Kwai Chai Hong Lokasi Instagramable Di Kuala Lumpur. Apabila fikirkan lokasi untuk ambil gambar. Pasti Ruby buntu nak mencari lokasi. Inginkan lokasi seperti di Penang, Muar, Melaka dan Ipoh. Tapi, terlalu jauh. Ruby ke Kwai Chai Hong dan muat naik beberapa gambar di media sosial. Banyak respon positif dan soalan Ruby terima. Diantara soalan adalah "Dimana sebenarnya lokasi Kwai Chai Hong?", "Serius mural ada di Kuala Lumpur?", "Waktu operasi dan harga masuk?" dan "Café di Kwai Chai Hong tu Halal ke Ruby?". Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini, ramai ingin keluar melawat tempat menarik. Cuma, mereka nak ke tempat yang berdekatan. 

Kwai Chai Hong Lokasi Instagramable Di Kuala Lumpur


Terletak di Lorong Panggung. Lokasi yang dahulu adalah laluan belakang kedai yang tidak terurus. Kini, ia menjadi lokasi wajib dikunjungi. Lorong Panggung dikenali sebagai Kwai Chai Hong dalam dialek Kantonis iaitu "Ghost Lane" atau "Little Demon Alley". Takut tak?? Menariknya di sini adalah terdapat enam mural yang menggambarkan aktiviti harian peneroka awal kaum Cina pada sekitar tahun 1960-an. Lokasi ini sangat Instagramable, rekaan bangunan zaman dahulu dikekalkan, tingkap kayu, pokok-pokok dan warna asal cat juga mengikut pada zaman dahulu.

Ruby masih ingat lagi, ketika menonton filem P. Ramlee yang mula menggunakan warna. Ketika itu, pakaian dan rumah-rumah kelihatan warna-warni yang ceria. Apabila melihat Kwai Chai Hong, Ruby faham kenapa warna kuning dan biru tampak menyerlah. Ia adalah warna kegemaran suatu masa dahulu. Orang lama lebih ceria berbanding kita yang suka konsep minimalist dan kurang perabot. 

6 Mural & QR Code


Setiap mural mempunya QR code untuk korang boleh dengar dialog istimewa. Manja-manja gitu. 

10 Café & RestoBar Unik


10 unit Café & RestoBar terdapat di sini. Setiap shoplots ini juga mempunyai dekorasi dalam kedai yang sangat menarik! Buat masa ini, hanya 7 shoplots beroperasi. Bubblebee Café, Soybean Factory, DA BAO, Asia Street Food Club, Restoran Bunn Choon, Pandan Republic & CONCUBINE.

Soybean Factory


Soybean Factory adalah cafe yang buat Ruby terpesona. Rasa tenang dan cantik sangat permandangan begini. Ruby suka konsep minimalist dan pencahayaan begini. Lapang minda. Café ini menyajikan hidangan berasaskan soya. Cuma status café ni adalah Tidak Halal. Mari kita berdoa agar café ini berjaya mendapat Sijil Halal JAKIM. Amin!

DA BAO



DABAO memiliki dekorasi tanglung dan mural yang sangat istimewa. Cantik sangat. Makanan di sini Tidak Halal. Bagi bangsa lain, tiada masalah untuk mencuba Restoran ini. Suasana di Restoran ini sangat cantik. 

Bubble Bee Café



Ini adalah Café yang paling Ruby suka. Sebab waffle dia lain dari yang lain. Bentuk sarang lebah. Kemudian ada ice cream dan buah-buahan segar. Harga dalam lingkungan RM 15. Cuma, untuk pengetahuan korang, Café ini Tidak Halal. Hanya Pork Free. 

Asia Street Food Club


Restoran ini mempunyai dekorasi hebat. Banyak koleksi zaman dahulu masih di simpan. Oh ya Restoran ini Tidak Halal.

Pandan Republic


Menyediakan makanan authentic Chinese. Café ini adalah Tidak Halal. 

Restoran Bunn Choon


Menyediakan pastries authentic Chinese dari bahan-bahan asli resepi. Café ini Tidak Halal.

CONCUBINE


Restoran ini adalah bar yang beroperasi pada waktu malam. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Waktu siang juga dipenuhi oleh pengunjung untuk sarapan dan makan tengahari. Oh ya, Restoran ini Tidak Halal. Memiliki dekorasi menarik dengan mengekalkan nilai budaya zaman dahulu. 

Status Halal Café Di Kwai Chai Hong


Apabila soalan ini ditanya, Ruby bersyukur apabila berkunjung ke Kwai Chai Hong bersama rakan-rakan berbilang bangsa. Ada Kelly, Ivy dan Emily. Apabila masuk ke kedai untuk bergambar, mereka akan bagi tau. Kedai ini ada alkohol dan non halal. Kedai ini pula Pork Free. 

Jadi, Ruby ambil inisiatif untuk bertanya kepada Zeen berkenaan Sijil Halal premis di Kwai Chai Hong. Menurut beliau, hanya dua premis boleh mendapatkan Sijil Halal iaitu Soybean Factory dan Bubblebee Café. Ini kerana pembekal bahan-bahan Café mereka mempunyai sijil Halal JAKIM.

CONCUBINE, Restoran Bunn Choon, Pandan Republic, Asia Steet Food Club, DA BAO memang tidak Halal. 

Waktu Operasi Kwai Chai Hong


Anda boleh ke sini dengan hanya menaiki MRT/LRT dan turun di stesen Pasar Seni (Pintu A) atau Monorail di stesen Maharajalela. Kwai Chai Hong di buka kepada pengunjung SETIAP HARI dari jam 9 PAGI hingga 10 MALAM.

Masuk adalah PERCUMA. Untuk bergambar di dalam Shoplots, pastikan anda minta izin tuan atau pekerja kedai ya. Belilah makanan dan minuman sebagai adab ingin bergambar di dalam kedai mereka. Di harap, perkongsian ini amat membantu. 

鬼仔巷 Kwai Chai Hong
Lorong Panggung, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, Malaysia


Lawatan ke Kwai Chai Hong adalah salah satu lokasi program anjuran Tourism Malaysia bersempena MEDIA TRIP POST MCO FOR Media KOL & Blogger pada 3-4 July 2020. Setiap lokasi yang kami lawati mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM. Malaysia selamat untuk Travel! InsyaAllah.