tudung, dan perniagaan F&B sendiri. Ini menunjukkan komitmen yang sangat besar dalam semua hal yang dia fikirkan. Ikuti Nurin di Instagram @nurinafiqaaah.

10. Yasmine Ow

Yasmine adalah model berusia 19 tahun yang telah menjadi tumpuan banyak kempen fesyen dan kosmetik.  Berseri-seri dengan penampilannya seperti anak patung, dia sesuai dengan tema mana-mana pun dan diterima dengan baik oleh peminatnya di media sosial. Ikuti Yasmine di Instagram @yxsmine.ow

10 Keistimewaan Sebagai Selebriti Absolut Management

👉 Memberikan perlindungan insuran dengan kerjasama Agensi lmtiyaz Consultancy.
👉 Menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah dan sebagainya. 
👉 Menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja atau menghadiri acara. 
👉 Menyediakan "comp cards", "talent profile" , "business card" dan "rate card". 
👉 Menguruskan jadual dan kalendar serta meletakkan "Key Performance Index (KPI)' untuk setiap selebriti. 
👉 Menyediakan "Public Relations" (PR) mewakili selebriti untuk menghadiri acara.
👉 Membantu mendapatkan Pembantu Peribadi , Jurumekap dan juga "stylist" sekiranya diperlukan. 
👉 Menghantar ke Kelas Lakonan , Pengacaraan , Vokal atau Gym mengikut kriteria dan minat selebriti. 
👉 Mengadakan Program "Internship" Lakonan dengan kerjasama beberapa buah produksi tempatan. 
👉 Mendapatkan serta sentiasa mencari peluang penajaan , "endorsement" , promosi iklan di media sosial dan juga lakonan. 

Mengenai Absolut Management

Ditubuhkan pada 2020 dan objektif penubuhan Absolut Management adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan selebriti yang lebih fokus kearah pembangunan serta pembentukan karier dari peringkat awal yang lebih menyeluruh. Adalah menjadi tanggungjawab kami selaku pihak pengurusan untuk cuba melonjakkan lagi nama selebriti-selebriti kami ini di dalam industri hiburan tanah air selama tempoh mereka berada dibawah naungan kami.  Selain dari pengurusan selebriti, jenama Absolut juga mempunyai perniagaan lain iaitu 
Absolut Chocolat di bawah syarikat Absolut Brands Sdn Bhd, Absolut Food Fest, & Absolut Grace Charity 

Pengasas bersama, Ben Ali & Nadiyah Shahab memulakan jenama Absolut Chocolat daripada minat yang biasa untuk membuat roti. Dalam 2 bulan pertama beroperasi, jenama tempatan mula mengeksport produk pertamanya ke Singapura dan Brunei. Dalam masa 5 bulan, mereka mengembangkan operasi tempatan sehingga mempunyai lebih daripada 15 ejen penjualan yang berkhidmat di Malaysia Timur dan Barat. Duo ini juga telah mengembangkan kehadiran jenama Absolut Chocolat ke lebih 50 kedai Petronas pada tahun pertama operasi, menyebarkan minat mereka untuk membuat roti di seluruh negara. Semua kek dibakar segar setiap hari di Kuala Lumpur.

Catat Ulasan

30Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. cantik2 dan helok2 semuanya...kiranya Absolut Management ni pengasas dia Nadiyah tu lah kan...baru lah tahu...thanks share info ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yezzaaaaa. Niat dia nak bantu selebriti uruskan jadual dan buat kerja lebih berkualiti disamping berkongsi job.

      Padam
  2. tengok nama tak tahu. rupanya mostly i kenal sebab diorang berlakon..haha ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn. Ruby pun tak pasti nama pentas mereka. Bila tengok wajah, semua pernah nampak di televisyen dan media sosial.

      Padam
  3. Najla Shamsul pelakon juga? i tot she bisness partner ikmal amry since diorg kan engage.. ooo pelakon rupanyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Absolut Entertainment akan beri mereka kelas untuk asah bakat lagi. Najla suka berlakon katanya. Nantikan kemunculan dia. Hehe

      Padam
  4. Wow... ramai artis-artis baru dan muda. Hanya kenal beberapa orang saja walaupun mereka ni saya tau memang famous. Tapi apa-apapun all the best to Absolut Management

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe muda muda. Mereka akan jadi pelapis industri hiburan Malaysia. Hehe

      Padam
  5. bgsnya bila ada pengurusan mcm ni..plg best ada gaji bulanan..tu yg menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ada pay slip. Mudah mereka nak beli rumah or aset lain. LHDN pun mereka akan isytihar.

      Padam
  6. Bagus dengan adanya penubuhan Absolut Management untuk pengurusan artis ni lagi lagi untuk artis baru. Ramai juga artis baru ya..iena jarang tengok TV :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai baru-baru dan muda belia. Akak selalu tengok kat medsos aje. Sebab mereka rajin post aktiviti dan promosi terkini. Kalau ada kempen influencers tu. Memang nampak la dia org punya kesungguhan buat video.

      Padam
  7. Memang perlu artis ada syarikat pengurusan seperti ni. Proper dari semua perkara. Kebajikan mereka pun akan terjaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, lepas tu Absolut Management ambil minimun percent compare dr agensi luar dan tak ikat kontrak lama-lama. Setahun camtu, incase dalam masa 6 bulan tak selesa. Bleh maklum dan tamatkan kontrak. Ada beberapa syarat la kan. Hehe.

      Padam
  8. Baca je Absolut Management terus terbayangkan si Nadiyah tu. Haaa bila baca, betul lah tuu. Btw, thanks info

    BalasPadam
  9. wah.. artis semuanya tampan bergaya dan cantik .. ada yang saya tak kenal.. amat jarang tonton tv..

    BalasPadam
  10. tak kenal semuanya, namun selamat berjaya ya semua

    BalasPadam
  11. #bangkitbotak . Follow harris sebelum masuk Hero Remaja lagi . Absolute Chocolate ingatkan sekadar chocolate rupanya more than that . Terbaik lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harris tu lucu kan kak. Saya selalu tengok dia di instagram. Kacau mak dia. Haha.

      Padam
  12. Yaya paling suka Nurin tu dah kenal dia lama sebab pernah join Zumba dia. Walaupun ada kontroversi pasal produk makanan dia haritu tapi dia tangani isu dengan baik. Semoga maju jaya semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh ha'ah ada nampak dia post sesi Zumba tu. Nanti akak nak join lah. Aktif orangnya. Hehe

      Padam
  13. Semua ni seleb baru ke Kak Ruby? Semua lawa dan hensem... hot gitteww... haha... bagus lah kalau ada syarikat yang macam ni, terjamin kebajikan mereka. Semoga mereka terus menghasilkan karya yang berkualiti dan terbaik...

    Blog Sofinahlamudindotcom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang baru, ada yang dah lama dalam industri tapi masih relevan untuk berlakon drama semua tu. Hehehe

      Padam
  14. Skrg ni ramai muka2 baru, klu xtgk muka dorang mgkn xknl

    BalasPadam
  15. Dalam ramai2 tu Iza kenal 3 orang je. Oktavia, hariss dgn nurin. Yang lain masih tak kenal. Maybe iza xtgk sgt drama kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh ini kerana BBNU juga. Akak tahu Nadiyah Shahab sorang je. Lepas pengumuman ni baru tahu yang lain-lain. Hehe

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !