YJM-Quaker Smart Heart Challenge 2020

YJM-Quaker Smart Heart Challenge 2020

Ruby
13
YJM-Quaker Smart Heart Challenge 2020

Assalammualaikum semua! Ramai yang sudah berniat pada tahun 2020 inginkan kesihatan yang baik, menurunkan berat badan dan menjaga diet dengan mengamalkan makanan seimbang. Semua ini boleh dilaksanakan dengan sukses sekali dengan menyertai YJM-Quaker Smart Heart Challenge. Yayasan Jantung Malaysia (YJN) bekerjasama dengan Quaker Malaysia untuk melaksanakan cabaran 1 bulan menurunkan kadar kolestrol. Caranya mudah sahaja! Anda pasti ingin tahu bagaimana cara-caranya untuk menyertai cabaran ini. Jom Ruby kongsikan cara-caranya! 

Mulakan Gaya Hidup Untuk Jantung Sihat Dengan YJM-Quaker Smart Heart Challenge 

Kali pertama Quaker menjayakan program "Quaker Smart Heart Challenge" ialah sedekad yang lalu pada tahun 2004. Tahun ini, Quaker meneruskan usaha itu, dengan matlamat untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai program ini. Anda juga boleh mengambil langkah untuk menjaga jantung dengan mendaftar program "Quaker Smart Heart Challenge". 




Seperti kebanyakan negara Asia Tenggara lain, makan adalah antara aktiviti kegemaran di Malaysia tetapi kebanyakan orang tidak peduli tentang nilai pemakanan dalam makanan yang mereka ambil setiap hari. Makanan segera ataupun makanan yang diproses, kebanyakannya mengandungi garam dan gula tambahan yang tinggi. Kehidupan moden sekarang, boleh menjadikan seseorang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, dan biasanya disertai dengan tekanan kerja yang tinggi, serta kecenderungan menggunakan peralatan teknologi yang telah menjadikan kita tidak aktif, murung dan obes. 


Statistik memberi gambaran yang kurang memberangsangkan. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2015) dan Institut Kesihatan Umum (IPH 2015), hampir 1 dari 2 orang rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi. Tambahan pula, kajian terkini yang di analisis di seluruh negara (Halizah et al., 2018) menunjukkan bahawa kolesterol tinggi, atau hiperkolesterolemia, banyak dikaitkan dengan obesiti. Seramai 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia adalah obes. Faktor utama obesiti ialah diet serta gaya hidup yang tidak sihat. Malah, Malaysia tersenarai di antara negara tergemuk di Asia.

Dengan peningkatan insiden penyakit jantung di Malaysia, Quaker, jenama Oat No. 1 di dunia‘, berhasrat membantu rakyat malaysia menjaga kesihatan jantung mereka. Oleh itu, Quaker bekerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), menjayakan "Quaker Smart Heart Challenge", sebuah program intervensi 30 hari yang memberikan motivasi dan membantu rakyat Malaysia menurunkan tahap kolesterol mereka dengan mengambil 2 senduk atau 8 sudu besar Quaker Oats setiap hari, sebagai sebahagian diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol. 


Quaker Smart Heart Challenge dirasmikan oleh Dr Fazilah Shaik Allaudin, MD, MBA, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, yang mewakili YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, di Invito Hotel di Bangsar South, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr J. S. Sambhi, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, yang mewakili YBhg Tun Dato' Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Yayasan Jantung Malaysia, Dato' Gurbakhash Singh, Timbalan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia dan Dr Kit Phanvijhitsiri, Pengurus Sains Kehidupan, Penyelidikan & Pembanggunan PepsiCo-Quaker. 

Dalam ucapan Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, yang disampaikan oleh Dr Fazilah Shaik Allaudin, beliau memberi peringatan penting tentang statistik yang membimbangkan. 

"Hampir separuh daripada bilangan populasi dewasa di Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi. tetapi kebanyakan mereka masih berpendapat bahawa kolesterol tinggi tidak membahayakan mereka. Tinjauan pada 2015 menunjukkan bahawa dalam kalangan pesakit kolesterol tinggi, 38.6% (iaitu 7.8 juta) tidak menyedari mereka mempunyai kolesterol tinggi," katanya.


"Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan peningkatan penyakit jantung. Dan pada 2017, penyakit kardiovaskular kekal menjadi penyebab utama bagi kematian di hospital di bawah Kementerian Kesihatan, menjadikan jumlah kematian pada tahun itu sebanyak 10,284 atau 22.62%." 

Tun Dato' Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid. Presiden Yayasan Jantung Malaysia turut menambah bahawa statistik kematian disebabkan oleh penyakit jantung adalah membimbangkan. 

Tun Dato' Seri Ahmad Sarji berkata: "Harapan kami adalah mengubah tabiat rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadi lebih proaktif terhadap kesihatan jantung mereka. Ini penting kerana sukar untuk mengubah cara hidup rakyat Malaysia yang kebanyakannya mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Bagaimanapun, tabiat gaya hidup yang tidak sihat menjadi sebab utama 'epidemik' penyakit jantung di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka dan memilih gaya hidup yang lebih sihat. Inilah caranya untuk menghentikan penyakit jantung daripada menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia!" 

Oat Memiliki Beta-glucan, 2 Scoop Sehari!

Beta-glucan, sejenis serat makanan yang banyak terdapat dalam oat, telah diiktiraf sebagai mempunyai ciri-ciri kolesterol darah. Satu mekanisme utama yang dicadangkan adalah beta-glucan oat diet membentuk lapisan likat dalam usus kecil. Misi kempen ini adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia dengan mengamalkan tabiat pemakanan serta gaya hidup sihat untuk merendahkan tahap kolesterol mereka. 


Dr Kit Phanvijhitsiri, Pengurus Sains Kehidupan, Penyelidikan & Pembanggunan PepsiCo-Quaker, berkongsi bahawa 



“Oat mengandungi Iebih protein, zat besi, magnesium. fosforus. potasium, zink dan folat berbanding bijian lain yang biasanya di makan di negara Asia seperti beras putih, beras perang, roti putih, barli dan jagung."


Penyelidikan telah menunjukkan bahawa oat adalah cara yang berkesan untuk merendahkan tahap kolesterol dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kerana keberkesanan serat boleh larut yang juga di kenali sebagai beta-glukan, biasanya hanya didapati di dalam oat." 

Cara Menyertai YJM-Quaker Smart Heart Challenge


2. Taip "Hi Quaker" melalui Facebook Messenger anda
3. Jawab soalan tentang diri anda
4. Pilih senarai farmasi yang berdekatan anda

5. Kemudian pergi ke farmasi pilihan anda

6. Lakukan ujian Kolestrol secara PERCUMA





7. Tulis butiran peribadi anda beserta nombor Participant ID yang terdapat di Facebook Messenger.

8. 30 hari selepas YJM-Quaker Smart Heart Challenge, peserta akan menerima pemberitahuan bahawa sudah tiba masanya untuk pemeriksaan kolesterol. Lakukan ujian kolestrol di farmasi pilihan anda yang telah dipilih di Facebook Messenger sebelum ini.

Quaker Bantu Anda Jayakan Cabaran Dengan Menghantar Set 


1. 2000 peserta yang layak akan dipilih. Anda boleh sertai dari acara jelajah Quaker atau ke farmasi pilihan anda.  
2. Pihak Quaker akan pos. 
3. Setiap Kit Quaker mengandungi:
(1) 1 Buku Pendidikan percuma (mengandungi idea resipi 7 hari)
(2) 1 Quaker Scooper percuma
(3) 3 pek produk Quaker percuma
- 1 x Oat Segera 1.2kg
- 1 x Segera Oats 800g
- 1 x Cook Cook Oats 800g
4. Peserta akan diminta untuk mengambil 2 scoop bersamaan 8 sudu Quaker Oats setiap pagi selama 30 hari berturut-turut sebagai sebahagian daripada diet harian.

Smartwatch Ganjaran Untuk Anda Dari Quaker

Walaupun cabaran YJM-Quaker Smart Heart Challenge sudah memberi banyak kemudahan untuk anda menjaga tahap kolestrol dan memulakan diet yang baik. Pihak Quaker berbesar hati ingin menhadiahkan hadiah menarik seperti Smartwatch dan Fitness Band kepada peserta yang berjaya menurunkan kadar kolestrol secara konsisten. 

Hadiah Utama: 5 orang peserta teratas dengan pengurangan peratus tertinggi akan menerima Smartwatch dan bekalan satu tahun produk Quaker.

Hadiah Minor: 10 orang peserta seterusnya dengan pengurangan peratus kolesterol tertinggi akan menerima Fitnes Band dan bekalan enam bulan produk Quaker.


Resepi Overnight Quaker Oats 

Resepi-resepi menggunakan Quaker terlalu banyak di luar. Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah resepi overnight oat. Untuk diet harian sebagai makanan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti, ketika sahur dan berbuka puasa. 

2 scoop Quaker Whole Rolled Oats

2 scoop Susu Segar atau Low Fat
Masukkan buah-buahan kegemaran anda
1 sudu madu
Simpan di dalam peti sejuk semalaman




Banyak lagi resepi Quaker yang menarik untuk anda cuba. Lawati laman web Quaker Oat okay! Semoga kita semua dapat mengambil bahagian dalam program Quaker Smart Heart Challenge agar dapat menjaga diet secara konsisten dan mulakan gaya hidup sihat.
Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah! Lama tu selepas 10 tahun baru nak buat balik... apa pun elok lah memandangkan angka penyakit jantung meningkat. Jadi perlulah jaga makanan seimbang kan?

    BalasPadam
  2. Quaker Oat ni kalau makan sekali dengan madu, kismis dan buah buahan selain berkhasiat...sedap pulak tu. Kalau kreatif boleh pelbagaikan dalam masakan.

    BalasPadam
  3. kita peminat quaker oat sejak dari kecik...kalau 2 scoop setiap hari, tak cukup tu...ahahaha!

    usaha yang baik daripada Quaker Malaysia dan Yayasan Jantung Negara, kalau ada masa nanti nak join jugak la challenge tu, nak tahu jugak kolesterol dalam badan ni ok ke tidak..

    BalasPadam
  4. aida memang sahur dgn quaker oat, ruby.
    bancuh dgn susu pekat jer. sedap! tahan la kalau puasa.
    segar.
    tips ni mak aida yg share.
    overnite oat tu aida pernah buat. tak brape gemar plak.
    prefer yg biasa jer :)

    BalasPadam
  5. bagusnya program ni.. saya kan cuba buat juga.. kesihatan jantung memang kena jaga dari peringkat awal lagi... produk quaker ni memang diyakini..

    BalasPadam
  6. Alamak akk nak joinla aktiviti sihat seperri ini. Kebetulan mmg betul2 nak kurangkan berat badan

    BalasPadam
  7. Sis dah seminggu amalkan makan oat ni. Ada yg campur buah dn ada yg makan gan susu je setiap pagi. Dah tua ni n dh sakit sana sini, barulah nak amalkan pemakanan sihat..hehehe

    BalasPadam
  8. Boleh la try nanti. Memang sekarang tengah praktik gaya hidup sihat. Saya suka makan dengan yogurt.

    BalasPadam
  9. Thanks sharing kempen oat ni. Baru tahu. Nak try la pm quaker oat kat fb. Syok gak kalau dpt join cabaran ni.

    BalasPadam
  10. Sis dr dulu memang tak makan Oat ni, tak tau kenapa, segala benda laa yang namanya Oat. Tapi Suami yaa, tiap pagi mesti minum Oat..Bagus kolestrol dia maintain je bagus..
    Boleh cuba gak itu challenge ek..

    BalasPadam
  11. Sejk ikut orang buat overnight oat, selalu quaker oat jadi pilihan dan ada stok dekat rumah..wah nak join la..hadiah dia best..memnag kena jaga kesihatan tubu badan..lago kolestrol

    BalasPadam
  12. Menarik challenge ni. Nampak gaya kena join juga challenge ni. Nak tahu juga kandungan kolesterol. Kalau tak okay nak turunkan supaya badan sentiasa sihat. Thanks share info challenge Quaker ni.

    BalasPadam
  13. sekarang ramai dah jadikan quaker oat ni as overnight snack. bagus lah sebab skrg ramai konsisten nak jaga kesihatan masing masing

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !