Cawangan Kedua Santan Café Di Sunway Pyramid


Selepas kejayaan pembukaan Santan Café cawangan pertama di Mid Valley Megamall pada tahun lepas iaitu 2019. Kini,  cawangan kedua Santan Café di Sunway Pyramid. Ruby berkesempatan ke sini bersama rakan-rakan AirAsia Travel Buddies. Walaupun kita semua masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Pihak Santan Café dan Sunway Pyramid amat tegas dalam melaksanakan SOP Pandemik COVID-19. Pakai pelitup muka, imbas kod QR, imbas suhu dari tv besar dan sentiasa sanitasi tangan. 

Cawangan Kedua Santan Café Di Sunway Pyramid

Cawangan ini memiliki lokasi yang strategik kerana lokasinya berada di pintu masuk laluan Sunway Lagoon. Ketika melalui pintu masuk/keluar Sunway Lagoon, anda akan nampak dekorasi daun hijau dan dekorasi dalamannya luas dan selesa. Menu hidangan di Santai Café adalah sama seperti menu di dalam penerbangan yang selalu kita membuat pesanan awal. Keunikannya adalah, kita boleh nikmati makanan tersebut di restoran pada bila-bila masa. Buat anda yang merindui menaiki penerbangan AirAsia, rindu mengembara ke luar negara. Jom lah ubati rindu anda dengan makan di sini. Hehehe. 


Apabila Santan Café dibuka pada tahun lepas di cawangan pertamanya di Mid Valley, Ruby mengambil inisiatif untuk rasa semua menu. Kebiasaannya kalau naik penerbangan AirAsia, pasti memesan makanan yang sama. Hahaha. Sekarang, dah pandai pilih makanan. Nanti lepas COVID-19, nak mengembara dengan anak-anak. Ruby tahu nak memesan makanan apa yang sesuai untuk sesisi keluarga semasa di dalam penerbangan AirAsia. Lagi pula anak dah besar, semua dah ada pilihan menu kegemaran. Ruby tak sabar nak bawa anak-anak Ruby ke Santan Café Sunway Pyramid. Pada 2 hingga 4 Ogos 2020 ni kami akan tebus pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway. Santan Café adalah lokasi eatery pilihan kami sekeluarga. Ibu dah masuk dalam jadual. Haha

Cara Membuat Pesanan Di Santan Café

AirAsia sentiasa memudahkan para pelanggannya. Malah dengan SOP pandemik COVID-19 ini, mereka lebih bersedia. Ini kerana cara Santan Café yang mudah. Anda boleh memesan melalui mesin sedia ada atau imbas kod QR di meja makan. Cara bayaran melalui kad debit atau e-wallet. Setelah itu, nombor anda akan dipanggil apabila makanan sudah tersedia. Mudah kan? Contactless sangat!

Diantara menu yang tersedia di Santan Café menampilkan hidangan dalam bentuk set bundle, set combo, set nasi ala carte, snack, dessert, minuman dan ASEAN Picks. Menu baru juga diperkenalkan iaitu Nasi Lemak Goreng with Ayam Goreng  Berempah, Chicken Bites with Rempah Keju sauce dan Chicken Bites With Rice. 

Set Bundle

Set Kombo

🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang RM 16.00
🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Goreng RM 16.00
🎉 Uncle Chin's Chicken Rice RM 16.00
🎉 Nasi Padang Beef Rendang RM 16.00
🎉 Nasi Padang with Ayam Kicap Berempah RM 16.00
🎉 Thai Basil Chicken With Rice RM 16.00
🎉 Grilled Chicken Inasal Garlic Rice RM 16.00
🎉 Nasi Lemak Goreng with Ayam Goreng Berempah RM 16.00
🎉 Crispy Chicken Bites With Rice RM 16.00
🎉 Gado-Gado (Vegetarian) RM 16.00

🎉 Kombo Crispy Chicken Bites RM 13
🎉 Kombo Golden Fried Chicken RM 14

Menu Nasi 

🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang RM 12.00
🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Goreng RM 12.00
🎉 Uncle Chin's Chicken Rice RM 12.00
🎉 Nasi Padang Beef Rendang RM 12.00
🎉 Nasi Padang with Ayam Kicap Berempah RM 12.00
🎉 Thai Basil Chicken With Rice RM 12.00
🎉 Grilled Chicken Inasal Garlic Rice RM 12.00
🎉 Nasi Lemak Goreng with Ayam Goreng  Berempah RM 13
🎉 Crispy Chicken Bites With Rice RM 12.00
🎉 Gado-Gado (Vegetarian) RM 12.00

Snek 

Sweet Potato Cracker

🎉 Crispy Chicken Bites  RM 9
🎉 Golden Fried Chicken RM 10
🎉 Sweet Potato Cracker RM 2

Dessert RM 9.90

🎉 Burnt Cheesecake
🎉 Onde-Onde Cake

Minuman RM 5.00

Calamansi Iced Tea
Roselle Iced Tea
Soya Bandung
Sugar Cane
Asian Blend Specialty Brew 

Asean Picks

Pak Nasser's Nasi Lemak Rendang & Sambal Paste RM 15
Cup Noodle Starter Kit RM 15
Tom Yum Goong Cup Noodles RM 5
Braised Beef Cup Noodles RM 5
Mushroom & Seaweed Cup Noodles RM 5
Hokkien Prawn Cup Noodles RM 5
Nutty Caramel Crisps RM 4
Salted Peanuts RM 4
Roasted Cashew Nuts RM 6
Mix Fruits & Nuts RM 5
Milk Chocolate Almonds RM 5
BBQ Flavoured Potato Crisps RM 4
Dried Pineapple RM 6
Terengganu Fish Crackers RM 4.50

Banyak lagi hidangan tersedia di Santan Café, apa yang Ruby senaraikan itu hanya sebahagian sahaja. Hehehe. Jom ke Santan Café sekarang! 

Promosi RM 20 Untuk 2 Kombo

Santan Café menawarkan promosi 2 hidangan kombo yang terdiri daripada satu set makanan dan minuman. Harga biasa untuk set kombo adalah RM 16. Sempena pembukaan di Sunway Pyramid, anda hanya perlu membayar RM20 untuk 2 set kombo. Menarik kan?

Promosi ini tersedia pada waktu terhad iaitu bermula dari 22 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020 dan anda boleh menikmatinya sama ada secara makan di Santan Café Sunway Pyramid, bawa pulang atau penghantaran ke rumah dengan menggunakan kod promosi SUNWAY.

Website | Facebook | Instagram

Catat Komen

10 Ulasan

  1. Uih. Time lunch tengok plak Nasi Lemak Pak Nasser tu - terus rasa lapar yakmat. Next time ajak Rawlins gak - peminat nasi lemak PN nie

    BalasPadam
  2. teringin betul nak rasa nasi lemak pak nasser ni sejak viral sebab preggy mom kempunan nak makan tu. Bagus bila restoran Santan jaga SOP dan amalkan contactless concept macam ni

    BalasPadam
  3. wah terus rasa lapar, tak pernah lagi pergi yang cawangan midvalley tu. teringin jugak nak rasa makanan dekat santan cafe ni, tapi belum ada rezeki. :)

    BalasPadam
  4. Tengok brand ni trs ingat air asia.. skrg dah ada dekat sunway.. blhla terjah.. dekat ngan rumah jugak ni heheh

    BalasPadam
  5. nyumy all santan foods sedap.. iena suka order dekat ourfood.. Jauh sangat event ni tak dapat pergi sb iena balik keje 6.30 T_____T
    Hope santan buat event kat mid plak lepas ni haha

    BalasPadam
  6. Wah.. Santan pun ada Santan cafe tgk menu2 dia yg menarik dan npk sedap

    BalasPadam
  7. Sedapnya nasi lemak pak Nasser tuuh... Tetiba dah sampai rasa ke tekak. Bagus laaa konsep dia. Contactless memang antara yang ditekankan di kala ini. Nak try nanti

    BalasPadam
  8. congratulation on the second outlet opening!! i myself love their food too!!

    BalasPadam
  9. Aala sedapnya nasi lemak Pak Naseer tu..rindu plak nak makan dalam flight...
    Harap one day akan ada cawangan di Johor plak..

    BalasPadam
  10. Namanya santan Cafe.. Mesti kebanyakan menu berasaskan Santan kan? AM suka tgk menu2 di santan.. Boleh ajak boss cuba menu kat sini..

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.