Impiana KLCC Hotel Dengan Permandangan Menakjubkan


Apabila berada di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Pastinya keinginan ingin menginap di hotel bertaraf 4 - 5 bintang menjadi impian. Permandangan kota yang berbeza pada waktu malam dipenuhi dengan lampu neon dari lampu jalan raya hingga ke bangunan bertingkat. Membuatkan malam kita lebih relax dan menenangkan. Ruby suka apabila menyelak tirai jendela bilik hotel dan nampak jelas Menara Berkembar Petronas. Menakjubkan apabila dapat melihat bangunan ini dengan sangat dekat. Hebatnya. 

Impiana KLCC Hotel Dengan Permandangan Menakjubkan

Sepanjang Ruby menetap di Kuala Lumpur. Salah satu hotel yang masuk dalam wishlist Ruby adalah Impiana KLCC Hotel. Ada beberapa kriteria Ruby lihat tentang hotel ini. Ia adalah hotel yang mempunyai akses mudah jejantas KLCC - Bukit Bintang Walkaway. Kita boleh berjalan ke sana ke sini dengan senang hati. 

Impiana KLCC Hotel mempunyai 25 tingkat dan 519 bilik. Sejak Pandemik COVID-19, hotel ini sentiasa mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi menjaga keselamatan dan kebersihan hotel untuk tetamu selesa menginap di sini. 6 jenis bilik selesa untuk memenuhi keinginan anda. Bilik Superior, Superior Plus, Deluxe, Deluxe Plus dan Executive Suite. Manakala di bahagian Club Tower ada Club Benefit Area, Club Deluxe Room, Club Premier dan bilik jenis Deluxe Suite.

Laluan masuk hotel sentiasa ada staff bertugas. Pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, sanitasi tangan dan imbas kod QR adalah wajib. Ia bagi memastikan semua tetamu dan staf di dalam keadaan selamat. COVID-19 tiada penawar lagi, jadi kita harus jaga diri, jaga orang sekeliling kita dan jaga masyarakat. 

Selesa Di Bilik Jenis Deluxe King

Salah satu impian Ruby untuk menginap di Impiana KLCC Hotel telah terlaksana. Tidur malam yang selesa dengan katil bersaiz King. Kemudian, apabila nak solat dan berehat pun seronok sebab bilik luas. 

Penginapan di sini lengkap dengan WiFi percuma, 24 jam In-Room Dining, Wake Up Call Service, Pillow Menu, Mini Bar, Peti Sejuk, Laundry & Dry Cleaning Services dan International Direct Dialing Facility. 

Tonka Bean Cafรฉ

Ruby berkesempatan makan tengahari dan sarapan pagi di Tonka Bean Cafรฉ dan amat menyukai kesemua hidangan yang disediakan. Menu semasa makan tengahari adalah seperti beeikut:

Salad: Caesar Salad with Poached Egg

Soup of the day: Creamy Chicken Veloute with Vegetables Bread Rolls & Butter

Main: Braised Roasted Chicken with BBQ Sauce, Mushroom Sauce, Buttered Vegetables & Lyonnaise Potato

Trio Dessert: Fresh Fruit Platter

Tonka Bean boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu-satu masa. Cafรฉ ini menyediakan hidangan makanan masakan antarabangsa dan masakan Malaysia yang lazat. Selain dari makanan sedap, anda boleh enjoy permandangan Menara Berkembar Petronas yang indah dari tingkap kaca. Restoran ini dibuka 24 jam. Hidangan sarapan pagi dibuka seawal jam 6.30 pagi. 

Fasiliti Impiana KLCC Hotel

Setiap kali penginapan di hotel, pasti Ruby mencari ruang gimnasium dan kolam renang. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), SOP yang dilaksanakan oleh pihak hotel adalah mengehadkan jumplah tetamu seramai 10 orang sahaja dalam satu masa dengan penjarakkan sosial 1 - 2 meter. 

Selain dari kolam renang dan gimnasium, hotel ini memiliki SwasanaSpa yang memenangi pelbagai anugerah. Diantaranya adalah HAPA Awards 2016-2018 bagi kategori Spa Of The Year dan World Luxury Spa Awards Winner 2016. Ruang spa di buka dari 10am - 10pm.

Mempunyai 160 ruang tempat letak kenderaan, anda boleh senang hati menyimpan kereta anda di sini sepanjang menginap di sini. Oh ya, parking adalah complimentary untuk tetamu yang bermalam di Impiana KLCC Hotel. Best kan?

Promosi "Welcome Back Deals"

Industri pelancongan dan perhotelan sangat terjejas semasa kita semua sedang menentang penularan wabak Pandemik COVID-19. Apabila PKPP diumumkan, pihak hotel amat berbesar hati untuk menerima tetamu. Syaratnya, kita sama-sama mengikut SOP. Berikut adalah promosi yang sedang berlangsung di Impiana KLCC Hotel. RM 188 untuk penginapan satu malam termasuk sarapan pagi amat berbaloi-baloi. 

Penginapan RM 188 juga menawarkan akses ke Club Lounge kepada para tetamu dengan faedah:

๐ŸŽ‰ Sarapan setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 pagi untuk Hari Biasa. Manakala, 7.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk Hujung Minggu & Cuti Umum
๐ŸŽ‰ Minum petang setiap hari dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
๐ŸŽ‰ Koktel Petang Harian dengan makanan kecil dari jam 5.30 petang hingga 7.30 malam.
๐ŸŽ‰ Kopi, teh dan minuman tanpa alkohol percuma dihidangkan sepanjang hari.
๐ŸŽ‰ Penggunaan perkhidmatan internet tanpa had secara percuma.
๐ŸŽ‰ Penggunaan ruang perbincangan Club Lounge secara percuma hingga dua kali sehari melalui tempahan berdasarkan ketersediaan. Akan ada caj untuk jam berikutnya.

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +603-21461111 / +603-21471111 atau e-mel di info.iklcc@impiana.com atau reservation.iklcc@impiana.com

Mengenai Impiana KLCC Hotel

Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur dikendalikan oleh Impiana Hotels, Resorts dan Spa. Hotel ini mempunyai sejumlah 519 bilik dan merupakan satu-satunya hotel di Kuala Lumpur yang dihubungkan melalui KLCC-Bukit Bintang Pedestrian Walkway (sky bridge) ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan kompleks membeli-belah utama di bandar ini. Kemudahan hotel termasuk Cedar on 15;  restoran dan ruang istirahat di tingkat atas di tingkat 15, Tonka Bean Cafรฉ & Deli;  restoran makanan kasual sepanjang hari, perjamuan dan kemudahan mesyuarat, gimnasium yang lengkap dan Swasana Spa yang memenangi anugerah.


Penginapan di Impiana KLCC Hotel adalah salah satu lokasi program anjuran Tourism Malaysia bersempena MEDIA TRIP POST MCO FOR Media KOL & Blogger pada 3-4 July 2020. Setiap lokasi yang kami lawati mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM. Malaysia selamat untuk Travel! InsyaAllah.

Catat Komen

8 Ulasan

  1. Wah, cantiknya hotel ni. Siap bagi 50% off on the second day. A must try!

    BalasPadam
  2. Lama dah tak bawak anak² bercuti . Boleh la nak try Impiana sebab harga berbaloi. Sesekali kita tukar makan angin dalam KL pun best !!

    BalasPadam
  3. Wahhh one day nak merasa juga lah duduk hotel 4/5 bintang macam ni. Mana tahu kan dengan berblog saja boleh merasa macam ni one day . Hiks~

    BalasPadam
  4. Uuuu cantik! Selalu lalu that area jugak. Very convenient sbb dekat dengan sana sini no need to sewa kereta ke apa.

    Good deal jugak RM 188 sbb mana nak dapat deal mcm ni dengan ada class gittew!

    BalasPadam
  5. Wow..cantik betul hotel ni. Harga pun sgt berbaloi jika dibandingkan dgn apa kemudhan yg ditawarkan...

    BalasPadam
  6. Wow......Impiana KLCC looks awesome for a city staycation. Paling best ianya dekat dgn KLCC.

    BalasPadam
  7. Cantek hotel ni suka tengok. Kalau dapat menginap di sini mmg puas hati.. berdekatan dgn hot spot kl

    BalasPadam
  8. Nice ye Ruby boleh staycation kat Impiana KLCC Hotel. Love the view from the pool so cantik. Best time to stay there with promotion

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.