Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Ruby
0

Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020. Lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri. Ini adalah berita gembira dan pastinya ramai sedang membuat senarai pembelian sebelum ke Guardian. Betul tak? 

Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Guardian Malaysia bakal meraikan Hari Wanita Sedunia (IWD) tahun ini dengan pelbagai
tawaran hebat bermula sekarang sehingga 31 Mac 2020. Bertemakan “Kita Lebih Cantik Bersama”, pelanggan boleh membeli 1 produk dan mendapat 1 produk secara PERCUMA daripada lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri. Ini termasuk promosi harga runtuh istimewa yang akan diadakan setiap hari Khamis hingga Ahad setiap minggu sepanjang bulan Mac 2020.

Selain itu, dalam tempoh yang sama Guardian turut mengadakan sebuah peraduan menarik
Beli & Menang Penjagaan Kulit yang menawarkan pelbagai hadiah hebat berjumlah RM88,000 untuk dimenangi. Dua hadiah pertama bakal memenangi baucar percutian bernilai RM6,000 setiap seorang, manakala enam hadiah tempat kedua bakal menerima baucar percutian bernilai RM3,000 setiap seorang dan sepuluh hadiah tempat ketiga bakal menerima baucar percutian bernilai RM2,000 setiap seorang. Bukan itu sahaja, sepuluh hadiah saguhati berupa Smart Watch bernilai RM1,500 setiap satu turut ditawarkan.

20 pemenang hamper mingguan bernilai RM300 setiap satu juga akan dipilih setiap minggu
sehingga 31 Mac 2020. Semua pelanggan yang ingin menyertai peraduan ini hanya perlu
membuat pembelian sebanyak sekurang-kurangnya RM38 dan ke atas, termasuk jenama
barangan penjagaan kulit yang mengambil bahagian, dalam satu resit, dan jawab satu soalan
mudah. Ambil gambar resit tersebut dan hantarkan jawapan melalui Whatsapp ke 017 6428765.

Peraduan Penapis Wajah Instagram AR


Bermula 8 Mac 2020, Guardian akan mengadakan satu lagi peraduan menarik, iaitu Penapis Wajah Instagram AR melalui Instagram Guardian. Pengikut-pengikut Guardian boleh
mengambil bahagian dengan merakam video-video dan memuat naiknya ke Instagram Story,
seterusnya hantarkan satu salinan video tersebut ke Instagram Guardian Malaysia beserta hashtag #morebeautifultogether. Rebut peluang untuk memenangi banyak hadiah hebat seperti Dyson Air Wrap bernilai RM2,200 yang merupakan hadiah utama. Hadiah kedua berupa kotak alat solek atau kecantikan beserta produk-produk bernilai RM1,500, hadiah ketiga adalah jam tangan FitBit bernilai RM1,000 dan hadiah saguhati pula berupa Panasonic Face Steamer bernilai RM600Di samping itu, terdapat juga 10 x RM200 hadiah tunai untuk dimenangi! Guardian berhasrat untuk memberi lebih ganjaran kepada para pelanggannya melalui promosi-promosi daripada pelbagai kategori produk. Untuk kategori Kosmetik, pelanggan akan menikmati Baucar Kecantikan bernilai RM40 untuk setiap RM100 yang dibelanjakan untuk semua barangan kosmetik dan wangian dalam satu resit.



Dari 19 Mac hingga 15 April, pelanggan Guardian juga boleh memenangi Pas Kecantikan
PERCUMA yang boleh ditebus untuk diskaun tambahan 10% untuk semua barangan kosmetik,
penjagaan kulit dan wangian pada bulan April 2020. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah
berbelanja minimum sebanyak RM50 dalam satu resit. Produk penjagaan mulut pula bakal ditawarkan pada potongan harga 50% dan produk sanitari bakal ditawarkan dengan potongan harga 50% untuk pek kedua bermula sekarang sehingga 31 Mac 2020.

Jangan ketinggalan! Segeralah ke stor Guardian yang berdekatan untuk mendapatkan produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan mulut dan penjagaan diri anda! Rebut tawaran-tawaran mingguan eksklusif Guardian yang menawarkan penjimatan dan nilai hebat untuk semua pelanggan.

“Kita Lebih Cantik Bersama” dengan Guardian Malaysia.


#guardianMY
#MoreBeautifulTogether
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !