Jack 'n Jill NIPS Berperisa Kurma

Jack 'n Jill NIPS Berperisa Kurma

Ruby
1

JackJill NIPS Berperisa Kurma | Snek coklat kegemaran ramai iaitu NIPS kembali dengan perisa edisi terhad. Ia adalah kombinasi coklat dan kurma. Rasa yang penuh enak ini adalah unik. Manis kurma dan coklat susu amat bersesuaian. Bersesuaian dengan bulan Ramadan, manisan begini sesuai untuk dinikmati ketika berbuka puasa sebagai pengganti kurma. Ia juga menggalakkan kita mengajar anak-anak makan kurma dengan kuantiti sedikit melalui NIPS Kurma. Manakala pada hari raya nanti, boleh dijadikan snek untuk kanak-kanak yang ingin beraya tetapi tidak boleh masuk rumah makcik Ruby. Hehehe.

Jack 'n Jill NIPS Berperisa Kurma


JACK ‘N JILL NIPS mengeratkan Lagi semangat perpaduan untuk semua bagi memeriahkan sambutan hari raya yang  menjelang tiba! Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya. Jack ‘n Jill NIPS meraikan semangat perpaduan yang dikongsi bersama dengan perisa baharu edisi khas yang begitu sesuai bagi sambutan Hari Raya ini. Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan rasa coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Alami kehebatan gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat yang kaya setiap kali anda menikmati kehebatan berbilang warna ini. 

Pastinya, sambutan Hari Raya anda kali ini penuh dengan sensasi hebat bersamanya. Keenakan rasa kurma menambah lagi kelazatan kekayaan coklat susu yang tentunya sukar dilupakan. Kemeriahan yang diberikannya umpama sebuah pesta – dengan lapisan rangup yang penuh dengan kelazatan coklat dan kehebatan rasa buah.

Dengan versi kurma ini, kini terdapat lima variasi Jack ‘n Jill NIPS dengan empat perisa sebelumnya terdiri daripada pilihan kesukaan ramai: Kacang, Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème. 


Kempen yang diberi nama We’re All In Eid Together #EidWithNIPS telah melancarkan edisi baharu Jack ‘n Jill NIPS ini. “Memang mustahil untuk tidak memberikan perhatian terhadap wabak penyakit yang kini melanda seluruh dunia. Kami berharap NIPS Kurma dapat sedikit sebanyak meredakan perasaan resah serta mewarnakan waktu yang suram ini. Kami sememangnya inginkan semua pelanggan-pelanggan kami terus meraikan saat-saat gembira bersama yang tersayang sambil bergabung tenaga menangani wabak penyakit ini,” ujar 

Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura. “Dengan NIPS Kurma, kami ingin membawa kembali kemeriahan serta gelak ketawa kepada masyarakat, apa lagi menjelang Hari Raya ini. Hubungan mesra harus terus terjalin – tak kiralah jika hanya menerusi panggilan telefon atau melalui aktiviti yang boleh dikongsi bersama sewaktu detik penjarakkan social ini. Kami harap kempen NIPS Kurma ini akan membawa kembali saat-saat indah yang sebelum ini dikongsi bersama bagi menguatkan lagi jalinan mesra yang akan membantu semua mengatasi segalanya,” kata Puno.

Coklat memang begitu sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menyambut Hari Raya dan juga sewaktu bulan Ramadhan. NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai  penghujung manis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Memang sesuai jika ianya dikongsi bersama dengan semua yang makan semeja.

“Kami sangat teruja kerana telah berjaya untuk menambah variasi NIPS serta mampu  memberikan masyarakat Islam di Malaysia sesuatu yang unik untuk menyambut kemeriahan perayaan ini. Kami ingin memberikan perisa yang akan menambah lagi kelazatan coklat dan  juga berkaitan kepada sambutan Hari Raya. Dengan ini, saya rasa kami telah berjaya mencari  rasa buah yang secocok dengan perayaan yang akan menjelang, untuk digandingkan dengan coklat yang akan memberikan kepuasan kepada pelanggan kami.” 

Perisa terbaharu ini kini berada di pasaran untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Jack ‘n Jill NIPS.

Di musim perayaan ini, tambahan lagi kemeriahan Hari Raya dengan Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu. Ceriakan hari anda dengan warna dan kegembiraan yang diberikannya. Nikmatilah saat-saat mesra bersama mereka yang tersayang dengan kemanisan rasa Jack ‘n Jill NIPS Kurma.

Mengenai URC Snack Foods (M) Sdn Bhd


URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah anak syarikat Universal Robina Corporation dari Filipina, dan juga pembuat serta pengedar Keropok Kentang Jack ‘n Jill yang begitu popular di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 dan telah memulakan operasi pada tahun 1984. Semenjak kebelakangan ini, ia telah berjaya mengembangkan rangkaian produknya daripada hanya keropok kentang, kepada pelbagai jenis makanan snek di bawah jenama Jack ‘n Jill. Makanan snek di bawah jenama ini termasuklah “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs”, “Corn Curls” dan “Chiz King“. Selain dari itu, URC Snack Foods (Malaysia) juga mengeluarkan produk-produk lain seperti coklat “Cloud 9” and “NIPS”, biskut “Cream-O” dan “Magic” dan juga gula-gula seperti “Cloud 9” and “Dynamite”. URC Snack Foods (Malaysia) juga mengekspot produk-produk ini ke 15 negara di sekitar kawasan Asia-Pasifik dan Timur Tengah.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !