Resepi Cekodok Pisang Ruby Rangup Diluar, Lembut Di Dalam. Assalamualaikum semua! Hahaha. Sesuka je Ruby paten kan Cekodok Pisang yang Ruby masak kepada Cekodok Pisang Ruby. Hahaha. Korang tau tak betapa susahnya nak belajar buat cekodok pisang ni. Sampai putus asa bertahun dan tiba-tiba kembali mencuba lagi buat. Dulu, masa belajar buat cekodok pisang, Ruby tak tahu langsung nak guna pisang apa dan kebanyakan pisang yang digunakan adalah warna kuning cantik. Bukan pisang masak yang kulitnya dah gelap sikit tu. Lepas tu tak tau yang pisang dah hitam kulitnya masih boleh masak buat cekodok. Ruby terus buang. Aiyooo. Jadi, ini adalah resepi kejayaan selepas berjaya hasilkan cekodok pisang sempena Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.
Resepi Cekodok Pisang Ruby Rangup Diluar, Lembut Di Dalam
Sebelum ni, kalau Ruby buat cekodok pisang, mesti lembik. Tak gebu dan banyak minyak. Hahahaha. Lembik sebab tak cukup tepung gandum. Tak rangup sebab tak bubuh tepung beras. Tak manis sebab tak bubuh sikit brown sugar. Tak lemak sebab takde garam. Ruby kalau memasak memang suka cari perbezaan dan kenapa perlu bahan A, bahan B. Jenis teliti dan nak tahu segala-galanya.
Pada hari Isnin 16 Mac 2020, Ruby pertama kali ke pasar malam di keramat. Disini tidak ramai peniaga, tetapi dari survey yang Ruby dapati. Di sini ada nasi kerabu, satay, tauhu bergedil, gorengan ayam leper tu, gerai buah-buahan dan apam balik. Best juga. Tak perlu nak berjalan jauh dan segera pulang.
Ruby beli pisang masak sebakul. RM 5. Hahaha. Murah gilerrrr. Pakcik tu campur-campur pisang. Siap cakap, "kak cuti sekolah ni kena ada pisang. Senang kak nak sediakan". Dalam hati Ruby, "alamak pakcik, saya baru nak belajar balik buat cekodok pisang. Hahahaha.". So Ruby beli 2 longgok. Kahkahkah. Suami Ruby dah pandang Ruby, "Betul ke ni?". Hahaha. Betul lerrr.
Bahan-Bahan Cekodok Pisang Ruby
Nasib baik beli tau, masa Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020, cekodok pisang aje la keje Ruby buat kat dapur. Hahaha. Sampai jadi! Okaylah ni bahan-bahan untuk Cekodok Pisang Ruby.
1. Sesikat pisang masak. Pisang apa pun takpa.
2. 2 cawan Tepung Gandum
3. 1/2 cawan Tepung Beras
4. 1 sudu teh Baking Powder
5. 1 sudu teh Soda Bicarbonate
6. 1 sudu teh Garam Bukit
7. 1 sudu besar Brown Sugar
8. Minyak Masak
Cara Membuat Cekodok Pisang Ruby
Secara jujurnya apabila memasak, kita perlu agak-agak. Kadang-kadang pisang ni terlebih masak dia akan terlebih cecair. Ada juga pisang gemuk dan kurus. Ada kala, cawan kita guna untuk sukatan juga tidak sama saiz. Jadi, cuba agak-agak tau. Sukatan mungkin perlu dilebihkan atau dikurangkan. Terutamanya Tepung Gandum. Hehehe.
Mula-mula, anda kena buang kulit pisang dan masukkan isi pisang dalam bekas besar. Sesikat pisang selalunya ada 12 buah aje kan? Anda lenyekkan pisang tersebut sehingga semua dah hancur. Guna penekan burger boleh, botol boleh dan cawan pun boleh. Pastikan permukaan semuanya bersih okay? Pisang yang Ruby masak ni agak banyak juga, cuma dia kurus-kurus panjang dan Ruby campur-campur pisang.
Masukkan, tepung gandum, tepung besar, gula, garam, baking powder dan soda bicarbonate. Pastikan tekstur bahan campuran tadi digaul dengan senduk. Dah sebati, barulah gunakan tangan yang bersih untuk masak satu persatu dalam minyak yang panas. Minyak perlu banyak dan panas ya. Kita akan masak deep fried.
Apabila anda memasak ikut resepi Ruby ni, cekodok cepat masak dan tidak perlu buat perkara lain. Fokus okay! Sediakan pinggan untuk hidangan.
Selamat memasak Cekodok Pisang Ruby! Semoga resepi ini bermanfaat.
Selamat memasak Cekodok Pisang Ruby! Semoga resepi ini bermanfaat.