Xiaomi Mi Band 5 Wrist Strap RM 1.30 Dan Ada Pelbagai Warna!
Mi Band 5 ni Ruby dah ada strap warna hitam dan pink. Ini adalah strap asli dari kotak. Memandangkan sekarang ni suka aksesori sama warna dengan bag, kasut dan pakaian. Ruby window shopping dalam Shopee pada 17 Julai 2020. Jumpa kedai ma5734.my. Jual banyak aksesori Mi Band dan telefon pintar Xiaomi. Ruby tidak melepaskan peluang! Terus pilih warna dan checkout. Bayar terus. Tadaaaaa..
Dah alang-alang beli wrist strap, screen protector pun Ruby beli sekali. Hahaha. Okay la tu. 5 keping screen protector RM 2.39 sahaja! Boleh la praktis pasang, kalau tak jadi atau tak kemas. Buka screen protector yang baharu pula. Hehe.
Lihatlah hasil Ruby membeli-belah di Shopee. 11 warna strap Mi Band 5 dan screen protector selamat tiba pada 25 Julai 2020. Bungkusan siap ada bubble wrap. Bila dah dapat ni, jom lah kita pakai. Hehehe. Percubaan nak pakai screen protector tu sampai tiga kali ya. Sebabnya, satu dah terkena cap jari, kedua, terkena kuku. Sensitif betul plastik tu. Haha. Kali ke tiga, baru lah jadi! Kemas aje plastik tu terletak dekat bahagian hadapan jam kesihatan itu.
Dah siap! Bukan senang ya pakai screen protector. Percubaan kali ke tiga baru jadi. Hahaha. So, mood nak pakai wrist strap warna kuning pula. Cantikkan? Hehe.. Harap informasi ringkas ini bermanfaat! Kalau korang mencari jam kesihatan yang sangat affordable. Cari Mi Band tau. Selamat membeli-belah!