Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

Ruby
0

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall


Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall. | Pasti ramai tertanya-tanya, kedai konsep Taiwan Excellence ini menjual produk apa? Ia adalah kedai konsep yang menawarkan barangan komputer dan teknologi dari jenama-jenama tersohor dari Taiwan. Diantaranya adalah Acer, Asus, BenQ, MSI, ADATA, AORUS, GIGABYTE, Republic of Gamers, Predator, Thermaltake & Zowie. Tahukah anda bahawa The Pantheon juga menggunakan teknologi daripada jenama-jenama yang terdapat di Kedai Konsep Taiwan Excellence. Jadi, anda berpeluang untuk mereka sendiri ruang permainan dalam talian di rumah!

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

Pada 10 Disember 2019 telah dilancarkan Kedai Konsep Taiwan Excellence untuk anda memiliki peranti atau peralatan perkomputeran. Acara telah dirasmikan oleh tetamu khas dari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, E-sukan Negeri Sembilan dan Exco Kerajaan Negeri. Bagi anda yang berada di kawasan MesaMall, datanglah ke kedai konsep Taiwan Excellence untuk memenuhi keinginan ruang komputer dan permainan dalam talian anda.

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall


Taiwan Excellence Store Flash Sales

Seawal jam 1.30 tengahari, pengunjung sudah mula beratur untuk membeli barangan keperluan mereka. Harga sangat murah dari harga asal sesuatu produk. Ruby ada juga beratur, tetapi terlambat sebab barang yang Ruby inginkan telah dibeli oleh pelanggan yang lebih awal. Kerusi yang bernilai RM 1,600++ menjadi RM 529 sahaja! Tahniah kepada semua pembeli yang berjaya membeli barang-barang keperluan permaianan PC.

Mengenai Taiwan Excellence

Taiwan Excellence berbannga mengetengahkan produk-produk inovatif Taiwan yang menyediakan
nilai yang luar biasa kepada pengguna di seluruh dunia. Semua produk yang membawa simbol ini telah menerima Taiwan Excellence Awards khusus yang menawarkan “Nilai Inovatif” sambil memenuhi kriteria utama yang ia “dibuat di Taiwan”. Simbol Taiwan Excellence diiktiraf oleh 102 negara.

Logo Taiwan Excellence

Logo Taiwan Excellence diilhamkan oleh usaha “kesempurnaan” dan enam arka yang dipelopori mewakili hubungan rapat Taiwan dengan sistem ekonomi global dan hubungan industri pada hari ini. Manakala warna merah mewakili kecergasan daya hidup syarikat Taiwan.

https://www.taiwanexcellence.org/my
https://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
https://www.facebook.com/BRIGHTSTARCOMPUTER.SDN.BHD
https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !