Luaskan Empayar Perniagaan Anda Di PG Mall



Luaskan Empayar Perniagaan Anda Di PG Mall. Assalammualaikum semua! Salam Ramadan dan Salam PKP hari ke 43. Sedar tidak sedar, ramai dari kita yang telah memulakan perniagaan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Apakah aktiviti bermanfaat yang anda telah lakukan? Mungkin anda boleh menjana sumber pendapatan dengan lebih lagi. Di kawasan perumahan Ruby sedang rancak perniagaan kurma dan makanan. Walaupun bulan Ramadan kali ini amat berbeza, ia tidak mematahkan semangat para peniaga untuk terus berniaga. Ruby ingin berkongsi berita gembira buat anda yang ingin memulakan perniagaan secara dalam talian. PG Mall menyediakan platform, anda hanya perlu sediakan gambar dan penerangan bahan jualan. Kemudian publish. Kini kedai online anda telah dibuka! Siap!

Luaskan Empayar Perniagaan Anda Di PG Mall

PG Mall www.pgmall.my adalah Platform E-dagang Malaysia No.1. Ia telah ditubuhkan sejak 2017 dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. PG Mall mempunyai lebih daripada 1,000,000 pelanggan dan masih berkembang di seluruh Asia Tenggara. PG Mall adalah satu-satunya platform yang mempunyai semua rakan e-wallet utama seperti Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain. Dengan ini, ia memberi dorongan kepada peniaga untuk menerima lebih banyak pembeli dengan proses pembayaran lebih mudah dan banyak pilihan.

PG Mall mempunyai kumpulan pelanggan yang menyokong kuat dan mempromosikan perniagaan PG Mall ke rangkaian lain seperti di media sosial. Mereka akan berkongsi cerita pengalaman membeli-belah. PG Mall juga mempunyai pasukan Marketing Information System (MIS) dalaman yang kuat dan membolehkan peniaga melakukan pelbagai kempen serta integrasi kedai mengikut kreativiti mereka. PG Mall menyasarkan sekurang-kurangnya 10 ribu penjual akan menyertai pada tahun ini. Tiada kos yang dikenakan untuk menjadi peniaga di PG Mall. Peniaga dibantu dengan kempen kreatif dan bekerjasama bersama e-wallet dan bank yang berlainan pada setiap bulan. Ini mendorong penjualan dan trafik ke kedai dalam talian anda. PG Mall disatukan dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino dan lain-lain.




PG Mall mengalu-alukan semua penjual untuk menggunakan perkhidmatan ini. 

Manfaat Membeli & Menjual Di PG Mall


  • Penjimatan Setiap Hari Di PG Mall


Siapa yang tidak menyukai produk Berkualiti Terbaik dengan Harga Paling Mampu Milik? Di PG Mall, setiap hari anda akan dapat promosi yang menjimatkan perbelanjaan dalam jangka masa yang panjang.


  • Pengalaman Membeli-Belah Yang Hebat


Berbelanja pada bila-bila masa, di mana sahaja dari komputer atau telefon bimbit anda. PG Mall melakukan selebihnya untuk anda. Dengan perkhidmatan penghantaran kami yang cepat dan boleh dipercayai. Hanya duduk, berehat dan pakej anda akan sampai kepada anda.


  • Portal Membeli-Belah Yang Boleh Dipercayai Dan Selamat


Di PG Mall, kebolehpercayaan dan keselamatan pengalaman membeli-belah oleh pembeli adalah kepentingan utama kami. Dalam persekitaran yang selamat dan selesa, kami menyediakan pilihan pembayaran yang selamat termasuk pemindahan perbankan dalam talian segera dari semua bank utama di Malaysia.


Cara Mendaftar Sebagai Peniaga Di PG Mall



2. Daftar maklumat peribadi anda.


3. Setelah selesai mendaftar, anda akan menerima email verifikasi.



4. Log masuk username dan password. Kini kedai anda sudah ditubuhkan! Selamat datang ke PG Mall!



Paparan maklumat sebagai peniaga di PG Mall amat jelas dan anda boleh lihat statistik serta hasil perniagaan anda pada bila-bila masa. Best kan?

Mengenai PG Mall


PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh PG Group. PG Mall bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Manakala, pembeli di PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Keindahan di sebalik ini adalah jumlah produk PG Mall meningkat setiap hari kerana kami memperluaskan keluarga penjual kami untuk menjual secara dalam talian di Malaysia dan di pasaran terbuka ini.

Kami dengan baik hati membuka tangan kami dalam menyambut semua orang bahkan untuk peniaga baru yang ingin menjual secara dalam talian untuk bekerjasama dengan kami dalam perjalanan kami dalam mengubah dunia e-dagang, dan juga pembeli untuk membeli-belah dalam talian di Malaysia.


Catat Komen

20 Ulasan

  1. Walaupun pkpd ditukarkan kepada pkpb, elok la memilih berniaga secara online. Pg mall ni salah satu platform perniagaan dalam talian

    BalasPadam
  2. sekarang ni eloklah membeli secara on9.Ini juga membuka peluang peniaga2 untuk menjual atas talian. good job!

    BalasPadam
  3. Pg mall nie lbih kurang mcm shopping online shopee n lazada jgk kn..btw mash blom cuba lg..next time nk try shopping kt pg mall la..tq for sharing

    BalasPadam
  4. Sekarang ni banyak sungguh platform e-dagang yang kita bole buat urusan jual beli. Nak tak nak je dan rajin tak rajin je... anda dah bilr jadi peniaga kecil.

    BalasPadam
  5. Boleh lah nak tengok-tengok kasut raya raya dekat sini. Bermula dari window shopping jadi shopping betul-betul.

    BalasPadam
  6. seller wajib la masuk ke pgmall ni. now trend soping online dah up.
    pkp plak kan, ruby. lagi la melonjak naik. hingga kurier servis dah tak ter anta parcel.
    pgmall ni aida x pernah soping situ. tapi tahu sebab aida memang beli emas pg 1gram setiap bulan, ruby.
    so ada la keahlian pgmall jugak :)

    BalasPadam
  7. bagus ada platform camni, musim2 pkp ni boleh la nak tambahkan side income.

    BalasPadam
  8. okay nnti nak usha platform baru ni. sebelum ni beli dkt laman lain. skrg ni beli secara online lebih afdhal.

    BalasPadam
  9. Dah usha haritu PG mall ni siap dah terbeli tupperware.. Saje nak tengok kan. Hahaha. .penghantaran cepat. Bgusla.. Kira dia sama macam shopee la kan.. Boleh jual brg.. Bgus

    BalasPadam
  10. Bagus untuk seller2 baru nak jual produk mereka.Tambah lagi musim PKP ni banyak kedai yang takboleh beroperasi. Dengan adanya PG Mall niboleh lah dorang terus jual produk dorang :)

    BalasPadam
  11. Kira PG Mall ni saing saing shopee dan lazada kan. Erm yang ada buat business bagus sangat kalau gunakan PG Mall sebagai platform untuk luaskan produk jualan mereka.

    BalasPadam
  12. Sebelum ni Sis dah share pada kawan tentang pernigaan PGmall ni, dan kawan Sis tu katanya dah mendaftar dah, dia nak jual baju raya dan kukis raya...kat Shopee pun dia ada gak, mudah-mudahan PGmall ni juga berinya rezeki, ibu tunggal kawan Sis tu..

    BalasPadam
  13. Bertambah lagi online platform untuk memudahkan pengguna buat pilihan. Pilih mana satu platform yang tengah ada promosi. Hahaha... happy shopping semua dan salam Ramadan.

    BalasPadam
  14. Tak pernah try lagi beli through pgmall. Mula-mula dulu macam hesitate je, ni tengok sendiri baru lah rasa macam okay reliable sikit ye lah sebab online seller platform sekarang terlampau banyak kan kena berjaga-jaga jugak. Boleh try shopping sini pulak nanti!

    BalasPadam
  15. Norma baru. Bagus PG amik inisiatif mcm ni. Bisnes online akan jadi trend yg makin menjadi pilihan

    BalasPadam
  16. Menariknya, ada satu lagi pilihan untuk berniaga atas talian. Semoga dapat bersaing dengan platform atas talian dan lain serta pada masa yang sama kita dapat membuka peluang menjual produk kita.

    BalasPadam
  17. Harap2nya PGmall dapat jaga seller dgn baik juga.. Time pkp ni pun customer mcm2 perangai. Goodluck pada siapa buat bisnes online

    BalasPadam
  18. Serious saya baru tahu tentang kewujudan PG Mall ni. Lepas ni makin pening la nak shopping online kat mana kan? hahaha

    BalasPadam
  19. Pernah rasanya tahu pasal pg mall ni tapi tak pernah cek. Terima kasih sis share pasal pg mall. Semoga dengan sharing ni dapat memberi pendedahan tentang pg mall kepada rakyat Malaysia

    BalasPadam
  20. pgmall ni boleh pergi jauh, setanding dengan shopee & lazada. Lepas ni masuk iklan kat tv pula.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.