Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19

Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19. Assalamualaikum semua! Sudah masuk fasa ke tiga Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak COVID-19. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membendung peningkatan pesakit COVID-19. Bersyukur kita PKP bermula 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020. Jika tidak bertindak awal, mungkin negara kita seperti negara lain yang jumlah pesakit COVID-19 meningkat secara mendadak. Malah sekarang sudah 2 juta lebih kes di seluruh Dunia. Di Malaysia sahaja jumlah keseluruhan kes adalah 5,182 dan daripada itu ada 84 kematian. Takziah kepada keluarga mereka. Kita yang berada di rumah, sila duduk rumah diam-diam ya. Moga kita Istiqamah dan Ruby doakan petugas barisan hadapan terus diberi kesihatan baik dan terus bersemangat.

Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19.

MySejahtera dibangunkan untuk membantu menguruskan wabak COVID-19. Ia adalah aplikasi yang dikembangkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan penularan wabak COVID-19 di negara ini. Inisiatif ini membolehkan pengguna melakukan penilaian kesihatan diri terhadap diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka.  


Pengguna juga dapat memantau kemajuan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19. Selain itu, MySejahtera membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) memantau keadaan kesihatan pengguna dan mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan yang diperlukan.

Fungsi Aplikasi MySejahtera

 1. Ketahui risiko anda mendapat jangkitan COVID-19.
 2. Lakukan pemeriksaan kendiri dari semasa ke semasa.
 3. Dapatkan maklumat terkini dan benar mengenai COVID-19 di Malaysia dan dunia.
 4. Ketahui dan cari "kawasan panas" di sekitar anda.

Muat Turun Aplikasi MySejahtera Sekarang!

Jika anda pengguna berdaftar, anda perlu mengemas kini aplikasi ini untuk menikmati fitur terkini. Manakala, bagi pengguna baru kini anda boleh memuat turun aplikasi dan mendaftar akaun anda menggunakan nombor telefon.

Ini adalah aplikasi rasmi dari Kerajaan Malaysia untuk tujuan menghentikan penularan wabak COVID-19. Mari berganding bahu dan melawan penyebaran wabak COVID19 melalui teknologi aplikasi yang disediakan! Pendaftaran adalah PERCUMA.

IOS:

Android:

Huawei:

TOGETHER MALAYSIA, WE CAN STOP THE SPREAD OF COVID-19!
Terbaru Lebih lama